Disaat musim penularan wabak COVID-19 ini, pelbagai ragam masyarakat yang dapat kita lihat di seluruh dunia.
Ada sesetengah yang membuat perkara yang tidak sepatutnya seperti pembelian panik sehingga mengambil hak orang lain tanpa sengaja.
Ada juga yang saling memberi bantuan kepada petugas-petugas perubatan.
Namun, berbeza pula yang berlaku di Turki.
Ketika sebahagian rakyat lain berpusu-pusu membeli barangan atas dasar panik sehingga tidak memikirkan orang lain, rakyat di negara Turki ini pula memberi pek makanan kepada saudara-saudara mereka yang kurang bernasib baik secara terbuka di jalanan.
Situasi ini dirakam oleh seorang orang awam dan dikongsi serta telah tular di laman Twitter.
While Australians are trading punches in grocery stores over toilet paper, the Turks are leaving food packages in the streets for their less fortunate brothers and sisters.
(via @ZahidDOAM) pic.twitter.com/sDkmwP5AnX
— CJ Werleman (@cjwerleman) March 23, 2020
Perbuatan mereka itu mendapat pujian warganet.
Mereka berbangga dengan sikap prihatin rakyat Turki yang memberi bantuan makanan kepada orang yang memerlukan, lebih-lebih lagi di saat penularan wabak COVID-19 ini.
Semoga kita di Malaysia mengikuti sikap prihatin rakyat Turki ini.
Sumber: Twitter, Siakap Keli.