Peningkatan harga minyak masak di pasaran cukup merunsingkan ramai orang. Bukan itu, saja malah, minyak masak sangat sukar untuk didapati di mana-mana. Kalau ada pun, pembeli hanya boleh beli 1 atau 2 paket saja bagi setiap keluarga.
Bila harga minyak masak makin naik ni, maka susahlah kita untuk teruskan aktiviti memasak dan menggoreng di dapur.
Jangan tak tahu, anda juga boleh goreng tanpa minyak dengan menggunakan air fryer.
Yang paling best, ianya membuatkan hidangan anda kurang berminyak dan dijamin lebih sihat! Air fryer juga dilengkapi dengan timer serta tetapan suhu serta pelbagai fungsi yang anda boleh gunakan ikut kesesuaian hidangan.
Kalau anda nak cuba goreng tanpa minyak, jom dapatkan air fryer yang sangat praktikal dan untuk mudah digunakan.
Bagi anda yang pertama kali nak miliki air fyer di rumah, di sini kami nak kongsikan 10 air fryer terbaik yang anda boleh dapatkan di pasaran. Jimat minyak dan memudahkan kerja masakan!
Bukan sekadar menggoreng tanpa minyak, malah Khind ARF3000 ini juga memilik fungsi pemanas dan nyahbeku. Ia juga boleh digunakan untuk masak pelbagai hidangan seperti ayam, daging, kentang goreng dan macam-macam lagi.
Air fryer dengan kapasiti 3 liter dan skrin digital ini juga akan memudahkan anda memasak untuk seisi keluarga. Ia juga dilengkapi dengan teknologi peredaran udara berkelajuan tinggi supaya anda sekeluarga dapat nikmati juadah bergoreng yang lebih sihat dan kurang berminyak.
Untuk elakkan sebarang perkara tak diingini ketika memasak, ia turut menampilkan ciri Auto Shutdown bagi menghentikan proses masakan serta merta.
Beli di Shopee
Siapa kata anda tak boleh miliki air fryer terbaik dengan bajet yang rendah? Bagi yang mencari air fryer yang berkualiti dengan harga rendah, dapatkanlah Samu Giken Rapid Air Fryer.
Didatangkan dengan ciri Sistem Advanced Heat Pulse, kawalan udara panas dalam air fryer akan kekal dalam keadaan optimum bila digunakan bagi memastkan makanan anda dimasak dengan cepat dan sekata walaupun tak menggunakan minyak.
Beli di Shopee.
Produk unggul dari Russel Taylors ini cukup sesuai buat anda yang ingin miliki air fryer besar. Berkapasiti 12 liter, ia juga mampu membakar pizza sebesar 10 inci!
Yang menariknya, air fryer ini juga direka dengan tingkap lutsinar serta lampu pada bahagian depan, jadi anda bolehlah perhatikan proses memasak. Pasti takkan timbul masalah masakan hangit di dapur.
Air Fryer ini juga dilengkapi dengan 8 program memasak yang bakal memudahkan urusan anda di dapur. Selain untuk menggoreng, ia juga boleh digunakan untuk bakar kek dan nyahbeku.
Beli di Shopee.
Anda pasti terpesona dengan reka bentuk Air Fryer Perrysmith yang cukup elegan. Luarannya yang berwarna hitam matte serta kemasan emas pada perkakas ini membuatkannya nampak cukup mewah.
Air fryer terbaik ini menampilkan teknologi Blade 9 bagi memastikan sistem pemanasan aliran udara berjalan dengan lancar dan baik.
Selain itu, ia turut dilengkapi dengan tetapan suhu daripada 80 C hingga 200 C. Yang menariknya, ia juga memiliki tetapan pemadaman automatik untuk mengelakkan suhu terlalu panas.
Dengan kapasiti 3.8 L, Air Fryer PerrySmith cukup sesuai untuk digunakan oleh keluarga kecil.
