Perkara yang paling menggembirakan semasa waktu zaman sekolah adalah waktu rehat! Walaupun masa yang diberikan adalah 30 minit sahaja, tapi itulah waktu yang paling lama untuk berehat. Kita dapat lakukan macam-macam aktiviti semasa rehat, makan, bermain bersama rakan-rakan dan banyak lagi.
Tapi tahukah anda? Bagaimana keadaan Kantin sebelum waktu rehat? Rupanya ia sangat tak dijangka-kan kerana mak cik kantin sekolah kita semua cekap-cekap belaka untuk cepat siap sebelum rehat bermula.
Wanita ini atau dikenali sebagai naddyrhmn, kongsikan keadaan kantin sekolah sehari sebelum puasa. Berbeza keadaan pekerja yang sedang memasak atau siapkan makanan di bahagian dapur. Tapi lain pula keadaan di luar dapur iaitu pekerja bahagian membungkus makanan.
Kalut betul melihat keadaan pekerja yang membungkus manakala bahagian dapur tenang sahaja memasak dengan penuh kasih sayang.
Wanita ini juga bertanya, kenapa sekolah tetapkan waktu rehat secara berjadual. Rupanya, ada sebab kenapa kerana pada waktu 7 hingga 9 pagi, waktu itulah pekerja yang membungkus makanan kena siapkan kerja mereka.
Tapi, ada juga di antara kita yang mengeluh kenapa mereka lambat siapkan makanan.
“Dah nak berkicap packing makanan”, kata wanita ini yang menunjukkan situasi mak cik kantin ini sedang meletakkan cereal di dalam cawan plastik kecil.
Nasib baik hari ini dah berpuasa, boleh berehat selama sebulan.
@naddyrhmn Jangan pressure makcik kantin anda, nanti apoooo pun tak siap 🤣
@naddyrhmnJangan pressure makcik kantin anda, nanti apoooo pun tak siap 🤣
Menerusi di ruangan komen, ramai bekas pekerja kantin kongsikan pengalaman mereka semasa bekerja di kantin sekolah.
“Pernah kerja kantin sekolah 2 sesi, dah la saya sorang kerja buat burger, goreng nugget fries segala. Nak packing macam lipas kudung”, komen netizen bernama fenrizara yang menceritakan pengalaman beliau semasa bekerja di kantin sekolah. Pekerja yang tidak cukup dan beliaulah yang perlu siapkan semua perkara berkaitan junk food.
Dapatlah mereka berehat sebentar semasa bulan Ramadhan ini, dan pulun kembali selepas itu. Semoga Allah sentiasa membalas jasa-jasa mak cik kantin sekolah di luar sana kerana sentiasa ikhlas dan memasak dengan penuh kasih sayang kepada kita. Amin!
Kredit: naddyrhmn