Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » 10 Menu Masakan Seafood Yang Mudah Dan Sedap, Campak Je Semua Namun Kesedapannya Tiada Tandingan!

10 Menu Masakan Seafood Yang Mudah Dan Sedap, Campak Je Semua Namun Kesedapannya Tiada Tandingan!

Kategori:
10 menu berasaskan seafood

Lain orang lain seleranya kan. Ada orang suka makan daging dan ayam je memanjang. Ada juga orang yang makan seafood je memanjang. Bagi anda peminat tegar seafood ini pastinya sudah bosan mahu sediakan masakan apa dengan makanan laut ini.

Jadi apa kata anda cuba 10 menu masakan seafood yang mudah dan sedap ini. Sama ada untuk dimakan bersama dengan nasi atau pun tanpa nasi.

10 Resepi Berasaskan Seafood Yang Mudah Serta Sedap

1. Creamy Cheesy Butter Prawn

Bahan-bahan : 

  • 1 kg udang
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Tepung bestari
  • Sedikit air

Bahan Untuk Creamy Cheesy Sauce :

  • 4ulas bawang putih-cincang
  • 4tangkai daun kari
  • Cili api ikut kepedasan-potong
  • Butter
  • 1sk serbuk lada sulah
  • 1sk gula
  • 1sk serbuk pati ayam
  • 4 keping cheese (tiada dalam gambar)

Cara Penyediaan :

  1. Bersihkan 1 kg udang. Taburkan dgn garam dan serbuk kunyit. Tambahkan satu senduk tepung bestari dan sedikit air. Gaul rata.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng udang hingga masak. Tos dan ketepikan. Jangan overcooked tau. Kalau nak tau udang yg dimasak sempurna, udang tu bentuk C bermaksud cooked. Kalau udang jadi bentuk O maksudnya overcooked.
  3. Untuk buat sos creamy cheezy, panaskan minyak dan butter. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan daun kari dan cili api.
  4. Masukkan susu cair, serbuk lada sulah, gula dan serbuk pati ayam. Tak perlu tambah garam.
  5. Masukkan kepingan cheese. Kita guna jenama Emborg
  6. Apabila sauce dah menggelegak, masukkan udang
  7. Gaulkan udang hingga sebati dengan sauce tadi. Tutup api dan ketepikan.
  8. Dalam mangkuk lain pukul 4 butir kuning telur
  9. Panaskan minyak dan setengah biji butter dalam kuali. Bila minyak dah cukup panas, perlahankan api. Guna senduk seperti dalam gambar.
  10. Angkat mangkuk tinggi-tinggi, tuangkan telur perlahan-lahan kemudian kacau dengan laju membentuk bulatan. Kacau laju-laju tau untuk dapatkan jerami telur yg halus.
  11. Masak sebentar hingga minyak berbuih. Tutup api.
  12. Tuangkan telur ke dalam penapis besi macam ni. Nak guna penapis santan yg besi tu pun boleh. Tekan telur guna senduk tadi untuk turunkan minyak ke bawah.
  13. Toskan dengan tisu dapur utk menyerap minyak yg berbaki.
  14. Masukkan udang dalam pinggan. Taburkan telur di atasnya. Sedia untuk disajikan.

Anda mungkin boleh lihat video ini : 

2. Kerang Pedas Sos Tiram Berempah

kerang

Bahan-bahan:

  • Kerang 1 kilo fresh(direbus dahulu)
  • Tumis bawang putih 3 ulas
  • Bawang merah 2 biji dihiris,,
  • Cili merah 1 biji( dihiris)
  • Cili hijau 1 biji( dihiris)
  • Cili padi 2@ 3 biji(katok)
  • Daun kari 2 batang,
  • Serbuk Kari ikan 1@2sudu besar
  • cili kisar 5@6 sudu besar
  • SOS tiram 3-4 sudu besar
  • air masak(agak2 kuah dah pekat)
  • Serbuk belacan sedikit(jika suka)
  • Serbuk perasa
  • Garam
  • Minyak masak

Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan daun kari sehingga kekuningan.
  2. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak atau sehingga cilinya masak.
  3. Apabila cili sudah masak masukkan serbuk kari dan biarkan rempahnya masak.
  4. Kemudian masukkan sos tiram, serbuk belacan, serbuk perasa, cili padi, cili merah, cili hijau dan gaul sebati.
  5. Akhir sekali masukkan kerang yang telah direbus tadi dan gaul sebati. Jika terlalu kering masukkan sedikit air.
  6. Tutup api dan siap untuk dihidangkan.

