Sebelum ini tular berkenaan dengan seorang wanita yang mengamuk dan menengking pekerja 7 Eleven kerana anaknya dituduh mencuri. Wanita yang memanggil dirinya Kak Long itu telah mendapat perhatian ramai kerana tindakannya yang melebih-lebih.
Ramai warganet yang tidak berpuas hati dan meminta wanita ini menjaga adab. Walaubagaimanapun, dia telah pun meminta maaf dengan pekerja 7 Eleven tersebut dan sudah pun dianggap selesai oleh kedua belah pihak.
Namun terbaharu, viral pula sebuah video di aplikasi TikTok yang dikongsikan oleh GGanG_ berkenaan dengan wanita dari Dungun, Terengganu ini memarahi pekerja KFC. Amukan itu berlaku dipercayai gara-gara KFC yang dikunjungi tersebut kehabisan ais. Menerusi video yang diambil dari live wanita tersebut, dia juga kelihatan merungut berkenaan dengan sikap pekerja KFC yang masam mencuka sewaktu membuat pembelian.
Sambil makan KFC bersama anak-anaknya dia juga sempat membebel beberapa perkara yang lain. Turut kedengaran juga suara anaknya yang sempat memanaskan situasi. Lebih teruk lagi, kedengaran juga suara anaknya yang sempat menengking meminta pekerja KFC menghantar ais secepatnya.
https://www.tiktok.com/@papa_.com/video/7071023944035224858?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7029156571620214274
@papa_.comagak-2 korang lah . dia sekeluarga da mintak maaf belum dengan pkerja kfc 😅
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai situasi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton. Namun rata-ratanya bengang dengan perangai wanita ini yang dianggap tiada kesabaran dalam diri. Malah ramai juga mempersoalkan kenapa nak marah sampai sebegitu rupa memandangkan tiada ais bukanlah isu yang besar.
Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen mengatakan nanti minta maaf pula dan ada juga yang sempat berkata sekiranya selepas ini nampak akak ini nak masuk kedai, terus tutup.
Sepatutnya dalam masyarakat kita yang sangat menitik beratkan soal adab tidak sepatutnya berlaku kejadian seperti ini. Jika ada tidak berpuas hati dengan mana-mana pihak sekalipun, tidak perlu untuk mengamuk, menengking atau meninggi suara. Cuba bincang dan beritahu baik-baik. Bukankah itu lebih baik?
Kredit: TikTok GGanG_