Sejak kebelakangan ini memang heboh tentang warga rohingya yang berlagak seolah-olah Malaysia adalah negara mereka sendiri. Banyak kejadian yang menyebabkan warganet berasa sangat marah kepada mereka dan berharap pihak berwajib menghantar mereka semua ke negara asal mereka.
Terbaharu, didapati dua warga Myanmar (Rohingya) yang selamba jual air tepi longkang di persimpangan D’Alpinia/16 Sierra, Puchong, Selangor. Menerusi video yang dikongsi oleh seorang lelaki menunjukkan dimana lelaki warga asing tersebut sedang menuangkan air ke dalam cawan betul-betul di tepi longkang.
Keadaan tersebut memang menjijikan dimana air yang diletakkan di atas jalan dengan hanya berlapikkan plastik. Dalam pada itu, lelaki yang merakam video ini sempat bertanya, siapa bos dan berapa harga bagi air kelapa tersebut . Lantas lelaki ini menjawab bos mereka orang melayu dan harga bagi air kelapa tersebut adalah RM5.
https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/videos/760034431288507/?__cft__[0]=AZX2TJpWsNhvm-Z3OtpL3of1zCcTV2vH7SbKGKQqHPOaH3gM75gotqnCzEo5n0xGRIofBs_erHiylh5szjTo7rSUlv8l9sI7g1CVSEYEg4H_kdmi6T8JisiK2w4ZZb8FbhIaPF1uOzx_JS284axMw3UeJ-QF7q5twIRz48AhImznJQ&__tn__=%2CO-R
Orang ramai berasa sangat marah dengan keadaan tersebut. Malah lebih marah lagi apabila bos mereka adalah orang melayu. Berdasarkan banner yang dipegang oleh seorang lagi lelaki, disitu tertulis honeyyasamboi. Namun, mereka menyalahgunakan jenama dan juga nombor telefon honeyyasamboi bagi mengelirukan pembeli. Walaubagaimanapun, pemilik Mangga Asam Boi Honeyy telah membuat laporan polis berkenaan isu viral penjualan Air Kelapa ini.
https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/posts/1820774364766932?__cft__[0]=AZX5oGMQ2LPez-sxDCFG-kTrSTGEF6wvgp0a9YVcDwa9B1tRjv1e8Nl6xzmHWnu4_mOkmg1rTb_ly-EDzkzacZy0wPbltTAt_7cK5k-o5vPladnYuNbmEzsuLzHLoczmSCFOFwMDyK9AWehbGeT2VefSlhitwu6dYw9AdE1nzk6iag&__tn__=%2CO%2CP-R
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengecam tindakan warga rohingya ini dan menganggap mereka kurang ajar.