Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tempat Makan » 10 Kedai Nasi Ayam di Melaka Yang Paling ‘Best’ & Menarik, Mesti Singgah!

10 Kedai Nasi Ayam di Melaka Yang Paling ‘Best’ & Menarik, Mesti Singgah!

Kategori:
kedai nasi ayam di Melaka

Nasi ayam merupakan hidangan yang berasal daripada China dan ia merupakan hidangan yang diminati oleh rakyat Malaysia sejak dahulu kala lagi. Walaupun namanya sama, rasanya tetap berbeza. Jika anda berada di Melaka, antara kedai yang boleh anda kunjungi untuk menikmati nasi ayam adalah seperti senarai di bawah ini. Selamat mencuba!

1. Nasi Ayam Baba

Nasi Ayam Baba merupakan kedai yang tidak asing lagi bagi penduduk di sekitar Taman Merdeka. Selain dari hidangan nasi ayamnya yang over sedap, menu lain juga turut membuatkan orang ramai jatuh cinta. Ditambah pula dengan suasana kedai yang menarik dan bersih, itulah sebabnya kedai ini sering mendapat sambutan hangat.

Alamat :

  • 30, Jalan Pegaga, Taman Merdeka, 75350 Melaka

Waktu beroperasi :

  • Setiap Sabtu hingga Khamis : 08.00AM – 12.00AM
  • Jumaat tutup

Mari kita tinjau kedai ini:

[foogallery id=”6825″]

Apa kata pelanggan :

[foogallery id=”6848″]

2. Restoran Hijrah Sari Nasi Ayam Hailam

Jika anda peminat tegar nasi ayam, pastinya nasi ayam hailam sudah anda cuba berkali-kali. Namun kali ini anda perlu cuba nasi ayam di Restoran Hijrah Sari ini. Setelah anda cuba pasti anda akan tahu dan faham apa kelainan atau perbezaanya. Memang sangat sesuai untuk dimakan pada waktu tengahari.

Alamat :

  •  8 & 10, Jalan Keris Emas 1, Taman Keris Emas, 76300 Sungai Udang, Melaka

Waktu beroperasi :

  • Setiap Isnin hingga Sabtu : 10.00AM – 05.00PM
  • Ahad tutup

Mari kita tinjau kedai ini:

[foogallery id=”6857″]

Apa kata pelanggan :

[foogallery id=”6862″]

3. Nasi Ayam Muslim HK (Hong Kong) Style

Walaupun berbagai gerai atau kedai nasi ayam yang boleh kita jumpai, tak semuanya mampu menyediakan nasi ayam yang sedap, halal dan asli dari China. Berbeza dengan kedai Nasi Ayam Muslim HK Style ini kerana nasi ayam di sini memang pior China. Nasi Ayam di sini bukan sahaja sedap malah harganya juga turut murah. Jadi jangan lupa untuk singgah ye!

Alamat :

  • Taman Anika, 75250 Malacca

Waktu beroperasi :

  • Dibuka setiap Sabtu hingga Khamis : 10.00AM – 08.00PM
  • Jumaat : Tutup

Mari kita tinjau kedai ini:

[foogallery id=”38801″]

Apa kata pelanggan :

[foogallery id=”7189″]

4. Ee Ji Ban Chicken Rice Ball

Jika anda berada di Taman Melaka Raya, singgah sahaja di Ee Ji Ban Chicken Rice Ball ini untuk menikmati nasi ayam yang luar biasa. Kedai ini sering dikunjungi oleh para artis dan sering dipenuhi dengan pelanggan dari Melaka dan luar Melaka. Jadi pastinya ia memang sedap dan jangan lupa untuk singgah menikmati makanan di sini ye!

