Masak pukul 12 tengah hari, pukul 7 malam nak makan makanan yang sama, tapi dah basi? Tak pasal-pasal nak kena masak makanan lain pula untuk makan malam.
Selalu sangat kita dengar perkataan “basi” ni kan? Even kat kedai-kedai makan pun still juga ada yang kita dengar complain dari customer pasal makanan basi ni. Jadi tak mustahil mesti ramai lagi yang tak tahu cara-cara nak elakkan masakan kita dari cepat basi.
Cara-Cara Elak Makanan Cepat Basi
- Gunakan bawang merah berbanding bawang besar.
- Elak menggunakan timun atau tomato.
- Semasa menumis, pastikan bahan-bahan yang ditumis pecah minyak dan garing.
- Selepas siap masak, terus angkat dan jauhkan dari bahang api.
- Jangan biarkan hidangan yang anda masak tersimpan dalam periuk atau kuali.
- Jangan meletakkan makanan di dalam bekas yang basah.
- Jangan menggunakan senduk dan sudu yang basah.
- Pastikan makanan sejuk terlebih dahulu sebelum ditutup.
- Jangan guna senduk atau sudu yang sama pada lauk yang berlainan.
- Panaskan makanan setiap 4 jam.
Anda semua dah tahu kan cara-cara untuk elakkan makanan anda cepat basi? Jadi jom sama-sama kita amalkan 10 cara ini agar makanan yang kita masak tahan hingga ke malam.
Semoga bermanfaat!
Kredit: alaf21
Baca juga: Nasi Cepat Sangat Basi? Cara Ini Mampu Buatkan Nasi Anda Tahan Lama, Cantik & Lebih Lembut!