Pastinya isu untuk memiliki anak selepas sudah lama berkhawin adalah isu yang sangat sensitif. Siapa je kan yang tidak mahu mempunyai zuriat. Mempunyai pewaris. Namun apakan daya, rezeki itu ditangan Tuhan. Walaupun kita dah mencuba yang terbaik namun bila mana Tuhan kata belum tiba masanya, tidak akan terjadi juga.
Terbaharu, seorang wanita yang lebih dikenali sebagai Bebytora telah ditanya oleh seorang netizen tidak dikenali tentang keinginan untuk mempunyai anak. Soalan yang sensitif itu berbunyi “tak teringin ke nak anak?” membuatkan beliau gagal menahan kesedihan sewaktu mengadakan sesi review makanan di IG Live.
Bebytora atau nama sebenarnya Atierah Zulfathie telah berkahwin pada tahun 2019 dengan Apit Johari. Sejak itu, mereka masih belum dikurniakan rezeki zuriat namun tetap bersyukur atas segala rezeki yang diberikan Tuhan.
Atierah sempat mengatakan, andai ada yang tidak suka dengan dirinya, dia tidak kisah jika follower mahu unfollow. Itu lebih baik daripada melemparkan soalan yang mengguris hati.
@bebytoratora maaf ❤️❤️follow ig beby_toratora nak tngok aku mkan lagi
@bebytoratoramaaf ❤️❤️follow ig beby_toratora nak tngok aku mkan lagi♬ original sound – PecintaSholawatan
Menjengah ke ruangan komen, situasi yang dialami oleh Atierah itu membuatkan warganet turut merasa sebak. Malah ada juga yang berkongsi perasaan yang sama dan mendoakan moga dia dikurniakan zuriat satu hari nanti. Tidak kurang juga ada yang memohon nama untuk melakukan solat hajat untuknya.
Sumber: TikTok bebytora
Baca juga: “Timun Cina Kelate Sedap Lagi..”, Gelagat Pemuda UK Makan Tembikai Buat Warganet Tak Kering Gusi