Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Temui Banyak Telur Lalat Dalam Kerang Yang Dimakan, Wanita Ini Buat Warganet Geli Geleman

Temui Banyak Telur Lalat Dalam Kerang Yang Dimakan, Wanita Ini Buat Warganet Geli Geleman

Kategori:
temui telur lalat

Seperti yang kita semua ketahui, telur lalat atau pin lalat merupakan antara punca keracunan makanan. Bukan sahaja menyebabkan keracunan makanan malah lihat sahaja ada telur ini pada makanan sudah cukup membantutkan selera kita. Ia merupakan sesuatu yang sangat menggelikan.

Tidak dapat dibayangkan kalau tiba-tiba terjumpa telur ini pada makanan. Lebih-lebih lagi makanan tersebut sudah hampir separuh atau sudah habis makan. Pasti meloyakan bukan? Kejadian yang hampir sama berlaku kepada seorang wanita Indonesia.

Wanita ini temui telur lalat yang banyak pada kerang

Wanita yang dikenali dengan nama dahlahgangerti_ menerusi aplikasi TikTok itu telah menemui telur ulat pada kerang yang dimakannya. Terkejut dengan penemuan itu, katanya kerang tersebut pada awalnya tertutup. Namun apabila dibuka terdapat banyak telur lalat. \

Agak aneh bukan? Namun jelas kelihatan menerusi video tersebut telur lalat memenuhi ruangan dalam kerang berkenaan. Lihat secara jauh pun sudah sangat menggelikan. Apatah lagi jika dilihat secara terang-terangan.  Tidak dapat dibayangkan macam mana perasaan wanita.

@savina.fisabila

Ko bisaaa? Awalnya nutup lho🥲

♬ Title – Meghan Trainor

@dahlahgangerti_Ko bisaaa? Awalnya nutup lho🥲♬ Title – Meghan Trainor

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga TikTok berasa geli dengan kejadian tersebut. Namun ada juga warganet yang mengatakan risau apabila membeli makanan laut dari luar. Lebih rela masak sendiri katanya.

Malah ada juga yang meninggalkan komen mengatakan sangat takut untuk beli makanan dari luar memandangkan sejak kebelakangan ini banyak yang berkongsi video mengenai kejadian yang hampir sama.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi pernah melalui pengalaman yang hampir sama di mana dia menemui pin lalat ini pada nasi padang. Dan semenjak itu dia sudah tidak berani untuk makan di luar lagi.

Buat korang di luar sana, pastikan setiap kali membeli makanan dari luar perhatikan dulu makanan tersebut. Jika nampak ada sesuatu, sama ada makanan tersebut berubah bentuk, warna dan rasa atau pun menemui bendasing. Adalah lebih baik jika tidak makan makanan tersebut. Buat peniaga juga, pastikan makanan yang dijual dalam keadaan baik dan sentiasa tertutup.

Kredit: TikTok dahlahgangerti_

Baca juga: Tiba-Tiba Temui Anak Lipas Dalam Nasi Lemak, Wanita Ini Nasihat Peniaga Lebih Berhati-Hati! 

 

tags: