Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » 10 Makanan Korea Yang Boleh Disediakan Di Rumah

10 Makanan Korea Yang Boleh Disediakan Di Rumah

Kategori:
makanan korea

Ini adalah antara makanan korea yang anda boleh sediakan sendiri di rumah.

1. Kimchi

makanan korea

Bahan-bahan:

  • Sebatang lobak merah  |  potong dalam 2 cm
  • 1/2 batang lobak putih  |  potong dalam 2 cm
  • Seikat daun bawang  |  potong dalam 2 cm
  • Kobis cina  |  rendam dalam air garam selama 2 jam, basuh 3x dan toskan
  • Sepeket serbuk cili
  • 2 sudu gula
  • 5 sudu sos ikan

Bahan untuk diblend:

  • Selabu bawang putih
  • Bawang besar
  • Halia
  • 1/2 biji buah lai

Cara-cara membuatnya:

  1. Sediakan besen besar supaya senang nak gaulkan bahan-bahan.
  2. Masukkan bahan yang diblender bersama sepeket serbuk cili (Boleh ikut kepedasan masing – masing), 2 sudu besar gula dan 5 sudu besar sos ikan. Gaul sebati.
  3. Bila dah sebati masukkan lobak merah, lobak putih dan daun bawang yang dah dipotong dalam 2 cm. Gaul lagi bagi sebati.
  4. Akhir sekali baru masukkan kobis yang telah ditoskan. Gaul lagi bagi sebati dan jadilah kimchi.
  5. Simpan dalam bekas bertutup tapi jangan penuh sangat. Sebab kimchi akan keluarkan gas bila diperam nanti terpelanting penutup pula.
  6. Kalau nak cepat masam bolehlah peramkan kimchi dalam suhu bilik 2/3 hari. Lepas tu boleh masukkan dlm peti ais untuk tahan lama. Atau nak simpan terus dalam peti ais pun boleh.
  7. Kimchi juga sedap dimakan dengan Maggi kari,buat nasi goreng dan stew kimchi.

2. Kimbap Roll

makanan korea

Bahan-bahan:

  • Beras biasa atau beras Jepun (Sumo)
  • Seaweed Nori (pilih yang untuk buat sushi)
  • Minyak Bijan (korea pakai minyak bijan)
  • Bamboo mat (penggulung)

Bahan-bahan untuk isi:

  • Ketam
  • Telur dadar
  • Sosej ayam/daging
  • Timun jepun
  • Carrot
  • Apa-apa sahaja yang anda suka makan (tuna, salmon,udang, keju slice)

Cara membuatnya:

  1. Letak bamboo mat disertai dengan seaweed (nori) diatasnya.
  2. Kemudian letak nasi yang ditanak tadi diatas seaweed secara rata. (Nipis lagi elok elak seaweed terburai masa nak gulung. Nak tebal tak jadi masalah. Tapi sapu setengah sahaja supaya masa nak gulung bahagian hujung nasi & inti tak terkeluar.
  3. Dan letak inti-inti yang anda suka. Boleh deco sendiri. Macam saya letak sosej,telur,ketam,timun jepun dan carrot.)
  4. Gulung secara perlahan bersama bamboo dan ketatkan gulungan supaya kimbap roll tersebut terasa mampat dan isi tidak terburai. Gulung hingga ke hujung dan tekan sedikit bagi ketat.
  5. Siap sudah sesi menggulung. Sebelum potong, sapu minyak bijan pada seaweed bagi nampak berkilat.

3. Bulgogi @ Korean Grilled Beef

makanan korea

Bahan-bahan:

  • 500gm daging  |  potong bkeping nipis
  • 5 ulas bawang putih  |  parut
  • 1 1/2 inci halia  |  parut
  • 1 biji bawang holland/kuning/bombay  |  hiris
  • 1 sudu kecil cuka
  • 3 sudu besar gula
  • 4 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos lada hitam
  • 1 sudu kecil soya sauce
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu kecil cili flakes/serbuk cili/serbuk lada hitam
  • sedikit garam

Bahan untuk hiasan:

  • Daun bawang  |  hiris panjang dalam 2cm
  • Bijan  |  sangai

Cara membuatnya:

  1. Campur semua bahan dalam mangkuk kecuali daging dan bahan hiasan. Kacau rata.
  2. Masukkan daging dan kacau sampai semua daging bersalut.
  3. Perap selama 3 jam.
  4. Guna nonstick fry pan. Grill/bakar letak sekeping sekeping dan masukkan sekali bawang yang dihiris masa bakar.
  5. Angkat dan hidangkan.
  6. Tabur daun bawang dan bijan. Siap.

