Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Tak Suka, Jangan Makan!” Wanita Jalani Kuarantin Dakwa Hotel Hidang Daging Babi

“Tak Suka, Jangan Makan!” Wanita Jalani Kuarantin Dakwa Hotel Hidang Daging Babi

Kategori:

Seorang wanita yang menjalani kuarantin di sebuah hotel di Perak kesal apabila dihidangkan makanan yang mengandungi daging babi.

Perkara itu dikongsi oleh wanita itu sendiri di laman sosial pada Sabtu selepas terkejut apabila hidangan makan malam yang disangka ayam rupa-rupanya daging babi.

“Kebanyakan makanan yang disediakan tidak berlabel dan ketika ditanya kakitangan memberi jaminan hidangan berkenaan ialah ayam ketika ditanya.

“Saya terus mesej pihak bertanggungjawab tetapi tiada maklum balas menyebabkan saya menemui penyambut tetamu memaklumkan perkara tersebut selain menerima layanan tidak sewajarnya daripada pihak hotel,” katanya.

Individu yang bukan beragama Islam itu mendakwa telah membelanjakan lebih RM1,000 untuk menjalani tempoh kuarantin di hotel berkenaan.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara Perak, Khairul Ridzuan Mat Said berkata, pihaknya sedia maklum dengan isu tersebut dan menyerahkan kepada pihak polis untuk jalankan siasatan.

Jelasnya, segala urusan berkaitan makanan, penginapan dan keperluan asas penghuni di pusat kuarantin adalah tanggungjawab di bawah agensi terlibat.

“Jawatankuasa yang bertanggungjawab daripada agensi ini mungkin akan menyemak semula adakah perkara ini benar atau tidak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung dakwaan itu.

Katanya, hasil siasatan mendapati berlaku salah faham apabila pengadu seorang vegetarian dibekalkan makanan tersebut.

Sumber: Sinar Harian

tags: |