Bosan tak tahu nak buat apa di rumah musim-musim PKP ini? Jom cuba buat M&M Cookies hasil perkongsian oleh Puan Nor Azliza Mohamed ini. Menurut beliau, pada mulanya ia hanya sekadar hobi namun kini mampu menjana pendapatan sampingan.
Manalah tahu jika anda mencuba resepi ini, dapat memberi ilham kepada anda untuk mula berniaga. Kalau nak buat untuk kudap-kudapan di rumah pun boleh, anak-anak pasti suka. Selamat mencuba!
Wanita Ini Kongsi Resepi M&M Cookies Hasil Jualannya, Dari Sekadar Hobi Kini ‘Laku Keras’
Bahan-bahan:
-
3/4 cawan butter
-
1/3 cawan gula castor
-
2/3 cawan gula perang
-
1 biji telur + 1 biji kuning telur sahaja
-
1 1/2 sk esen vanilla
-
2 cawan tepung gandum + 1 1/4 sk baking powder (ayak bersama)
-
1/3 choc chip mini / choc rice (optional)
-
Choc m&m secukupnya untuk hiasan
Cara-cara:
- Satukan butter dan gula. Pukul sehingga kembang dan gebu.
- Masukkan telur, kuning telue dan esen vanilla. Pukul lagi.
- Masukkan bahan-bahan ayak sedikit demi sedikit sehingga habis, kaup balik sebati.
- Jika adunan agak lembik, tambah 2 sb tepung gandum dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit sehingga 1 jam.
- Sudukan atau getel bulat-bulat doh, susun atas baking tray.
- Letakkan coklat m&m di atasnya.
- Bakar pada suhu 170°C selama 15-20 minit bergantung pada oven masing-masing.
- Selamat mencuba.
Kredit: Nor Azliza Mohamed