Kaedah lain unuk memasak:

  1. Pakai nonstick fry pan.
  2. Masukkan semua bahan daging dan 1/2 sos perap tu dalam fry pan dan masak sampai daging masak.
  3. Tabur daun bawang dan bijan.

4. Crunchy Fried Chicken

makanan korea

Bahan perapan ayam:

  • Plain Yogurt
  • Lada hitam secubit
  • Bawang putih  |  dicincang

** Perap selama 5 minit

Bahan untuk sos:

  • 2 sudu kicap cair
  • Setengah sudu cuka(jangan lebih nanti masam)
  • 2 setengah sudu gula perang
  • 1 sudu madu
  • 1 sudu teh serbuk cili
Cara memasak:
  1. Goreng ayam menggunakan tepung gandum/tepung ubi kentang.
  2. Pastikan salut dengan rata ayam tu.
  3. Goreng ayam 2 kali untuk texture yang lebih rangup.
  4. Untuk sos agak-agak sedap masam manis ok.
  5. Lepastu gaul kan dengan ayam.
  6. Akhir sekali, cairkan mozarella cheese dengan susu sikit lepas tu letak atas ayam.

5. Jajangmyeon

makanan korea

Bahan-bahan:

  • 600g mie basah
  • 100 g daging lembu  |  dipotong
  • 2 buah bawang bombai  |  dipotong dadu
  • 1/2 buah Zukini  |  dipotong dadu
  • 2 buah kentang  |  dipotong dadu
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 4 sudu besar air sagu
  • 2 gelas air
  • 7 sudu besar minyak
  • 6 sudu besar sos Jajangmyun yang disebut Chunjang

Cara membuat sos jajangmyun:

  1. Sos jjajangmyun dibuat dari pes kacang soya hitam yang disebut chunjang yang ditambah dengan bawang merah cincang, Zukini dan daging merah atau makanan laut.
  2. Ketika memasak sos biasanya ditambah cornstarch (sejenis pati yang diperbuat daripada tepung jagung) agar sos jadi kental.
  3. Pes kacang soya (chunjang) dibuat dari kacang soya yang dipanggang (dibakar).
  4. Oleh kerana itu, jajang mengandung arti sos yang digoreng walau sebenarnya sos dimasak dengan cara direbus.

Cara membuat jajangmyun:

  1. Goreng sos Jajangmyeon dengan 6 sudu besar minyak
  2. Panaskan kuali dengan 1 sudu besar minyak lalu goreng bawang bombai
  3. Kemudian masukkan daging lembu, Zukini, dan kentang
  4. Setelah bahan-bahan itu matang masukkan sos yang sudah digoreng
  5. Aduk-aduk supaya sama rata lalu tuangkan air sagu
  6. Setelah dididihkan selama 5 minit lagi matikan api.
  7. Rebuslah mie lalu bilas dengan air.
  8. Taruh mie dalam mangkuk besar dan tuangkan sos di atasnya.
  9. Sajikan jajangmyun bersama dengan lobak masin kuning.

6. Tteokbokki

makanan korea

Bahan untuk rice cakes:

  • Setengah Pack Tepung pulut
  • 3 sudu besar tepung beras atau gandum
  • Air
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak bijan kalau ada

Cara memasak rice cakes:

  1. Satukan bahan diatas
  2. Letak air sedikit demi sedikit. Jangan lembut sangat atau lembik sangat.
  3. Kemudian gulung panjang. Potong ikut suka.
  4. Rebus bahan yang telah dipotong. Kalau sudah naik atas boleh diangkat.
  5. Toskan atau masukkan dalam air sejuk.

