Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Wanita Ini Kagumkan Orang Ramai Dengan Tanam Padi Organik Di Halaman Rumah Sendiri, Hasilnya Makanan Lebih Sihat & Terjamin

Wanita Ini Kagumkan Orang Ramai Dengan Tanam Padi Organik Di Halaman Rumah Sendiri, Hasilnya Makanan Lebih Sihat & Terjamin

Kategori: ,
tanam padi

Ramai beranggapan tanaman padi hanya sesuai ditanam di kawasan bendang yang tanahnya jenis aluvium iaitu sejenis tanah liat halus dan menakung air.

Realitinya tanaman ini boleh ditanam pada semua jenis tanah yang cukup nutrien dan mampu mengeluarkan hasil memuaskan.

Wanita Ini Kagumkan Orang Ramai Dengan Tanam Padi Organik Di Halaman Rumah Sendiri, Hasilnya Makanan Lebih Sihat & Terjamin

Pengasas Sisasifar.com, Nurazah Fathirah Kamarulzaman membuktikan perkara itu melalui kejayaannya menanam padi di kawasan rumahnya di Taman Setia, Gombak, Kuala Lumpur.

Menurutnya, padi yang ditanam adalah varieti padi wangi tempatan MRQ76 yang diperkenalkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi).

tanam padi

gambar hiasan

“Saya menanam padi ini secara organik menggunakan baja kompos mengandungi mikroorganisma berkesan yang berfungsi untuk menyuburkan tanah dan meningkatkan kualiti tanaman.

“Setiap pokok mengeluarkan banyak hasil dan ini menunjukkan padi adalah tanaman yang lasak serta tahan kemarau.

“Saya jarang siram tanaman ini dan bergantung dengan air hujan sebagai sumber air,” katanya.

Galak Masyarakat Tanam Padi Secara Organik Di Kawasan Rumah Bagi Tujuan Keselamatan Makanan

tanam padi

Katanya, dia menanam padi di kawasan tanah tepi rumah yang keluasannya hanya berukuran 4×6 kaki tetapi mengeluarkan hasil sebanyak sembilan kilogram.

“Tanaman ini dituai selepas 120 hari dan mengeluarkan hasil kedua dalam masa dua hingga tiga minggu selepas tuaian pertama.

“Pendekatan saya ini diharapkan dapat menggalakkan masyarakat untuk tanam padi secara organik di kawasan rumah bagi tujuan keselamatan makanan.

“Kaedah tanaman organik tidak memerlukan kawasan yang luas tetapi hasilnya berbaloi,” katanya.

Nurazah Fathirah berkata, antara kelebihan varieti padi itu yang ditanam secara organik ialah memilik aroma ‘pandan’ asli semula jadi, rasa lebih sedap, indeks glisemik (GI) rendah dan tahan lama.

Sumber: Harian Metro 

Baca juga: Lelaki Ini Raih RM7,000 Sebulan Kerja Ladang Kelapa Sawit Pada Umur Hanya 20 Tahun

tags: | |