Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Akhlak Dia Baik..”, Temui Lipas Dalam Char Kuey Teow Namun Tak Melenting, Tindakan Wanita Ini Dipuji Netizen

“Akhlak Dia Baik..”, Temui Lipas Dalam Char Kuey Teow Namun Tak Melenting, Tindakan Wanita Ini Dipuji Netizen

Kategori:
temui lipas dalam char kuey teow

Lambakan kedai makan dan restoran pastinya sedikit sebanyak membantu kita semua dalam soal pemakanan. Jika lapar atau tak sempat nak masak kunjungi sahaja mana-mana kedai makan yang korang suka. Kalau anak tekak terasa nak makan char kuey teow kunjungi sahaja kedai makan yang menyediakan masakan tersebut.

Namun apabila makan di luar kita perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan. Kemungkinan dari segi makanan yang dimakan sama ada bersih dan selamat atau pun tidak. Namun jika berhadapan dengan situasi menemui bendasing dalam makanan yang dimakan, adalah lebih baik memberitahu tukang masak dengan cara yang baik.

Tindakan wanita tak melenting waktu temui lipas dipuji warganet

Tidak perlu melenting atau marah-marah, seperti mana mana yang dilakukan oleh wanita yang dikenali dengan nama At-Bie menerusi aplikasi TikTok. Di mana pada mulanya dia menemui seekor lipas dalam char kuey teow yang dimakannya. Sudah hampir habis dimakan namun tiba-tiba dia menemui binatang tersebut di belakang udang.

Langsung tidak melenting bahkan masih boleh tersenyum, dia memanggil abang tukang masak berkenaan dan memberitahu tentang penemuannya itu. Sambil menunjukkan lipas yang ditemui, dia masih sempat tersenyum dan menunjukkan lipas berkenaan kepada tukang masak tersebut.

Melihat lipas tersebut, abang ini sempat terkejut dan memohon maaf. Malah wanita ini sempat menasihati abang ini agar berhati-hati selepas ini. Abang tersebut sempat memberitahu tak nampak kerana suasana gelap. Begitu juga dengan At_Bie yang tidak nampak apa-apa sebelumnya kerana juga makan dalam gelap.

https://www.tiktok.com/@at_bie/video/7078264135124929818?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052514222143800833

@at_bieSemenjak kejadian lipas terbang , segala serangga sangat berminat dengan aku 🥲

♬ original sound – At_Bie

Baiknya..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warganet yang menonton video berkenaan. Namun rata-ratanya memuji sikap wanita ini yang dikatakan mempunyai akhlak yang cantik. Jelas kelihatan tiada langsung nada suara yang tinggi dan kata-kata kesat yang keluar dari mulutnya. Malah ada juga warga TikTok yang menganggap ianya adalah satu teguran yang tenang.

Semoga kisah atau video yang dikongsikan oleh wanita ini dapat memberikan contoh yang baik untuk semua. Jika selepas ini korang berhadapan dengan situasi yang sama, tegurlah atau beritahu tukang masak atau pemilik kedai dengan cara yang baik. Tak perlu melenting dan mengeluarkan kata-kata yang kesat kerana kita semua adalah manusia biasa.

Kredit: At_Bie 

Baca juga: “Sangat Sedap..”, Katy Perry Teruja, Siap Menari Lagi Setelah Rasa Rendang Itik & Pulut Kuning Dari Peserta Malaysia

tags: | |