Cara Merebus Kerang:

  1. Didihkan air terlebih dahulu
  2. Masukkan kerang dan masak lebih kurang 5-10 minit.
  3. Angkat kerang dan rendamkan kerang bersama air sejuk atau air yang ada ais.
  4. Kemudian baru kopek kulitnya. Nanti cantik hasilnya.

3. Homemade Shellout 

Bahan-bahan : 

  • 2 sudu rempah kari daging
  • Gula, garam dan perasa secukupnya
  • Ketam
  • Sotong
  • Lala
  • Udang
  • Bunga kobis
  • Brokoli
  • Air

Bahan Kisar:

  • Bawang besar 2 biji
  • Satu genggam cili kering
  • 3 ulas bawang putih

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan kisar tadi.
  2. Tunggu sehingga sambal naik minyak dan baru masukkan rempah kari daging. Kemudian masukkan gula, garam dan perisa secukupnya.
  3. Masukkan ketam dan gaul rata.
  4. Tunggu 5 minit dan masukkan lala dan gaul rata.
  5. Akhir sekali masukkan udang, bunga kobis, brokoli dan gaul lagi. Jangan letak air sebab sotong dan udang akan keluarkan air.

Anda mungkin boleh lihat video ini : 

4. Sotong Goreng Tepung Yang Rangup

Bahan-bahan : 

  • 1 cawan tepung ubi
  • 1 cawan tepung jagung
  • 2 sudu tepung bestari
  • 1 biji telur ayam
  • Sotong

Cara Penyediaan : 

  1. Gaulkan tepung ubi, tepung jagung dang tepung bestari sehingga sebati. (tak perlu bancuh air)
  2. Pecahkan telur. Gaulkan sotong dengan telur.
  3. Angkat terus golek-golek dalam tepung.
  4. Minyak letak banyak. Bagi betul-betul panas, api jangan kuat sangat.
  5. Goreng sehingga masak dan siap!

Nota : Untuk menyedapkan lagi anda boleh tambah 1 sudu kecil garam dan black pepper serta 2 sudu makan penuh tepung bestari.

5. Ketam Masak Sambal Telur Pecah

resepi ketam

Bahan-bahan : 

  • 2 kilo ketam(dicuci bersih)
  • 10 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 Biji bawang besar(potong dadu)
  • 2 cm halia(dicincang)
  • 7-9 sudu besar cili kisar
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 batang serai dikatok
  • 1 Biji tomato(dipotong dadu)
  • 4 butir telur ayam
  • SOS cili 2 sudu besar
  • SOS tomato 2 sudu besar
  • SOS ikan 1 sudu besar
  • SOS tiram 2 besar
  • 1 kiub ayam
  • 1 sudu kecil serbuk belacan(jika suka)
  • Daun bawang(jika suka)
  • Garam 1 sudu kecil
  • Gula 2 sudu besar (jika suka)
  • Minyak masak secukupnya
  • 1 cawan air

Cara Penyediaan : 

  1. Panaskan minyak dan masukkan serai, biarkan aromanya naik dahulu.
  2. Masukkan halia dan bawang putih. Masak sehingga sedikit keperangan, masukkan bawang dan masak seketika.
  3. Masukkan cili kisar, daun limau purut dan tumis sehingga pecah minyak.
  4. Apabila sudah pecah minyak, masukkan serbuk belacan, garam, gula, kiub ayam, tomato dan biarkan ianya masak seketika.
  5. Masukkan sos ikan, sos, tomato, sos cili, sos tiram dan gaul rata.
  6. Masukkan ketam dan 1 cawan air. Biarkan ketamnya masak dengan sempurna (api sederhana). Jika kuahnya kering jangan ditambah air lagi. Biarkan nanti air ketam akan keluar sendiri.
  7. Apabila sudah masak, pecahkan telur didalam kuali. Kemudian gaul rata sehingga telur masak.
  8. Tutup api dan siap untuk dihidangkan.

