Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Wanita Rushing Siapkan Order Yang Banyak, Bila Sampai Tempat COD Boleh Cakap Nak Main-Main Saja

Wanita Rushing Siapkan Order Yang Banyak, Bila Sampai Tempat COD Boleh Cakap Nak Main-Main Saja

Kategori: ,
wanita rushing siapkan order namun

Isu berkenaan peniaga ditipu oleh pelanggan atau sebaliknya merupakan kejadian yang bukan baru sahaja berlaku di negara kita. Bahkan sebelum ini banyak kedengaran dan viral isu yang sedemikian rupa. Terbaharu, ada seorang peniaga dikenali dengan nama Noor Bazilla meluahkan rasa kecewa dan kesal apabila di tipu oleh pelanggannya.

Lebih menyakitkan hati adalah apabila pelanggannya hanya mendiamkan diri setelah dia sampai di tempat yang dijanjikan ketika proses COD (Cash On Delivery) dibuat.

Terima pesanan melalui aplikasi WhatsApp

Menerusi screenshoot perbualan melalui aplikasi WhatsApp, wanita ini menerima pesanan daripada seorang lelaki. Pada mulanya, lelaki ini hanya membuat pesanan makanan seperti biasa namun kemudian lelaki ini cuba ‘mengorat’ wanita ini. Walaupun begitu, Noor Bazilla melayannya hanya atas dasar pelanggan.

Mula mula dia cakap dekat saya , dia duduk Damansara . Bila dia hantar location , saya pelik kenapa area Semambu pulak . Memang selama ni yang mintak untuk cod , majoriti yang chat saya semua perempuan . Siap Tanya single taken apa semua . Ingat cust ajak bergurau Kita takkesah lah Kan . Last last ajak main . Saya rushing hantar dia punya last last kena Macam ni . Saya harap sangat lepas ni kes macam ni takterjadi lagi .

Apa yang menimbulkan tanda tanya adalah apabila lelaki ini menjelaskan dia menetap di Damansara, tetapi lokasi yang dihantar adalah Semambu. Perkara tersebut pada mulanya telah menimbulkan syak wasangka kepada wanita ini. Peniaga ini juga agak pelik kerana sebelum ini kebanyakan pelanggannya adalah dari golongan wanita.

“Saja nak main-main…”

Apa yang mengecewakan Noor Bazilla adalah, lelaki tersebut bertindak mendiamkan diri dan memberikan alasan dia hanya mahu berjenaka dan sempat mengucapkan terima kasih atas masa yang diluangkan. Lebih menyedihkan lagi adalah wanita ini sudah menghabiskan masa selama 40 minit menunggu pelanggan misteri ini.

Saya yang balas ws cust saya yang hantar order Dan saya yang kutip duit order cust . Kami beroperasi melalui kedai bukan masak dari rumah atau kilang . Dua kali terjadi macam ni . Kalau setakat order dua tu boleh terima lagi . Ni lebih . Lepas ni nak kena mintak depo dulu sebelum hantar . Takut terjadi lagi macam ni . Semoga peniaga Kat luar sana lebih berhati hati

Bazilla memang sedih dengan kejadian ini namun dia sempat menitipkan beberapa pesanan dan nasihat kepada pelanggan lain supaya lebih berwaspada supaya kejadian seumpama ini tidak berlaku lagi.

Kredit: Noor Bazilla

Baca juga: “Nak Macam Sayap Katu Tu Lebih…”, Perniaga Terhibur Baca Pesanan Pelanggan Yang Order Takoyaki Macam Ni

tags: