Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Wanita Temui Ajal Setelah Makan Popia Yang Disimpan Dalam Peti Ais Selama 3 Hari

Wanita Temui Ajal Setelah Makan Popia Yang Disimpan Dalam Peti Ais Selama 3 Hari

Kategori:
wanita temui ajal keracunan makanan

Keracunan makanan merupakan salah satu perkara serius yang perlu dititik beratkan. Ianya bukanlah satu perkara biasa yang kita perlu buat endah tak endah.

Malah dalam masyarakat kita hari ini ramai yang mengalami keracunan makanan. Ada individu yang telah pulih sepenuhnya dan ada juga yang menemui ajal akibat daripadanya.

Seperti mana yang dilaporkan oleh International Business Times, seorang wanita di Samut Prakan, Thailand telah menemui ajal selepas makan popia yang dipanaskan . Makanan tersebut dipercayai sudah dibeli 3 hari sebelumnya sebelum disimpan di dalam peti.

Setelah beberapa ketika makan popia berkenaan, wanita terbabit ditemui tidak sedarkan diri dengan kesan muntah di lantai. Siapa menduga hanya dengan makan popia lama yang dipanaskan, nyawa wanita berkenaan melayang dan langsung tidak dapat diselamatkan.

Pastikan tubuh badan menerima air yang mencukupi jika anda keracunan

Masyarakat kita pada hari ini sering beranggapan makanan yang disimpan lama di dalam peti sejuk susah basi dan masih elok. Maka ianya masih boleh dimakan walhal ada bahaya yang menanti.

Menurut portal Hello Doktor, individu yang mengalami keracunan makanan perlu memastikan tubuh badan menerima air yang mencukupi bagi mengelakkan berlakunya dehidrasi.

Selain itu, jika anda sedang mengalami keracunan makanan ada baiknya merehatkan perut terlebih dahulu. Elakkan dari makan dan minum untuk beberapa jam. Jika ingin makan semula, seeloknya ambil makanan yang lebih mudah untuk dicerna seperti roti ataupun biskut.

Sumber: International Business Times

Baca juga: Telur Tak Dibasuh Sebelum Simpan Dalam Peti Boleh Sebabkan Keracunan? Baca Penjelasan Ini

tags: