Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Jom Moreh! 10 Kedai Colek Yang Best Di Kuala Lumpur Dan Selangor.

Shafiqah by Shafiqah
April 13, 2022
in Promosi
12 min read
0 0
0
Jom Moreh! 10 Kedai Colek Yang Best Di Kuala Lumpur Dan Selangor.
0
SHARES
360
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

‘Colek’ merupakan makanan yang memang terkenal di negeri Cik Siti Wan Kembang (Kelantan). Negeri serambi mekah ini tidak seperti negeri lain yang mempunyai pelbagai aktiviti hiburan tetapi di kelantan tidak lain tidak bukan ialah hanya menikmati makanan.

Ramai yang mengatakan orang Kelantan memang pandai dalam mencipta peluang dalam dunia perniagaan yang pastinya dalam hidangan dan masakan yang kebanyakan kedainya dibuka di luar negeri Kelantan.

Terbaru, kami telah pun berkongsi 10 kedai colek yang sedap di Kota Bharu. Kali ini kami akan kongsikan 10 kedai colek yang best di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang memang patut anda pergi.  Jom ikuti perkongsian di bawah ini.

1. Warung Ambo, Laman Glenmarie Shah Alam

@warungambo

Jom pekena Cholek Viral Ambo Di Warung Ambo Laman Glenmarie Shah Alam #fypシ #fyp #kedaiviral #colek #colekviral #warungambo #shahalam #coleksedap #colekkelantan #warungamboshahalam

♬ Ramadan(783658) – TimTaj

@warungambo Jom pekena Cholek Viral Ambo Di Warung Ambo Laman Glenmarie Shah Alam #fypシ #fyp #kedaiviral #colek #colekviral #warungambo #shahalam #coleksedap #colekkelantan #warungamboshahalam ♬ Ramadan(783658) – TimTaj

Haa, portion sangat banyak dan pilihan juga banyak! Jadi, kalau anda yang berada berdekatan Shah Alam, boleh lah kunjungi ke kedai ini. Kedai ini juga memberi servis pesanan penghantaran makanan dalam bulan Ramadan. Waktu operasi seperti berikut.

  • Waktu operasi: 3.00pm – 1.00am
  • Ramadan delivery service: Submit order (8.30am – 5.00pm) & Delivery hours: 2.00pm – 6.00pm
  • Lokasi: Warung Ambo Laman Glenmarie Shah Alam
  • Website: ambotapau
  • Instagram: warung__ambo

2. Colek Leghak Original KL

@cendoldurianruntuh

Ramadhan tiba #colek #cendoldurianruntuhstartparcpoint #fypシ゚viral

♬ original sound – Cendol Durian Runtuh – Cendol Durian Runtuh

@cendoldurianruntuh Ramadhan tiba #colek #cendoldurianruntuhstartparcpoint #fypシ゚viral ♬ original sound – Cendol Durian Runtuh

Kalau datang ke sini pastikan anda datang awal jika tidak nanti meja akan dipenuhi orang ramai. Sambil-sambil menikmati cendol durian, colek juga boleh menjadi santapan yang sedap dan lazat untuk anda tapi yang penting perlu selesai solat tarawih dahulu. Waktu operasi dan lokasi seperti berikut.

  • Hari operasi: Buka setiap hari
  • Waktu operasi: 4pm – 12am
  • Lokasi: Cendol Durian Runtuh StarParc Point
  • Instagram: didaposz

Untuk sebarang tempahan, anda boleh terus hubungi talian:
www.wasap.my/60183884408/colekleghrak

www.wasap.my/60197751085

3. Dapur Meks Viral

@dapurmeks Alhamdulillah selesai ari pertama #colek by Dapur Meks. #kelatetiktok #foodie #kelatantanfood #malaysiatiktok #fypシ #viral #craving ♬ original sound – Dapur Meks

Kepada anda yang berada di sekitar Danau Kota dan Wangsa Maju, anda wajib berkunjung ke kedai Dapur Meks ini! Bila lagi nak menjamah colek air tangan dari Kelantan? Di sini lah kedai yang terbaik untuk anda. Waktu operasi seperti berikut.

  • Waktu operasi: 12pm – 10pm
  • Hari operasi: Selasa – Ahad & Isnin: Cuti
  • Lokasi: Dapur Meks Viral
  • Instagram: dapur_meks

Untuk sebarang tempahan, anda boleh terus hubungi talian 016-471 9252 (Dapur Meks)

4. Kelate Kitchen Setapak

Kelate Kitchen menyediakan masakan tersohor dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Menu yang dihidangkan amat lah simple, lazat, mudah dan jimat. Sesudah tiba bulan Ramadan, Kelate Kitchen juga memberi santapan colek sebagai menu moreh selepas selesai solat tarawih. Anda nak iftar di mana hari ini? Jom lah berbuka di Kelate Kitchen. Jangan lupa pesanan penghantaran pun ada! Waktu dan hari operasi seperti berikut.

