Ayam merupakan antara haiwan atau binatang yang sering dijadikan lauk pauk oleh kita. Malah ramai yang menggemari ayam berbanding dengan ikan. Lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak. Kebiasaannya, kanak-kanak ini terlalu suka makan ayam goreng. Sehinggakan para ibu atau bapa terpaksa menyediakan stok ayam yang banyak di dalam peti ais.
Sebelum dimasukkan dalam peti ais, ayam yang dibeli kebiasaannya kita akan masukkan sekaligus dalam bekas atau plastik setelah dicuci kan? Apabila nak masak, rendamkan ayam tersebut dalam air bagai meleraikannya. Namun begitu, apabila kesemua ayam direndam namun kesemua ayam tersebut tidak digunakan, ayam tersebut bakal rosak atau kurang segar.
Masa yang diambil juga lama. Sedangkan kita hanya nak menggunakan 3 hingga 4 ketul ayam sahaja. Jadi mungkin anda boleh ikut cara simpan ayam yang dikongsikan oleh Rose Afifi ini.
Mudah sahaja kan cara simpan ayam ini? Mungkin untuk lebih jelas lagi, anda boleh melihat sendiri video yang dikongsikan oleh Rose ini. Semoga sedikit sebanyak ia boleh membantu dan memudahkan kerja anda semua.
@roseaffi harap dapat membantu #fypシ ♬ Syukur Alhamdulillah – Wafiq Azizah
@roseaffi ni hasilnya#fypシ ♬ BILA NANTI – NABILA MAHARANI
Kredit: TikTok Rose Afifi
Baca juga: Cara Mudah & Tepat Nak Bezakan Ikan Tongkol Putih Dan Hitam, Tengok Sirip Dan Kulitnya Je!