Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Dah Sampai Lokasi, Wanita Terkilan Tunggu Pelanggan 37 Minit Untuk Transfer Duit Tapi Tetap Tak Transfer

Dah Sampai Lokasi, Wanita Terkilan Tunggu Pelanggan 37 Minit Untuk Transfer Duit Tapi Tetap Tak Transfer

Kategori: ,

Sejak kebelakangan ini memang banyak yang menjalankan perniagaan dari rumah sahaja dan membuat penghantaran ke rumah. Memandangkan ramai yang malas untuk keluar membeli makanan dan ingin lebih mudah, jadi perniagaan ini sangat mendapat sambutan.

Pastinya setiap penghantaran ke rumah itu akan dikenakan caj. Hal tersebut adalah kerana mengambil kira segala kos termasuklah minyak kereta atau motor. Namun isu COD sering menimbulkan masalah dalam kalangan pelanggan dan peniaga.

Seperti mana yang berlaku kepada wanita ini ketika COD makanan yang dijualnya kepada pelanggan. Dia menunggu pelanggannya transfer duit hampir 37 minit namun tetap tidak ditransfer oleh pelanggan berkenaan.

Namun caj penghantaran yang dikenakan hanyalah RM2. Namun pelanggan berkenaan seolah-olah sukar untuk membayar. Mungkin korang boleh tengok sendiri video perkongsian wanita ini di aplikasi TikTok.

Harap seller lain tak kena macam ni

https://www.tiktok.com/@schanasha/video/7005133711079476506?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6895950004839122434

@schanashatakpelah saya kena pun. harap seller lain tak terkena camni 😞 ##foodieee♬ original sound – SAYANASHA

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tidak berpuas hati dengan pelanggan berkenaan. Ada juga yang menyifatkan pelanggan sebegitu memang menyusahkan. Dalam masa yang sama, warga TikTok juga sempat berkongsi pengalaman atau kejadian hampir sama yang pernah dialami oleh mereka.

Walaubagaimananpun tetaplah bersabar dan lakukan yang terbaik. Tidak kiralah sama ada kita ini peniaga atau pun pelanggan. Alangkah bagus dan tenangnya kalau kita sama-sama memudahkan kerja antara satu sama lain. Jangan susahkan orang supaya kita juga tak susah.

Sumber: TikTok SAYANASHA

tags: