Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Petua Turunkan Paras Kolestrol. Darah Dari 7.6, Kini 4.6!

Wanita Ini Kongsi Petua Turunkan Paras Kolestrol. Darah Dari 7.6, Kini 4.6!

Kategori:
Turunkan Paras Kolestrol

Selain dari mengamalkan ubat hospital untuk turunkan paras kolestrol, kita juga boleh menggunakan cara tradisional sebagai inisiatif lain. Saudari Lin Zalika berkongsikan di laman sosial Facebook, ubat tradisional yang boleh menurunkan paras kolestrol. Cara ini hanya menggunakan 2 bahan sahaja.

Ramai yang turut mengamalkan petua yang telah dikongsikan Dan ia terbukti berkesan, salah seorang netizen turut berkongsikan feedback di ruangan komen.

Darah Dari 7.6, Kini 4.6 Selepas 6 Bulan Amal

Ini Petua Cara Turunkan Paras Kolestrol

Jom ikuti perkongsian lengkap oleh Lin Zalika di bawah.

Saya buat ubat turun kan paras colestrol. kawan saya cina bekas cikgu sekolah satu kelas pagi dgn saya dia bagi saya tip hanya guna dua bahan sahaja.

30 ulas bawang putih yg besar2, 5 biji lemon di potong sekali dgn kulit dan di kisar bersama bawang putih, 1liter air untuk buat kisar dan masak sampai didih, boleh simpan dlm peti sejuk, minum setiap pagi 10 @ 15 ml (lebih kurang penutup ubat pelastik) sebelum sarapan pagi. bagi yang colestrol tinggi boleh buat pagi dan mlm sebelum tidur.

Pada yang tak boleh minum boleh campur kan sedikit madu semasa nak minum.

Bahan-bahan:

  • 30 ulas bawang putih besar
  • 5 biji lemon (dipotong sekali dengan kulit)
  • 1 liter air

Cara-cara:

  1. Kisar bawang putih dan lemon bersama air.
  2. Kemudian, masak sehingga mendidih.
  3. Simpan dalam peti ais.
  4. Minum setiap pagi sebelum sarapan dalam 10 atau 15 ml (lebih kurang penutup ubat plastik).
  5. Bagi yang colestrol tinggi, boleh buat pagi dan malam sebelum tidur.
  6. Jika tak boleh minum, boleh campur kan sedikit madu semasa nak minum.

 

tags: