Dalam menempuh kehidupan semasa ekonomi terumbang-ambing ini, pasti ramai antara kita memikirkan berapa banyak belanja dan wang yang harus dikeluarkan untuk mengisi perut sendiri dan keluarga.
Ini kerana, kos perbelanjaan akan menjadi berlipat kali ganda dari kos biasa sehari-hari. Harga bahan mentah seperti ayam dan daging dijangka akan lebih meningkat kerana dimansuh subsidinya bermula 1 Julai.
Oleh itu, ramai yang sedang mengambil langkah berjimat-cermat untuk hari hadapan. Seorang wanita bernama Adawiyah Abdul rahman berkongsi tips bersulam nasihat untuk kita turuti bersama. Perkongsian yang dibuat di laman facebook itu mendapat 12 ribu tanda suka dan 692 komen netizen setakat ini.
Nampak kecil, tetapi impaknya sungguh besar dan bermakna.
Tambahnya lagi, ingat, jangan buang makanan. Makan selagi elok. Zaman sekarang serba serbi mahal. Duit makin susah nak dapat, barang makin lama makiin mahal. Semoga dipermudahkan urusan kita semua.
Selain itu, meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen juga berkongsi tips jimat yang lain. Misalnya, seorang netizen bernama Uwais Redland berkata, dia jug amengamalkan tips jimat dengan makanan yang tidak habis. Sayang jika buang, baik manfaatkannya.
“Walaupun ayam masa merah tinggal kuah sahaja, saya tak buang kuah tu. Simpan dalam freezer, pagi esok guna kuah tu untuk goreng mee atau nasi. Sayang sebab ada bawang-bawang lagi dalam kuah tu. Biasanya jiran yang bagi lauk ayam masak merah buluh bawang holland yang dipotong.
“Kalau mak saya masak dia kisar semuah bahan-bahan tu. Sebab tak nak membazir bawang. Kalau bubuh bawang potong mesti ada yang tak makan bawang lepas tu buang macam tu je,” jelasnya dalam ruangan komen.
Jadi, marilah kita berjimat-cermat selagai mana mampu. Boleh lah kongsi tips jimat ini kepada kenalan. Semoga Tuhan permudahkan urusan kita semua.
Sumber: Adawiyah Abdul rahman
Baca juga: Wanita Ini Pelik Gigit Roti Canai Tak Lumat, Sangkakan Daging, Rupanya Tali Mop Lantai..