Makan di luar merupakan satu kebiasaan dalam kalangan kita bukan? Mungkin di luar lebih banyak pilihan dan lebih cepat berbanding masak sendiri di rumah. Dari sarapan pagi hinggalah kepada menu makan malam, semuanya sudah tersedia.
Tinggal korang sahaja memilih mana-mana kedai yang bersih dan selamat untuk dikunjungi. Pastikan kedai yang korang kunjungi itu dalam keadaan bersih dan selamat. Pastikan juga segala perkakasan yang digunakan tidak kotor.
Memandangkan zaman sekarang ada segelintir peniaga yang tidak bertanggungjawab, segala macam perkara yang dilakukan demi mendapatkan keuntungan yang tinggi seperti menggunakan kembali alatan yang boleh dibasuh.
Seperti lidi dan straw. Jika sebelum ini heboh berkenaan dengan segelintir peniaga yang menggunakan kembali lidi yang telah digunakan namun sekarang viral pula berkenaan dengan peniaga yang menggunakan semula straw.
Sangat menjijikkan bukan apabila ada peniaga yang bersikap sebegini. Demi mendapatkan keuntungan, ada peniaga yang menggunakan semula straw yang telah digunakan. Hal tersebut sudah biasa berlaku dalam kalangan mereka yang tidak mempunyai hati dan mengejar keuntungan semata-mata.
Seperti mana yang dikongsikan oleh julina1906 menerusi aplikasi TikTok, apabila dia mengesyakki peniaga kedai makan yang dikunjungi itu menggunakan semula straw yang sudah digunakan. Hal itu telah disyakkinya apabila melihat rupa straw air minuman yang dipesan seperti dipotong.
Rupa bentuknya yang belok seakan-akan digunting atau dipotong membuatkan dia meninggalkan pesanan kepada orang ramai agar lebih berhati-hati. Adalah lebih baik jika tidak menggunakan straw berkenaan.
Memang tidak dinafikan, ada sahaja peniaga sebegini. Rela kutip balik dan basuh straw yang digunakan oleh pelanggan lain semata-mata tidak mahu menghabiskan wang untuk membeli penyedup minuman yang lain.
Malah Julina juga sempat berkongsi beberapa keping gambar berkenaan dengan penyedup minuman yang dipotong dan sempat menulis di ruangan caption, ” Hurmmm nampak sgt kesan potong , berapa kali dh guna tu ek”.
@julina1906 Hurmmm nampak sgt kesan potong , berapa kali dh guna tu ek😣 #strawrecycle #udalina #kedaimamak
@julina1906 Hurmmm nampak sgt kesan potong , berapa kali dh guna tu ek😣 #strawrecycle #udalina #kedaimamak ♬ Sikok Bagi Duo ( Tiktok ) – Meli Dedi
Ekoran video berkenaan, ia telah mendapat perhatian warga TikTok. Pelbagai komen dan pendapat dari orang ramai. Ada yang bersetuju dan menyatakan memang ada sesetengah guna balik. Contoh lidi, straw, cawan plastik. Malah menurutnya, biasa makan benda berlidi dia mesti patahkan. Straw berkenaan pula digigit sampai hancur.
Dalam masa yang sama, ada juga yang meninggalkan komen menyatakan pernah berhadapan dengan situasi yang sama iaitu straw berbintik hitam.
Tidak kurang juga ada yang berkongsi akan membawa gunting kecil bersama. Apabila sudah siap minum, dia akan gunting straw berkenaan kepada potongan kecil. Ada juga yang meninggalkan komen menyatakan, dia akan lipat penyedup minuman tersebut kepada bentuk bintang.
Nasihat kami buat peniaga yang menggunakan kembali straw yang sudah digunakan, tolonglah jangan pentingkan diri sendiri. Harga bagi penyedup minuman bukanlah mahal mana, jujur adalah lebih baik berbanding buat macam ini.
Sumber: TikTok Juliana