Maggi merupakan mi segera keluaran Nestle yang sangat digemari kebanyakan orang. Ia diibaratkan sebagai penyelamat bagi pelajar. Malah bagi yang sudah bekerja pun pasti akan menikmati Maggi ini apabila tiba hujung bulan. Kalau tak tiba hujung bulan pun pasti akan menikmati Maggi ini.
Memang tidak jemu kan makan maggi? Nikmat dia lain macam. Berkenaan dengan Maggi ini, ada seorang wanita membuat perkongsian di group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni berkenaan dengan Maggi Cup yang dibelinya.
Menurut Kamaliah pada mulanya dia tak jadi memasak memandangkan hujan tapi berasa lapar. Jadi dia pun membuat keputusan untuk makan Maggi Cup sahaja.
Namun alangkah terkejutnya dia bila mana plastik sayur yang sepatutnya terisi dengan sayur kering tiada isi. Kosong. Nasib juga perencah asam laksanya masih ada.
Hujan-hujan tak jadi masak tapi lapar pula. Baru nak makan maggi hot cup sekali tengok alamak takde isi. Tak sempat nak seal sayurnya kot. Nasib la perencah sama laksa tu ada.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan perkongsian Kamaliah ini. Namun ada juga yang sempat bergurau mengatakan sayur semua habis dek kerana terkena banjir musim huujan ni.
Bukan itu sahaja, ada juga warganet yang sempat berkongsi pengalaman yang sama iaitu pernah membeli maggi namun tiada sudu dan perencah.
Mungkin isu ini tidak berapa besar pun kerana masih ada mi dan perencahnya. Siapa lagi pernah ada pengalaman yang sama? Jangan lupa kongsi diruangan komen ya!
Kredit: Kamaliah Qalisya Via MATJHN
Baca juga: Mengharapkan Rasa Yang Sama, Warganet Teruja Maggi Tomyam Bersama Pes Kini Kembali Berada Di Pasaran