Pastinya di setiap rumah akan mempunyai sabun basuh pinggan yang mana khusus untuk basuh pinggan sahaja. Tidak kira sama ada sabun basuh pinggan jenis cecair seperti Sunlight atau jenis paste seperti Axion. Jika zaman dahulu, mak-mak kita hanya menggunakan sabun debu atau tongkol sahaja kan?
Namun disebabkan zaman semakin moden, ramai dari kita yang bertukar kepada cecair. Tidak dinafikan, pencuci pinggan jenis cecair ini cepat habis. Manakala harganya juga sangat mahal. Kalau mempunyai ramai ahli keluarga tak sampai satu minggu dah licin satu botol.
Jadi kalau anda nak berjimat cermat, mungkin anda boleh beli sabun tongkol seperti yang dikongsikan oleh Puan Zurita Basyirul menerusi aplikasi TikTok berkenaan dengan petua jimat sabun cuci pinggan. Menerusi video tersebut, dapat dilihat dia menggunakan sabun tongkol yang berjenama cap buruh.
Namun sebelum digunakan, ianya perlu diletakkan air panas terlebih dahulu. Barulah terhasil buih yang banyak dan dapat mencuci dengan baik. Malah kesannya juga sangat berkilat. Bukan sahaja sesuai digunakan pada pinggan mangkuk, periuk dan kuali malah juga sesuai untuk mengilatkan sinki anda.
Lebih menarik lagi, ia tidak meninggalkan bau yang kuat pada pinggan mangkuk yang anda cuci. Untuk lebih lengkap lagi, anda boleh tonton video yang dikongsikan oleh Puan Zurita di bawah ini.
@zuritabasyirul82 #fypシ゚viral #sabun #petua ♬ bunyi asal – zurita basyirul
Bagi anda yang belum pernah mencuba sabun ini, mungkin bolehlah cara di kedai, pasaraya atau pun kedai Eco yang berdekatan dengan korang. Nak cari dekat Shopee boleh pergi ke sini. Bagi anda yang sudah lama mencubanya, mungkin boleh berkongsi pengalaman anda di ruangan komen. Terima kasih dan selamat mencuba!
Kredit: TikTok zurita basyirul
Baca juga: Penat Berus Pakai Berus Besi, Ini 5 Cara Betul & Menjadi Cuci Kerang Yang Berbulu