Beli di Shopee.
Air fryer ini cukup unik dengan reka bentuk segi empat yang moden. Selain berfungsi sebagai Airfyer, Tefal Fry Delight FX1000 ini juga mempunyai fungsi multi-cooker yang mampu menggoreng, memanggang dan membakar dengan mudah!
Dilengkapi dengan teknologi Air Pulse, kerja memasak anda pasti lebih mudah dan sempurna dengan aliran udara panas yang optimum.
Beli di Shopee.
Takut nak beli air fryer kerana boleh buatkan bil api melambung tinggi? Dengan penggunaan Air Fryer Giselle dengan motor 1000W, isu ini bukanlah satu masalah untuk anda!
Air fryer yang mempunyai reka bentuk unik ini juga mempunyai fungsi lima dalam satu kerana mempunyai fungsi lain iaitu sebagai gril, bakar gaya BBQ, microwave dan oven! Ia juga mempunyai kapasiti yang agak besar iaitu 7 liter.
Beli di Shopee
Air fryer terbaik dari Birkeshire dengan kapasiti 5 liter ini juga dilengkapi dengan ciri keselamatan dari perlindungan terlalu panas dan sebagainya.
Ia bukan saja jadi pilihan kerana saiznya yang besar, malah ia cukup digemari kerana motornya yang senyap dan menjimatkan tenaga.
Beli di Shopee
Nikmati hidangan bergoreng dengan 90% kurang minyak dengan menggunakan Air Fryer daripada Philips! Dilengkapi dengan 7 jenis tetapan, ia pasti akan memudahkan kerja memasak di dapur.
Ia juga mempunyai tetapan istimewa yang jarang dimiliki air fryer lain iaitu fungsi Keep Warm yang boleh mengekalkan kesegaran dan kehangatan hidangan anda.
Kapasitinya juga agak besar menjadikan ia perkakas yang wajib ada bagi keluarga besar.
Beli di Shopee
Air fryer terbaik dari ELBA ini dilengkapi dengan 8 tetapan yang bakal memudahkan kerja memasak di dapur. Selain itu, anda juga boleh kawal suhu dari 80 hingga 200 C dan masa masakan sehingga 60 minit.
Dengan teknologi aliran udara pantas 360 darjah, anda pasti akan tersenyum sampai ke telinga dengan hasil hidangan goreng yang sekata dan rangup di luar, lembut di dalam.
Beli di Lazada
Berbanding menggoreng dengan kaedah biasa, Air Fryer Haier HF-AF40 Analog ini pula dapat membantu anda memasak menggunakan sehingga 80% kurang minyak. Ia juga boleh digunakan untuk memasak dengan kaedah memanggang dan membakar dengan mudah.
Salah satu ciri menarik dalam air fryer ini adalah penapis udara bersepadu yang berkesan dalam mengurangkan bau minyak dan masakan di dapur.
Kapasitinya yang sebesar 4 liter juga menjadikan ia cukup sesuai untuk digunakan untuk masakan harian di rumah.
Beli di Shopee.
Banyak rupanya pilihan air fryer yang anda boleh dapatkan mengikut keperluan. Nak yang kecil, besar atau yang menjimatkan elektrik? Semuanya ada untuk anda, tinggal pilih saja!
Jenama yang disenaraikan ini juga adalah antara jenama perkakas elektrik yang berkualiti tinggi dan tahan lama.
Dengan adanya air fryer di rumah, kerja menggoreng pasti akan lebih mudah. tak perlu nak terbalikkan atau kawal suhu api lagi di dapur. Jika anda pandai gunakannya dengan baik, maka ia akan jadi satu perkakas yang sangat membantu!
Hanya letak di dalam air fryer, tetapkan suhu atau fungsi, dan ting! Hidangan anda siap untuk dinikmati dalam beberapa minit. Jadi, tunggu apa lagi? Jom dapatkan air fryer terbaik untuk dapur anda!