Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Terharunya..” 1 Family Sangkut Jem Teruk, Terpaksa Lalu Jalan Dalam. Tak Sangka Orang Kampung..

“Terharunya..” 1 Family Sangkut Jem Teruk, Terpaksa Lalu Jalan Dalam. Tak Sangka Orang Kampung..

Kategori:
Sangkut Jem Teruk

Seperti yang diketahui umum, ada beberapa kawasan di seluruh Malaysia sedang dinaiki air akibat hujan yang berterusan. Menurut laman rasmi info banjir, paras air di beberapa daerah di 5 buah negeri iaitu Johor, Pahang, Selangor, Terengganu dan Sabah telah memasuki paras bahaya.

Tersangkut Jem Highway, Terpaksa Lalu Jalan Jalan Kampung

Di media sosial juga tular video-video pengguna jalan raya yang terkandas akibat air banjir yang telah memenuhi lebuh raya. Disebabkan jem yang teruk, ramai yang mengambil keputusan untuk melalui jalan kampung termasuklah seorang pengguna Twitter, Hazidi yang juga mengambil tindakan yang sama. Dia turut berkongsikan satu rakaman video yang membuatkan warganet ‘terharu’.

Orang Kampung Siap Bagi Makanan

Menerusi video tersebut, apa yang mengharukan adalah apabila orang kampung siap bagi bantuan makanan kepada orang yang melalui jalan kampung itu. Risau jika ada yang lapar akibat tersangkut dalam jem.

https://twitter.com/AbenHazd/status/1346062987262529537

Hazidi memaklum mereka sekeluarga sudah selamat sampai ke destinasi selepas 11 jam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur.

Alhamdulillah family sy smpi dlm pkol 1130 mlm. Prjalanan selama 11 jam dr kuantan ke KL. On behalf of my family, Thanks sgt2 kat org kampung area mempaga (tak sure kg mne) Appreciate a lot

Rata-rata warganet turut memberi respon yang mengharukan. Bangga kerana masih ramai orang yang baik-baik di Malaysia.

“Terharu, rasa nak nangis..”

“Masih ramai orang baik…”

“Siap masak lauk pauk..”

https://twitter.com/ynspheaa/status/1346156421004423168

Sumber: @AbenHazd

Baca juga: “Cakkk Abang Bomba….”, Pemandu Lori Terkandas Banjir ‘Rilek’ Siap Masak Maggi!

tags: |