  • Hari operasi: Dibuka setiap hari
  • Waktu operasi: 4.00pm – 1am
  • Delivery minimum 5 packs
  • Lokasi: Kelate Kitchen Prima Setapak KL
  • Instagram: kelate_kitchen
  • Facebook: Kelate Kitchen

Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi di talian 018-9523220 (Nani)

5. Tasnim Tomyam, Padang Balang

@ballonzuzasurprise

#CapCut #tasnimtomyampadangbalang #colekmalas #colekbuah #padangbalang #kualalumpur #setapak #gombak

♬ original sound – Ballonzuza surprise🎈 – Ballonzuza surprise🎈

BacaJuga

cuba jaga puasa

“Dia Cuba Tahan..”, Adik Kecil Ini Cuba Jaga Puasa Walaupun Diuji Dengan Kerenah Kawan-Kawan Di Majlis Hari Jadi

April 25, 2022
1
Ini Cara Buat Biskut Semperit Kayangan Lotus Biscoff, Raya Nanti Pasti Laku Keras!

Ini Cara Buat Biskut Semperit Kayangan Lotus Biscoff, Raya Nanti Pasti Laku Keras!

April 18, 2022
69
@ballonzuzasurprise #CapCut #tasnimtomyampadangbalang #colekmalas #colekbuah #padangbalang #kualalumpur #setapak #gombak ♬ original sound – Ballonzuza surprise🎈

Bila menyebut tentang tom yam sudah pastinya kedai ini menyediakan masakan panas yang sedap. Namun tiba masa bulan Ramadan, Tasnim Tomyam juga menyajikan colek untuk moreh di bulan puasa. Jadi, jika anda ingin berkunjung ke sini, ini waktu operasinya.

  • Hari operasi: Buka setiap hari
  • Waktu operasi: 5.00pm – 12.00am
  • Lokasi: Tasnim Tomyam Padang Balang
  • Instagram: tasnim_tomyam
  • Facebook: Tasnim Tomyam Padang Balang

Sebarang tempahan dan pertanyaan, anda boleh menghubungi talian 019-4627953.

6. Umi Nasi Paku Ayam Kampung

Pesta colek terbesar dan tersedap di Shah Alam dan Klang! Sudah semestinya di kedai Umi Nasi Paku Ayam Kampung. Satu-satunya kedai yang menyediakan pelbagai menu ori dari bumi Kelantan terutama aneka colek yang terdiri daripada colek siam dan colek kelantan. Waktu operasi seperti berikut.

  • Hari operasi: Buka setiap hari
  • Cuti: Jumaat
  • Waktu operasi: 4.30pm -12am
  • Lokasi: Umi Nasi Paku Ayam Kampung
  • Facebook: Umi Nasi Paku Ayam Kampung
Cawangan Shah Alam:
Untuk Delivery @ Pertanyaan boleh hubungi
www.wasap.my/60199398334/Pestacolek
Cawangan Klang:
Untuk Delivery @ Pertanyaan boleh hubungi
www.wasap.my/60169222732/Pestacolek

7. Restoran Sup Urat Keting Seksyen 7 Bandar Baru Bangi


Kedai ini menyajikan pelbagai juadah dan menu masakan Kelantan yang mana ia menjadikan sebuah kedai yang terkenal dengan masakan Kelantan khususnya di Bandar Baru Bangi. Bagi anda yang berada di sekitar ingin berkunjung ke kedai ini, di bawah merupakan waktu operasi kedai.

  • Hari operasi: Buka setiap hari
  • Waktu operasi: 8am – 10pm
  • Lokasi: Restoran Sup Urat keting
  • Instagram: restoransupuratketin
  • Facebook: RESTORAN SUP URAT KETING

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, anda boleh menghubungi talian 012-3790818.

8. Cafe Jeliro Sengoti

@cafejelirosengoti #colekmalasampang #colekmalasjeliro #cafejelirosengoti #malayfoodie #makanankelantan #fyp #tiktokmalaysia #ramadhan2022 ♬ VITA ALVIA X HUDHAEFA RAFFA – HUDHAEFA RAFFA

Cafe Jeliro Sengoti ini menyediakan pelbagai menu dari hidangan makan pagi. tengahari dan malam. Untuk bulan puasa kali ini, Cafe Jeliro Sengoti menyajikan hidangan colek yang istimewa hanya untuk anda yang ingin berkunjung ke kedai ini dan anda diingatkan supaya membuat tempahan awal oleh kerana tempat adalah terhad. Waktu dan hari operasi seperti berikut.

