Sejak kebelakangan ini terlampau banyak laporan atau aduan yang kita dapat lihat berkenaan dengan sesetengah peniaga bazar Ramadan yang tidak jujur. Menjual makanan tanpa menitik beratkan soal kebersihan dan kepuasan pelanggan. Segelintir daripada peniaga yang bersikap begini adalah mahukan wang semata-mata.
Bukan satu atau dua kes sahaja malah terlampau banyak kes yang berlaku. Selain menemui gumpalan rambut dalam kuih tepung pelita ada juga yang mendapati ayam yang dibeli tidak masak. Ekoran itu ramai yang tidak berpuas hati kerana mengganggap sikap peniaga ini hanya sambil lewa.
Malah terbaharu, ada juga seorang wanita yang dikenali dengan nama Ctea ZHafiz sempat mengadu kejadian yang hampir sama menerusi group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni berkenaan dengan nasi briyani yang dibeli oleh suaminya. Nasi yang dibeli pada harga RM12 cukup membuatkan dirinya kecewa, keliru sama ada di scam atau pun ianya adalah menu baru kerana peniaga tersebut memberikan 3 ketul bulat-bulat besar.
Pada mulanya dia sudah berasa pelik dengan bentuk ketulan tersebut namun sekali makan ia adalah daging kisar yang dikepal. Tambahnya pula, daging tersebut tidak betul-betul masak manakala kuahnya pula masam. Disebabkan itu, ia membuatkan dirinya berasa marah dan terasa ingin melumurkan nasi briyani tersebut kepada muka penjual berkenaan.
Allahu…smlm hb bli nasi briyani daging Rm12.. xtaulah ada menu baru ke atau kna scam… bg daging 3 ketul bulat2 besar, tgk mcm pelik, skali mkn..jengg itu adalah daging kisar yg dikepal2…ko rase….
xpe lg mkn la jg..Allah…sedih sungguh dgg n kuah tu masam….dgg pn mcm xmasak btul…rse nk pg blk bazar n lumur kt muka pnjual…sabar2…
Yg peliknya mcmna dia blh niaga hari2…xkn xde org komplen…kt mna ye nk report kes mcmni…geram sgguh…
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai maklum balas dan reaksi dari warganet. Namun rata-ratanya turut berasa kecewa dan marah. Ada juga yang menulis, tak malu ke tayang muka di bazar setiap hari tapi meniaga begitu.
Tidak kurang juga ada yang mengatakan ini adalah salah satu sebab kenapa kedai tak ramai pelanggan. Nanti kalau tak ramai pelanggan kata orang sihir padahal diri sendiri yang menganiayai.
Sebagai peniaga sepatutnya kita menyediakan servis yang terbaik dan harus setanding dengan harga. Barulah kedai atau gerai sentiasa dikunjungi. Kalau seperti ini dan hari-hari terkena memang pelanggan tak kunjungi dah. Mohon pihak berwajib mengambil tindakan ke atas peniaga yang bersikap sebegini. Semoga nasib pelanggan yang teraniaya terbela.
Kredit: Ctea ZHafiz