Bahan untuk sos:

  • 3 sudu besar minyak masak
  • 5 atau 6 biji cili api dan 4 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar Cili kisar atau serbuk cili (Peda ikut selera. Kalau ingin pedas letak 4 sudu)
  • Satu sudu besar cuka
  • Sedikit Gula
  • Sedikit serbuk ikan bilis atau pati ayam
  • Setengah cawan air masak
  • Sedikit bijan
  • Sedikit daun bawang

Cara membuat sos:

  1. Panaskan minyak.
  2. Masukkan cili api yang sudah dikisar dengan bawang putih.
  3. Kalau sudah pecah minyak. Masukkan Serbuk ikan bilis atau ayam.
  4. Kemudian masukkan air, cuka dan cili kisar atau serbuk cili (kalau pakai serbuk cili pastikan telah dicampur air sedikit).
  5. Setelah itu letak gula.
  6. Akhir sekali, Masukkan rice cake yang kita buat tadi.
  7. Masukkan sedikit daun bawang, kemudian biarkan kuah pekat.
    Masa  menghidangkan taburkan bijan.

7. Samyang Ramen Homemade

makanan korea

1 paket Maggi Samyang Ramen  |  direbus

Bahan-bahan untuk kuah ramen:

  • 3 batang sawi hijau (potong-potong)
  • 100g daging sukiyaki
  • 2 ulas bawang putih (Cincang halus)
  • 1 sudu makan sos sambal
  • 1 sudu makan kicap
  • 1 sudu makan minyak ikan
  • 1 sudu makan minyak bijan
  • 1 sudu makan minyak goreng
  • 1/4 sudu teh lada serbuk
  • 1/2 sudu teh cili merah serbuk
  • 1cm halia (haluskan)
  • 5 buah cabe rawit merah (haluskan)
  • 2 buah cabe merah besar (haluskan)
  • garam secukup rasa
  • 600ml pati ayam
  • 1 sudu teh tepung meizena (larutkan dengan sedikit air)
Bahan pelengkap:
  • Telur rebus
  • Cendawan
  • Bawang perai yang dihiris halus
Cara membuatnya:
  1. Tumis bumbu (perencah) dengan minyak goreng dan minyak goreng dan minyak bijan hingga harum
  2. Masukkan daging sukiyaki kedalam rempah tumis, aduk hingga berubah warna
  3. Tuang pati ayam lalu masukkan semua bahan lain kemudian masukkan tepung meizena yang sudah dilarutkan dengan air. Tunggu hingga mendidih
  4. Masukkan Maggi Ramen ke dalam kuah, kacau.
  5. Tuangkan ke dalam mangkuk dan siap untuk dihidangkan.

8. Bibimbap @ Mix Rice

makanan korea

Bahan-bahan:

  • 1 ikat sayur bayam
  • 1 cawan daging batang pinang (beef tenderloin)
  • 1 cawan lobak merah (carrot)
  • 2 cawan cendawan shitake
  • 1 cawan cendawan enoki (enokitake)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang aau ditumbuk halus)
  • 1 sudu makan kicap soya
  • 1/2 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan bijan panggang
  • 3 biji telur
  • Sedikit minyak bijan panggang
  • 3 biji telur
  • Sedikit minyak bijan masakan
  • Minyak untuk menggoreng
  • Garam
  • Gula
  • Sedikit ketulan ais

Cara memasak bibimbap:

  1. Nasi
    • Masak nasi seperti biasa. Gunakan beras biasa, bukan beras basmathi.
  2. Sayur bayam
    • Masak air bersama sedikit garam dan sementara menunggu air mendidih, bersihkan sayur dari kekotoran.
    • Bila air sudah mendidih, masukkan sayur bayam tadi dan masak seketika (jangan lama sangat).
    • Setelah itu, toskan airnya dan alihkan ke dalam mangkuk yang berisi air dan ketulan ais.
    • Selepas seketika, ambil sayur bayam tadi, perahkan airnya perlahan-lahan.
    • Di dalam mangkuk lain yang bersih, gaulkan sayur bayam ini dengan sedikit minyak bijan dan ketepikan.
  3. Cendawan enoki
    • Bersihkan cendawan.
    • Potong cendawan enoki secara memanjang.
    • Proses penyediaannya adalah sama seperti sayur bayam di atas.
  4. Cendawan shitake
    • Bersihkan dan potong cendawan mengikut kesesuaian.
    • Kemudian, panaskan kuali dengan sedikit minyak dan goreng seketika. Anda tidak perlu risau kerana cendawan ini akan sedikit mengecut apabila digoreng.
  5. Lobak merah
    • Bersihkan lobak merah dan kupas kulitnya.
    • Potong lobak merah kepada 3 bahagian dan hiris nipis.
    • Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan goreng sehingga menjadi lembut.
  6. Daging
    • Bersihkan daging.
    • Potong daging menjadi sangat nipis (Potong lebar dan sangat nipis).
    • Kemudian gaulkan dengan kicap soya, kicap pekat, bawang putih dan sedikit garam.
    • Perapkan daging dan simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit atau lenih (lebih lama lebih sdap).
    • Selepas 30 minit, panaskan kuali dan sedikit minyak, kemudian goreng daging sehingga masak.
  7. Telur
    • Panaskan kuali dengan sedikit minyak kemudian pecahkan telur ke dalam kuali.
    • Goreng telur sehingga separuh masak (telur mata kerbau ‘goyang’).
  8. Campurkan kesemua bahan
    • Isikan nasi ke dalam mangkuk. Pastikan saiz mangkuk agak besar.
    • Susun kesemua masakan tadi mengikut kreativiti dan selera anda.
    • Kemudiannya, letakkan sedikit sos cili Gochujang mengikut citarasa anda.
    • Titiskan sedikit minyak bijan dan taburkan bijian bijan di atasnya.

