Simpang Bekoh hanya sebuah pekan kecil yang tidak punyai apa-apa keistimewaan melainkan sebuah pekan kecil di daerah Jasin berhampiran Pekan Asahan. Simpang Bekok menyimpan 1,001 kenangan, selain punyai bangunan-bangunan kedai yang dibina pada zaman penjajahan British. Di sebalik sebuah pekan ‘koboi’ yang dahulunya jauh dari pembangunan, tersorok pelbagai rahsia yang masih belum diteroka dan diketahui orang ramai, namun ia berpotensi untuk dipopularkan.
Salah satu yang menjadi buah mulut ramai kini adalah warung Yusri Kari Kambing yang popular dalam kalangan penduduk Jasin. Warung yusri Kari Kambing yang berkonsepkan layan diri ini. Ia terletak di KM 42, Simpang Bekoh, Pekan Asuhan. Diusahakan oleh Yusri Nadim lebih kurang sejak 8 tahun lebih.
Hidangan Kari Kambing Power di sini antara salah satu makanan yang menjadi permintaan tinggi dari pelanggan. Penggunaan rempah homemade serta bahan-bahan lain yang asli menjadi keistimewaan warung ini. Selain itu, juadah sarapan pagi yang turut dihidangkan di sini adalah nasi ayam penyet, lontong kering, soto, nasi lemak, dan sebagainya termasuk kuih-muih.
Tonton video di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang tempat ini:
Kredit: Hypp Inspirasi