Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Penjual Cucur Goreng Ini Selamba Celup Tangan Dalam Minyak Panas Sehingga Terkenal Dengan Wanita Kebal!

Penjual Cucur Goreng Ini Selamba Celup Tangan Dalam Minyak Panas Sehingga Terkenal Dengan Wanita Kebal!

Kategori: ,
cucur goreng

Seorang peniaga cucur goreng terkenal dengan wanita kebal kerana selamba celup tangan dalam minyak yang panas. Wanita yang dikenali dengan nama Sri Rejeki ini berniaga di Pasar Windusari, Magelang di Jawa Tengah.

Akui wanita ini, mencelup tangan ke dalam minyak yang panas sudah menjadi kelazimannya. Sejak 2017 lagi dia berbuat demikian tanpa rasa sakit.

Ketika ditemui oleh pemberita Suara.com, Sri Rejeki berkata pada mula-mula dulu kepanasan minyak panas itu terasa. Namun sekarang masih lagi terasa panas tapi tidak seperti awal-awal dahulu. Hanya panas sedikit sahaja tapi tetap tidak melecur.

Wanita ini mungkin dianggap mengamalkan amalan khusus namun dia menjelaskan sebenarnya tidak. Setiap kali ingin menggoreng, ibu kepada tiga anak ini hanya membaca Bismilllah sahaja.

Menurut Sri Rejeki, dia sanggup mencelup tangannya ke dalam minyak panas adalah semata-mata untuk menarik perhatian pelanggan. Taktiknya itu menjadi kerana jualannya semakin laris.

Menghabiskan lima kilogram tepung sehari

Dia kini mampu menghabiskan kira-kira lima kilogram tepung sehari berbanding dengan dahulu sebanyak satu kilogram sahaja setiap hari.

Walaubagaimanapun di sebalik kegigihan dan kehebatannya yang luar biasa itu ada beban berat yang terpaksa ditanggung. Wanita ini mengambil alih menyara keluarganya setelah suaminya menghidap strok sejak 12 tahun yang lalu.

Hasil dari keberaniannya mencelup tangan ke dalam minyak itu telah membantu Rejeki menanggung perbelanjaan pengajian tiga anaknya. Segala kos persekolahan dan perbelanjaan anaknya itu ditanggung olehnya dengan menggunakan wang hasil jualan cucur.

Sumber: Suara Jawa Tengah

Baca juga: Resepi Cucur Jagung Udang Yang Paling Mudah Nak Buat, Tak Renyah Dan Sangat Enak Di Makan Panas-Panas!

tags: | |