9. Oden

makanan korea

Bahan-bahan:

  • 2 paket kecil perencah pes asam pedas
  • 4 sudu makan perencah tomyam
  • sedikit serbuk perasa
  • air secukupnya
  • bahan-bahan oden (fish cake, seafood tafu, dan sebagainya)

Cara memasak:

  1. Panaskan perencah pes asam pedas dalam periuk dan kemudian masukkan air.
  2. Seterusnya masukkan pes tomyam. Jumlah boleh diubah suai ikut citarasa masing-masing.
  3. Tambah sedikit perasa jika perlu.
  4. Cucuk bahan-bahan oden menggunakan lidi sate dan masukkan ke dalam periuk berisi kuah tadi.
  5. Biarkan kuah mendidih dan bahan-bahan oden tadi masak.
  6. Sedia untuk dinikmati.

10. Jjamppong

makanan korea

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus mi gandum korea – boleh tukar guna mi kegemaran yang lain. Celur lembut.

Bahan untuk kuah jjamppong:

  • 1 cawan isi ayam – potong dadu, gaul dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam
  • 6 ekor udang – kupas kulit
  • 10 ekor kupang – bersihkan
  • 4 ekor sotong

( boleh juga guna seafood sahaja)

Bahan air rebusan:

  • 1 sudu makan ikan bilis
  • 3 biji cendawan shiitake kering
  • 2 biji bawang besar ( holland)
  • 8 cawan air

Bahan sayur & perisa:

  • Hirisan lobak merah secukupnya
  • Hirisan daun bawang secukupnya
  • Kubis panjang (cina) secukupnya
  • 3 ulas bawang putih – tumbuk
  • 1 inci halia – tumbuk
  • 3 sudu makan gochugaru ( serbuk cili korea) – kurangkan jika kurang suka rasa pedas
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu makan minyak bijan
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Minyak masak @minyak zaitun secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara memasak:

  1. Campurkan semua bahan air rebusan ke dalam periuk. Didihkan selama 20 minit menggunakan api besar. Kemudian kecilkan api dan biarkan merenih selama 10 minit. Tapis air rebusan dan ketepikan.
  2. Dalam mangkuk kecil, campurkan 3 sudu makan gochugaru bersama 2 sudu makan minyak zaitun. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang putih dan halia.
  4. Kemudian masukkan isi ayam. Gaul sebati hingga agak-agak masak.
  5. Seterusnya masukkan sayur dan makanan laut. Cendawan yang direbus untuk air rebusan juga boleh dihiris dan dimasukkan bersama. Gaul seketika.
  6. Masukkan pes gochugaru tadi.
  7. Gaul bahan hingga sebati dan bersalut rata.
  8. Tambahkan stok air @ air rebusan, sos ikan, minyak bijan, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Biarkan mereneh.
  9. Bila sayuran telah lembut, padamkan api dan sedia untuk dinikmati.
  10. Jika suka, boleh tambahkan hirisan rumpai laut sebelum dinikmati bersama mi atau nasi. Boleh juga dimakan begitu sahaja.
tags: | |