Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Yoohoo Dessert Cafe Beri Percuma Tembikai Sempena Solidariti Free Palestine, Terima Pujian Dari Orang Ramai

Yoohoo Dessert Cafe Beri Percuma Tembikai Sempena Solidariti Free Palestine, Terima Pujian Dari Orang Ramai

Kategori: ,
Yoohoo Dessert Cafe

Satu dunia sedang digemparkan dengan keganasan rejim Zionis yang menyerang Palestine dengan tidak berperikemanusiaan sejak dahulu lagi.

Atas nama kemanusiaan, ramai yang menunjukkan solidariti masing-masing dan mencela keganasan tersebut seantero dunia.

Dalam pada itu, umum mengetahui tentang simbol bendera negara Palestine yang dikaitkan dengan buah tembikai.

Ia kerana warna bendera – merah, hitam, hijau dan putih menyerupai warna buah tembikai. 🍉

Yoohoo Dessert Cafe Beri Percuma Tembikai Sempena Solidariti Free Palestine, Terima Pujian Dari Orang Ramai

Seperti solidariti sebuah kafe bernama Yoohoo Dessert Cafe di Kota Bharu Kelantan, mereka menunjukkan solidariti dengan memberikan potongan tembikai secara percuma kepada orang ramai.

Selain dapat mengajak orang ramai dalam mengingati isu Palestine, mereka juga secara tidak langsung berbagi rezeki kepada semua tidak kira agama dan bangsa.

Dalam video tular yang dikongsikan oleh Yoohoo Dessert Cafe di laman TikToknya, mereka menunjukkan tentang kisah Free Watermelon Day sempena solidariti itu.

Berbagi rezeki potongan tembikai kepada orang ramai, kebaikan itu secara tidak langsung mengajar kita untuk sentiasa memperjuangkan kemanusiaan tidak mengira agama dan bangsa.Yoohoo Dessert Cafe

@yoohoo.hq free 🍉🍉🍉 #watermelon #freewatermelon✨🍉❤️ #cafekelantan #portlepakkl #portlepak #cafemalaysia #instagrammablecafe #aestheticcafe #selangorfood #foodlover #foodmalaysia #klang #klangvalley #foodhunt #foodhuntingmalaysia #viralfoodtrend #viralfoodmalaysia #viralselangor #viralmakanan #selangorfood #klangfood #setiaalam #setiaalamfoodie #makanansetiaalam #malaysiafood #yoohoocafe #setiaalamselangor #bukitraja #yoohoodessertcafe ♬ Originalton – _speed.nasheeds_

Melihat kepada komen netizen, ramai yang turut berbangga dengan usaha yang ditunjukkan oleh Yoohoo Dessert Cafe berkenaan.

“MasyaAllah, tahniah dan terima kasih ya.”

“Simple but lots of message.”

Usaha Kecil Dengan Mesej BesarYoohoo Dessert Cafe

Semoga kisah ini dapat memberi inspirasi kepada pihak lain untuk terus bersuara tentang kemanusiaan Palestine ini, walau sekecil-kecil tindakan dan usaha.

Tahniah, Yoohoo Dessert Cafe, Kota Bharu!

Sumber: yoohoo.hq

Baca juga: Kek Lapis Malaysia Dapat Liputan Media Antarabangsa, Jatuh Kategori Kek Paling Cantik Dengan Corak Geometri

tags: | |