Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Resepi Soto Lengkap Dengan Begedil, 2 Dalam 1, Rasa Memang Mantap!

Wanita Ini Kongsi Resepi Soto Lengkap Dengan Begedil, 2 Dalam 1, Rasa Memang Mantap!

Kategori: ,
resepi soto lengkap

Bayangkan, ketika hujan mula turun, kita menghirup kuah soto yang panas. Memang sedap kan? Ditambah pula dengan begedil yang rangup dan tidak hancur. Memang meleleh air liur kalau teringat!

Dan biasanya, resepi soto dan begedil ini orang suka asingkan, kan? Jadi untuk kali ini, bagi memudahkan pembaca kami, pada perkongsian resepi kali ini, kami satukan bersama okay? Jom baca dan nikmati resepi soto lengkap ini!

Wanita Ini Kongsi Resepi Soto Lengkap Dengan Begedil, 2 Dalam 1, Rasa Memang Mantap!

Resepi Kuah Soto

Bahan-bahan:

  • lengkuas 1 inci
  • halia 1 inci
  • bawang merah besar 4 biji (lagi banyak lagi sedap)
  • bawang putih 1 ulas
  • buah keras 1 biji
  • blend semua bahan di atas
  • ayam potong besar sebab nak carik kan nanti
  • serai 2 batang
  • minyak untuk menumis
  • sebuk sup adabi (kalau sepaket kecil guna separuh)
  • serbuk kurma adabi
  • kiub ayam 1
  • akar daun sup
  • air 2 liter / satu jug
  • Kalau tak nak guna serbuk sup/kurma guna rempah soto.  Say kadang guna rempah soto je. Boleh dapatkan jenama apa saja.  Bahan lain jangan ubah ya. Tetap sama. Tu kuah boleh jadi pekat. Jangan bergantung kepada rempah semata-mata.

Cara Penyediaan:

  1. Tumis bahan blend, serai dan akar daun sup sehingga naik bau/betul-betul masak/sedikit garing. Supaya bawang semua tu tak rasa mentah di kuah annti. Bila masak elok kuah akan jadi wangi.
  2. Masukkan serbuk sup dan kurma. Rempah soto.
  3. Masukkan ayam. Agak-agak air ayam dah hampir kering baru masukkan air.
  4. Masukkan kiub ayam,, perasakan gula garam. Renehkan sehingga ayam masak elok. Angkat ayam dan toskan (untuk dicarik nanti).
  5. Siap!

Resepi Begedil Kentang

Bahan-Bahan:

  • ubi kentang (5/6 biji bunag kulit dan potong kecil lalu rebus.
  • Lenyekkan. Masukkan hiirisan daun sup dan bawang goreng. Bulat-bulat kan then leperkan sedikit.
  • Telur 1 biji
  • lada sulah
  • garam secukup rasa
  • pecahkan telur, masukkan garam, lada sulah. Godek laju supaya bila goreng nanti jadi macam bersarang.

Cara Penyediaan / Tips:

  1. Panaskan minyak, agak-agak tenggelam separuh begedil, jangan penuh.
  2. Panas kan dengan api yang kecil sehingga betu;-betul panas.
  3. Celup begedil dalam bancuhan telur dan goreng.
  4. Jangan rajin nak balik-balikkan selagi yang sebelagh kema minyak tu tak garing/kekuningan.
  5. Dah garing baru balikkan ya.
  6. Kalau baliikkan awal-awal, memang pecah.

resepi soto lengkap resepi soto lengkap resepi soto lengkap

Siap sudah resepi soto lengkap ini! Sekali dengan begedil semua! Sambil hirup kuah, boleh gigit begedil! Sedap bukan?

Selamat mencuba dan menikmati!

Sumber: Fara Lome

Baca juga: Bilis Goreng Pedas Sira Orang Dulu-Dulu, Resepi Yang Menggamit Memori!

tags: | |