Memandangkan zaman semakin moden, pastinya setiap perkakasan atau bahan dapur yang diperlukan kita hanya membeli di kedai atau secara atas talian sahaja. Sangat berbeza dengan zaman dahulu kerana kalau dahulu jika kita memerlukan sesuatu kita pasti akan membuatnya atau menyediakannya sendiri.
Namun kini boleh dikatakan 90 peratus barangan seharian yang kita perlukan berada di pasaran. Kita hanya tinggal membayar sahaja bagi mendapatkan barangan tersebut.
Namun apabila kita telah membeli barangan yang sedia ada di pasaran, lebih-lebih lagi belacan, serbuk kunyit, tempoyak atau beberapa barangan dapur yang lain pasti akan ada risikonya tersendiri. Tidak kiralah dari segi kebersihan, pembungkusan atau pun rasa.
Antara kejadian yang sering kali terjadi dalam kalangan kita adalah menjumpai bendasing atau tetamu yang tidak diundang dalam tempoyak atau pun belacan yang dibeli. Kejadian menemui sesuatu dalam belacan ini turut berlaku kepada Natasha Qalisya.
Menurut Qalisya menerusi perkongsiannya di group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni berkenaan dengan dia menemui sesuatu dalam belacan. Pada mulanya dia ingin membuat sambal belacan, namun terbantut dan hilang mood apabila menjumpai ‘harta karun’ pada belacan yang dibelahnya itu.
Antara bahan atau bendasing yang ditemui dalam belacan tersebut adalah cebihan pukat jala dan kertas plastik. Sesiapa sahaja yang melihat atau melalui situasi ini pasti kecewa. Namun itulah risiko yang terpaksa pembeli hadapi.
Menjengah ke ruangan komen, ada warganet yang berasa loya apabila melihat bendasing pada belacan berkenaan. Dalam masa yang sama ada juga yang sempat berkongsi pengalaman yang sama sewaktu menggunakan belacan berjenama ini.
Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen mengatakan selalu menggunakan belacan ini kerana rasanya sedap namun apabila melihat postingan ini dia tiba-tiba rasa ingin muntah. Namun ada juga yang mengatakan mungkin sewaktu proses awal membuat belacan pembuat tidak perasan.
Memandangkan sejak kebelakangan ini terlalu banyak kejadian yang seumpama ini berlaku jadi dinasihatkan kepada pembuat dan pengeluar makanan di luar sana agar lebih berhati-hati dalam memproduksikan produk. Bimbang ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada pembeli dan syarikat itu sendiri.
Kredit: Natasya Qalisya Via MATJHN
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resepi Sambal Belacan Sedap Tak Ingat! Makan Tak Hirau Orang Tepi Dah