Alamat :

275, Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka

Waktu beroperasi :

  • Dibuka setiap Jumaat hingga Rabu : 11.00AM – 09.30PM
  • Khamis : Tutup

Mari kita tinjau kedai ini:

[foogallery id=”6900″]

Apa kata pelanggan :

[foogallery id=”6905″]

5. Nasi Ayam Bonda

Nak cari sup ayam dan nasi ayam yang lazat dan menyelerakan di Melaka? Nasi Ayam Bonda adalah tempatnya. Selain daripada nasi ayam biasa anda boleh pilih pelbagai jenis hidangan nasi ayam. Sama ada nak sambal banjir atau yang biasa. Memang rugi kalau anda tidak singgah makan nasi ayam di sini. Nak jumpa kat tempat lain memang susah dah.

Alamat :

Kampung Bachang, 75350 Melaka

Waktu beroperasi :

  • Setiap Isnin hingga Sabtu : 9.30AM – 4.30PM
  • Ahad : Tutup

Mari kita tinjau kedai ini:

[foogallery id=”38828″]

Apa kata pelanggan :

[foogallery id=”6923″]

6. Restoran Nasi Ayam Gemas Mustafah

Jika anda ke Melaka, singgahlah sekejap di Restoran Nasi Ayam Gemas Mustafah ini untuk mencuba nasi ayam di sini. Kedai ini merupakan kedai nasi ayam yang terbaik di Melaka dan ia cukup dikenali ramai. Mungkin kerana hidangan nasinya yang lembut, kuah sup yang secukup rasa dan sosnya yang lain dari lain.

Alamat :

  •  No 7, Jalan KPMB 1 Kompleks Perniagaan Musai Bistari, 75400 Malacca

Waktu beroperasi :

  • Dibuka setiap hari : 10.30AM – 05.30PM

Mari kita tinjau kedai ini:

[foogallery id=”7148″]

Apa kata pelanggan :

[foogallery id=”7154″]

8. Restoran Nasi Ayam Singapura

Nasi ayam memang antara makanan yang sesuai dinikmati pada bila-bila masa sahaja. Baik untuk makan tengahari atau pun malam. Memang sesuai sangat, lebih-lebih lagi sekiranya anda menikmati nasi ayam di Restoran Nasi Ayam Singapura ini. Rata-rata pelanggan yang sudah mencuba pasti sarankan untuk makan di kedai ini. Memang sedap!

Alamat :

  • Jalan Pk 1, Kawasan Perindustrian Krubong, 75260 Melaka

Waktu beroperasi :

  • Dibuka setiap hari : 10.00AM – 12.00AM

Mari kita tinjau kedai ini:

[foogallery id=”38845″]

Apa kata pelanggan :

[foogallery id=”7162″]

9. Restoran Nasi Ayam Ct

Anda berada di kawasan Taman Semabok Perdana? Jika ya, memang rugi kalau anda tidak singgah makan nasi ayam di Restoran Nasi Ayam Ct ini. Nasi ayam yang disediakan di sini lembut dan tidak tawar ditambah pula dengan rasa sup yang kaw memang membuatkan pelanggan datang berkali-kali.

Alamat :

  • 39-1, Jalan SP 4, Taman Semabok Perdana, 75150 Melaka

Waktu beroperasi :

  • Dibuka setiap hari : 07.00AM – 06.00PM

Mari kita tinjau kedai ini:

[foogallery id=”7169″]

Apa kata pelanggan :

[foogallery id=”7174″]

10. Nasi Ayam Melaka

Nak makan nasi ayam dalam suasana yang tenang? Anda boleh kunjungi kedai Nasi Ayam Melaka yang terletak di Jalan MH 1 ini. Memang rasa nasi ayam di sini tak mengecewakan. Dia punya sos kicap dan sambal tu memang luar biasa. Bagi sesiapa yang dah rasa, pasti teringat sampai bila-bila.

Alamat :

  • Jalan MH 1, 75450 Melaka

Waktu beroperasi :

  • Dibuka setiap Isnin hingga Sabtu : 10.00AM – 06.00PM
  • Ahad tutup

Mari kita tinjau kedai ini:

[foogallery id=”7177″]

Apa kata pelanggan :

[foogallery id=”7182″]

tags: | |