Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Suami Makan Berselera Macam Di Kedai, Wanita Ini Kongsi Resepi Kari Ikan Tanpa Guna Santan

Suami Makan Berselera Macam Di Kedai, Wanita Ini Kongsi Resepi Kari Ikan Tanpa Guna Santan

Kategori:
kari ikan tanpa santan

Jom lihat resepi kari ikan tanpa santan perkongsian oleh Ashiqin Sadiqun ini. Menurut beliau, suaminya makan berselera kalau di kedai. Jadi, dia membuat keputusan untuk belajar cara buat kari ikan macam di kedai. Rasanya pun hampir sama, selepas ini tidak perlu ke kedai dah. Selamat mencuba!

Suami Makan Berselera Macam Di Kedai, Wanita Ini Kongsi Resepi Kari Ikan Tanpa Guna Santan

Bahan-bahan:

  • Satukan 3 rempah ini dalam bekas, senang bila nak masak.
  • Halba
  • Bawang merah kisar, bawang putih kisar, halia kisar
  • Daun kari
  • Garam, gula
  • Asam jawa
  • Ikan jenahak atau apa-apa ikan

Cara-cara:

  1. Sediakan minyak secukupnya. Lebih sikit pun tak apa. Tumis halba, bawang merah (blend), bawang putih (blend) dan halia (blend).
  2. Masakkan sehingga garing. Kalau ada daun kari bolehlah masukkan sekali.
  3. Masukkan 5 sb campuran 3 rempah tadi. Tak perlu letak air, kacau rata sehingga pecah minyak menggunakan api kecil.
  4. Tambahkan air secukupnya. Suami suka kuah kari yang pekat jadi saya tak letak air banyak.
  5. Masukkan gula, garam atau secukup rasa knorr dan asam jawa adabi (jika suka).
  6. Bila dah mendidih, kecilkan api, masukkan ikan. Kalau ada ikan jenahak lagi sedap. Tapi tulah mahal bebenor sekarang ni. Bila dah mendidih, kecilkan api, masukkan ikan. Kalau ada ikan jenahak lagi sedap. Tapi tulah mahal bebenor sekarang ni.
  7. Masukkan sayur yang kawan-kawan suka. Terung ke, bendi ke, tomato ke.
  8. Setelah beberapa minit, ikan pun masak dengan gembiranya. Cek rasa, tambah gula garam mengikut citarasa. Kalau korang pakai ajinamnoto pun boleh je. Janji korang bahagia.

Kredit: Ashiqin Sadikun

Baca Juga: Hidangan ‘Telur Mata Goreng Tomato’ Ini Sangat Sedap Dan Pernah Viral! Ini Cara Mudah Menyediakannya

tags: