Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Kalau Dia Minta Maaf Pun Sejuk Dah Tadi..” 1 Jam Menunggu Makanan, Pelanggan Ini Kecewa Dengan Sikap Peniaga

“Kalau Dia Minta Maaf Pun Sejuk Dah Tadi..” 1 Jam Menunggu Makanan, Pelanggan Ini Kecewa Dengan Sikap Peniaga

Kategori:
1 JAM MENUNGGU MAKANAN

Semenjak pihak berkuasa memberi kelonggaran dan membenarkan orang ramai yang telah cukup divaksin untuk dine in, kedai makan mula kembali sibuk. Malah, ada juga peniaga yang tak cukup tangan untuk melayan pelanggan yang datang.

Mungkin terlalu sibuk dengan pesanan yang datang tanpa henti, kadang-kadang peniaga juga boleh terlepas pandang dan memaksa pelanggan menunggu dalam jangka waktu yang lama. Perkara itu boleh membuat mereka berasa tidak berpuas hati.

1 Jam Menunggu Makanan

Seperti dikongsikan di laman TikTok, seorang pengguna, ainalieya_aabeauty, memuat naik sebuah video dan meluahkan rasa kecewa apabila terpaksa menuggu makanan selama 1 jam.

Menurutnya, dia sanggup datang dari jauh semata-mata untuk mengunjungi kedai makan tersebut. Namun, penantian yang begitu lama membuatnya mula hilang sabar, lebih-lebih lagi apabila kedai makan itu belum lagi dikerumuni orang ramai. Apa yang lebih mengecewakan adalah sikap peniaga yang dengan selambanya tidak memohon maaf atas perkhidmatan mereka yang begitu teruk.

https://www.tiktok.com/@ainalieya_aabeauty/video/7051624968769031450?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7014289098874471937

@ainalieya_aabeautyPenantian 😅♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀

Kongsi Pengalaman Sama

Bukan sahaja wanita itu, malah ada segelintir netizen yang pernah mengalami perkara yang sama. Merupakan satu pengajaran buat mereka, hal sebegini benar-benar boleh menguji kesabaran sesiapa sahaja. 1 JAM MENUNGGU MAKANAN

Seharusnya Bertanya

Namun, ada juga yang menasihati wanita itu agar bertanya pada peniaga. Barangkali satu salah faham, pelanggan boleh menyelesaikannya dengan cara yang elok. 1 JAM MENUNGGU MAKANAN

Walaupun terlalu sibuk, sebagai seorang peniaga, kita seharusnya mencuba sebaik mungkin untuk menjaga hati pelanggan. Sebaiknya segala masalah di dapur atau kekurangan perlu dimaklumkan terlebih dahulu pada mereka supaya dapat menggelakkan rasa tidak berpuas hati. Sekurang-kurangnya mereka sudah dimaklumkan.

Semoga hal ini menjadi pengajaran buat para peniaga untuk lebih prihatin dengan perkhidmatan mereka.

Kredit: TikTok ainalieya_aabeauty

Baca Juga: Pelanggan Berebut-Rebut Minuman Coca Cola Di Pasaraya Sempena Promosi, SOP Yang Ditetapkan Tidak Dipatuhi

tags: |