Setelah berkahwin pastinya kita ingin rumahtangga yang dibina berkekalan hingga ke syurga. Walaupun begitu, ujian dan dugaan pasti ada dalam kehidupan ini. Lebih-lebih lagi kita menjalani alam rumahtangga. Berkahwin bukanlah sesuatu yang bahagia sahaja namun tetap ada juga dugaan yang perlu ditempuh.
Siapa pun kita, kuat macam mana pun iman kita, pastinya ujian itu tetap ada. Cuma atas diri masing-masing sama ada kuat atau pun tidak. Jika ada apa-apa masalah atau dugaan, cubalah mencari jalan sebaik mungkin atau yang terbaik. Adakan perbincangan dan jangan sesekali cuba lari dari masalah. Bimbang sekiranya berlaku keretakan rumah tangga andai kata masalah yang dihadapi tidak diselesaikan dengan baik.
Berkenaan dengan isu rumahtangga ini, semalam ada seorang wanita yang meluahkan rasa tertekan menerusi group Kisah Rumah Tangga. Tekanan tersebut menyebabkan dia rasa ingin bercerai dengan suaminya. Masalah utamanya adalah ibu mentuanya. Sikap ibu mentuanya yang berat tulang dan suka sepahkan rumah membuatkan wanita ini tidak selesa.
Salam min. Hide profile saya ya. Saya guna fb sepupu saya ni. Sya bukan nak korang kecam mil saya atau sapa-sapa. Saya sekarang stress sangat. Saya baru lepas melahirkan baby. Mil saya ambil keputusan untuk duduk dengan kami memandangkan fil dah takde. Adik beradik suami ramai. Tapi mil ambil keputusan untuk duduk dengan kami. Saya jadi tak selesa sangat-sangat bukan sebab apa, tapi disebabkan mil saya betul-betul suka sepahkan, lepas makan lepas dia masak untuk dia barang-barang yang dia guna dia tak basuh tak kemas balik.
Saya penat sangat-sangat nak buat semua yang dia sepahkan. Baby saya dah la jenis high demand nak berpegang je nangis-nangis. Kadang-kadang saya tak sempat nak masak nak kemas rumah. Tapi mil saya buat tak tahu dia sikit tak nak tolong. Even saya dah minta tolong. Dah lebih 6 tahun saya kahwin dengan suami saya tak pernah tengok mil saya pegang penyapu kemas rumah pun tak pernah. Lagi satu, dia suka panggil-panggil baby saya tengah tidur. Dah la baby saya ni jenis susah nak tidur. Bila terjaga dia tak pernah pulak main dengan anak saya.
Lebih-lebih lagi sekarang ini, wanita yang tidak diketahui namanya baru sahaja melahirkan anak. Masih lagi dalam tempoh berpantang. Katanya dia sangat stress dengan sikap mentuanya yang seperti bos, apabila dia tidak menyediakan makanan tengahari lalu ditanya kenapa tidak memasak.
100% rumah ni kerja semua saya buat. Suami pula memang busy jarang dekat rumah. Saya dah stress sangat-sangat, kalau saya tak sempat nak masak buat makanan tengahari dia tanya macam bos kenapa saya tak masak. Sedangkan dia tahu saya susah dengan baby. Bila dah masak laju je dia makan.
Menurut wanita ini, hampir enam tahun berkahwin dengan suaminya. Dia tidak pernah melihat ibu mentuanya memegang penyapu. Ibu mentuanya itu juga tidak pernah tolong wanita ini memegang bayinya sewaktu ingin makan. Tambah wanita ini lagi, ibu mentuanya itu hanya rajin memasak apabila anak-anaknya yang lain datang menjenguknya. Namun selepas memasak, dia juga yang terpaksa kemaskan semuanya.
Tak pernah nak tolong pegangkan baby bila saya nak makan. Hmmm saya dah tak tahan dia duduk dengan saya. Lepas tu yang saya sakit hati bila adik beradik suami nak jenguk mak dia. Semua pakat datang rumah saya, buat macam rumah sendiri masak-masak sepah-sepah. Nanti saya juga kena kemasa. Yang peliknya, trajin pula mil saya tu masak bila anak-anak dia yang lain balik. Billa saya dengan dia, dia buat macam takde perasaan duduk je dekat sofa. Stress sangat-sangat sampai saya fikir nak cerai dengan suami sebab tak tahan. Apa patut saya buat??? Tolong bagi cadangan. Tq semua.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersimpati dengan nasib yang dikongsikan oleh wanita ini. Ada yang menyarankan wanita ini agar memberitahu suami agar emaknya bergilir-gilir tinggal dengan anak yang lain. Dalam masa yang sama, ada juga meminta wanita ini memasang CCTV dan tunjukkan kepada suaminya sikap sebenar ibunya itu.
Tidak kurang juga ada yang meminta wanita ini agar mencari kerja dan tinggalkan anak di rumah pengasuh. Mungkin dengan cara itu ibu mentuanya akan berasa bosan tinggal sendiri di rumah dan buat keputusan untuk tinggal di rumah anaknya yang lain.
Sedih bukan? Peritnya ujian atau dugaan yang dihadapi oleh wanita ini. Tidak dinafikan masalah seperti inilah yang menjadi punca berlakunya penceraian. Didoakan semoga wanita ini terus diberikan kekuatan dan masalah ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.
Kredit: Kisah Rumah Tangga