  • Hari operasi: Selasa – Ahad
  • Cuti: Isnin
  • Waktu operasi: 11am – 5pm
  • Lokasi: Cafe Jeliro Sengoti
  • Instagram: cafejelirosengoti
  • Facebook: Cafe Jeliro Sengoti

Sebarang tempahan dan pertanyaan, anda boleh terus hubungi di talian www.wasap.my/+60193097872

9. Restoran Gegey Shah Alam

@syafiqasyr Siapa sini peminat colek? Dap uhhh 😬😋🥰 #fypシ #colek #teamkelate #teamganu #tiktokmalaysia ♬ Mabok Lagi – Tik Toker

Untuk pengetahuan anda, Restoran Gegey ini mempunyai 3 cawangan iaitu di Shah Alam, Putrajaya dan semestinya Kota Bharu. Jadi, jika anda berada berdekatan dengan 3 kawasan ini boleh lah merancang untuk berbuka dan moreh di kedai ini.

Anda tak perlu risau oleh kerana bufet Ramadan juga ditawarkan, apa yang anda perlu buat adalah untuk mengambil tahu waktu dan hari operasi kedai supaya mudah untuk membuat tempahan. Waktu dan hari operasi seperti berikut.

  • Hari operasi: Buka setiap hari
  • Waktu operasi: 4pm – 11.30pm
  • Lokasi: Restoran Gegey Shah Alam
  • Instagram: restorangegey 
  • Facebook: Restoran Gegey

Untuk membuat tempahan, anda boleh menghubungi talian atau 019-880 9896 untuk sebarang pertanyaan.

10. Nasi Kukus Ayam Planta

@nasikukusayamplanta

Jom booking meja untuk berbuka di Nasi Kukus Ayam Planta PJCC. Call 0102089459 #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypp #fyppppppppppppppppppppppp #nasikukusayamplanta #berbukapuasa #iftar #moreh #colek #colekkelantan #pjcc #pjfoodie #tamanmedanpetalingjaya #malayfood #nasimurah #klfoodhunting #makantime

♬ original sound – NasiKukusAyamPlanta – NasiKukusAyamPlanta

@nasikukusayamplanta Jom booking meja untuk berbuka di Nasi Kukus Ayam Planta PJCC. Call 0102089459 #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypp #fyppppppppppppppppppppppp #nasikukusayamplanta #berbukapuasa #iftar #moreh #colek #colekkelantan #pjcc #pjfoodie #tamanmedanpetalingjaya #malayfood #nasimurah #klfoodhunting #makantime ♬ original sound – NasiKukusAyamPlanta

Keistimewaan kedai ini adalah nasi kukus yang mana ayamnya di goreng dengan planta dan hasilnya membuatkan rasanya lebih sedap, rangup dan enak apabila dimakan. Pada bulan puasa, kedai ini juga membawa santapan colek moreh untuk anda.

Pilihan santapan moreh juga begitu banyak! Jadi, anda boleh memilih bermacam-macam aneka colek yang telah disajikan. Untuk pengetahuan anda, kedai ini mempunyai 2 cawangan iaitu di Sentul dan Petaling Jaya. Waktu dan hari operasi seperti berikut.

  • Hari operasi: Buka setiap hari
  • Waktu operasi: 10am – 5pm
  • Lokasi: Nasi Kukus Ayam Planta
  • Instagram: nasikukusayamplanta
  • Facebook: Nasi Kukus Ayam Planta

Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan, anda boleh menghubungi talian 010-2089459. Jom buat tempahan sekarang!

Jadi, tunggu apa lagi? Sekian 2 tahun Covid-19 melanda di negara kita, jom kita kembalikan suasana yang meriah di bulan Ramadan pada tahun ini dengan keluarga dan rakan tauladan. Jangan lepaskan peluang ini kerana suasana ini hanya berlaku setahun sekali sahaja.

Kredit: @nasikukusayamplanta, @syafiqasyr, @cafejelirosengoti, Restoran Sup Urat Keting, @ballonzuzasurprise, @dapurmeks, @cendoldurianruntuh, Kelate Kitchen, Umi Nasi Paku Ayam Kampung, @warungambo

Baca Juga: 10 Kedai Colek di Kota Bharu Yang Anda Takkan Menyesal Pergi!

Download Premium WordPress Themes Free
Download Nulled WordPress Themes
Download Premium WordPress Themes Free
Download Nulled WordPress Themes
udemy course download free
download coolpad firmware
Tags: Colekcolek buahmorehramadan
ShareTweetSend

Related Posts

Jom Cuba Menu Terbaru Carl’s Jr, Angus Burger Series Yang Berjus dan Teramatlah Sedap!
info makanan

Jom Cuba Menu Terbaru Carl’s Jr, Angus Burger Series Yang Berjus dan Teramatlah Sedap!

Julai 1, 2022
42
Sering Digelar Kedai Berhantu, Ini 5 Produk Best Yang Anda Wajib Dapatkan Di Mr Dollar
info makanan

Sering Digelar Kedai Berhantu, Ini 5 Produk Best Yang Anda Wajib Dapatkan Di Mr Dollar

Jun 30, 2022
181
Tawaran Menarik Dari FamilyMart Sempena Pembukaan Cawangan ke-300. Jom Serbu!
Promosi

Tawaran Menarik Dari FamilyMart Sempena Pembukaan Cawangan ke-300. Jom Serbu!

Jun 29, 2022
101
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist