Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi ‘1 Bancuhan Untuk 3 Jenis Cookies’, Memang Sedap & Menjimatkan Masa!

Resepi ‘1 Bancuhan Untuk 3 Jenis Cookies’, Memang Sedap & Menjimatkan Masa!

Kategori:
3 Jenis Cookies

Jom cuba buat biskut menggunakan resepi ini. Mudah sangat! 1 resepi boleh dapat 3 jenis cookies yang berbeza. Tak perlu susah-susah nak cuci bekas, timbang bahan-bahan lain banyak kali untuk buat pelbagai jenis biskut. Yang penting dapat menjimatkan masa anda. Jom cuba!

Resepi ‘1 Bancuhan Untuk 3 Jenis Cookies’, Memang Sedap & Menjimatkan Masa!

Bahan A: Kacau Rata

Semua bahan ini hanya perlu dicampurkan sehingga campurannya cantik & sebati.

  • 250 gram Butter
  • 1 1/4 cawan brown sugar(sis pakai 1 cwn je)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telur (kalau gred b pakai 2 biji)

Selesai campur bahan A, masukkan pula bahan B seperti bawah.

Tambahkan Bahan B

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 6 sudu besar minyak

Bila dah gaul sebati bahagikan kepada 3 adunan.

  1. RED VELVET COOKIES
    -Letak 2 sudu serbuk koko
    -Letak pewarna merah (letak sampai warna jadi cantik)
    -Untuk topping kebiasaannya orang letak white choc chip tapi sis pakai almond nips dgn butterscotch chip (pakai yang mana ada je)
  2. CALLEBAUT DARK CHOC COOKIES
    -Cuma tambahkan topping dia je, callebaut dark choc coin bersama nestum
  3. CHOCOLATE ALMOND COOKIES
    -Letak serbuk koko dalam 4 sudu
    -lLtak topping choc chip, almond nips (tambah je apa2 yang korang suka ok)

Seterusnya….

Sejukkan Adunan

Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam 1jam.

Sedia Dibakar

Lepas 1 jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya.

Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain.

Masukkan Dalam Oven

Bakar 25 minit suhu 150 darjah(oven sis) guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.

tags: |