Jika berjalan ke luar negeri atau negara pastinya kita akan makan apa sahaja hidangan yang ada apabila kita terlalu lapar. Tidak kiralah berapa harganya dan rasanya macam mana, memandangkan kita sudah terlalu lapar, pasti kita tetap membelinya juga.
Lebih-lebih lagi jika kita berada di negara-negara yang menjual makanan dengan harga yang mahal. Seperti mana yang berlaku kepada seorang wanita ini apabila dia transit di Abu Dhabi sewaktu dalam perjalanan pulang dari German.
Memandangkan Abu Dhabi merupakan ibu negara Emiriah dan negara terkaya di dunia jadi harga bagi semangkuk Mee Sup yang dibelinya adalah berharga RM60. Menurut buducheese menerusi aplikasi TikTok sempat memuatnaik video mee sup berkenaan dan mengatakan dia terpaksa pesan Mee Sup tersebur kerana lapar.
Walaubagaimanapun rasanya tidak setanding dengan harga. Jika di Malaysia harga bagi semangkuk Mee Sup pada harga RM4 hingga RM7 sudah cukup menyelerakan. Namun Mee Sup di negara kaya berkenaan nampaknya menghampakan pemilik akaun buducheese ini.
Menerusi video tersebut juga, kelihatan Mee tersebut agak pucat dan ada lauk yang besar dan sayuran yang dipotong juga sangat besar.
@dedykunafa mee sup kayangan 😅
@buducheesemee sup kayangan 😅♬ Yummy – Justin Bieber
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai pendapat dan reaksi dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada yang mengatakan memang haga makanan di airport Abu Dhabi mahal, pernah juga lalui pengalaman yang sama. Namun disebabkan lapar, pesan sahaja makanan di situ.
Ada juga yang sempat bercerita mengatakan dia selalu bawa maggi cup kemudian mintak air panas sahaja. Tidak kurang juga ada yang terkejut dengan harga tersebut.
Namun ada juga yang turut meninggalkan komen mengatakan memang logik harga semangkuk Mee Sup berkenaan sebegitu kerana gaji pekerja di sana pun 6 kali ganda.
Tiada apa yang boleh dikatakan atau kutukan yang dapat diberikan memandangkan ia sebuah negara Arab yang terkaya di dunia. Jadi tidak hairan lah mengapa harga bagi semangkuk mee jernih berkenaan berharga RM60. Lebih-lebih lagi jika makan di Airport. Seperti di Malaysia harga di luar dan di dalam Airport juga sangat jauh perbezaannya. Apatah lagi di negara berkenaan.
Kredit: TikTok buducheese