Anda mungkin boleh lihat video ini : 

6. Udang Belon Ala Thai 4 Bahan

Bahan-bahan :

  • Udang
  • Tepung blue key self raising flour (kotak warna pink)
  • Telur
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

Cara-cara :

  1. Bersihkan udang. Buang kulit udang tapi bahagian ekor dibiarkan je.
  2. Campur semua bahan-bahan yang lain. (tepung, telur, garam)
  3. Masukkan air secukupnya. Taknak cair sangat, taknak pekat sangat. Buat biar boleh lekat elok adunan tepung dengan udang.
  4. Celup udang dalam adunan tepung.
  5. Kemudian goreng dalam minyak yang panas.
  6. Angkat dan toskan.
  7. Sedia untuk dihidang.

Anda mungkin boleh lihat video ini : 

7. Sotong Goreng  Kicap Pedas

resepi sotong kicap pedas

Bahan – Bahan : 

  • 10-15 ekor sotong
  • 2 sdb kicap manis
  • 1 sdb kicap masin
  • Lada benggala merah dan hijau | potong dadu
  • 8 tangkai lada burung
  • 1 biji bawang holland
  • 1 batang serai | diketuk
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk lada putih

Cara Penyediaan : 

  1. Panaskan 1 sudu besar minyak di dalam kuali. Jika tiada gas. Boleh ikhtiar guna rice cooker electric anda. Tumis bawang Holland dan bawang putih(bawang putih ni opsyenal) Tumis sekali dengan serai sampai layu.
  2. Setelah cuci sotong. Oh,kepala dia kakak sumbat dalam perut dia balik supaya boroi. Masukkan sotong kedalam kuali. Bukan dalam mulut ya. Hanyir.
  3. Tuangkan kicap kicap lemak manis dan masin tadi. Didihkan sehingga sotong empuk. Kacau kacau sikit pun okey.
  4. Apabila sotong empuk. masukkan lada tumbuk tadi.
  5. Kemudian masuk terus lada benggala. Kacau kacau dan masa ni tambah serbuk lada hitam dan putih. Dan matikan api dapur.
  6. Siap untuk dihidangkan.

8. Udang Goreng Tumis

resepi udang tumis

Bahan-bahan : 

  • Udang sekilo – bersihkan – goreng garam kunyit
  • Bawang besar 2 biji – potong roda/bulat
  • Cabai burung 20 biji – potong serong
  • Cili Sos Kimball – satu mangkuk kecil (Jika nak kuahnya lebih, hanya tambahkan sos dan kicap)
  • Kicap manis – lebih kurang satu sudu

Cara Penyediaan : 

  1. Gaulkan udang dengan kunyit dan goreng.
  2. Tumis cili sos menggunakan minyak gorengan udang, masukkan kicap, kacau dua tiga kali.
  3. Kemudian masukkan bawang dan cabai burung.
  4. Kacau sebentar, masukkan udang goreng. Gaul sebati.
  5. Siap untuk dihidangkan.

9. Ketam Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahan : 

  • 3 ekor ketam segar
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 helai daun kunyit, carikkan
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 keping asam gelugor

Bahan kisar halus:

  • 5 biji cili api
  • 2 biji cili merah
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Secubit belacan

Cara Penyediaan : 

  1. Bersihkan ketam, dan leraikan bahagian kaki yang bersepit. Ketuk kulit ketam dengan lesung batu sehingga kulit sedikit pecah supaya senang dimakan kemudian.
  2. Gaulkan ketam dengan bahan kisar halus dan masak seketika selama lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan pati santan. Boleh juga dicairkan kuah dengan sedikit air jika terlalu pekat.
  3. Perlahankan api dan kacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, serai dan daun kunyit.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga mendidih.

Anda mungkin boleh lihat video ini : 

10. Sotong Goreng Tepung Kayangan

resepi sotong goreng tepung kayangan

Bahan-bahan : 

  • 250 gram sotong segar, potong bulat (cincin)
  • 1 sdm jagung
  • 1 sdm sos tiram
  • 1 sdt minyak bijan
  • 1/4 sdt serbuk lada
  • 1/2 sdt garam
  • 1 biji telur ayam

Bahan Salutan Kering:

  • 3 sdm makan tepung gandum
  • 2 sdm tepung jagung
  • 1/4 sdt baking powder
  • 1/4 sdt baking soda
  • 1/4 sdt serbuk lada
  • 1/2 sdt garam

Bahan Tumis:

  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 1 batang daun bawang (dihiris)
  • 1/4 sdt garam
  • 1/4 sdt serbuk lada
  • 1/4 sdt gula
  • 1/2 sdt serbuk perasa

Cara Penyediaan : 

  1. Campur rata bahan utama dan biarkan selama 15 minit.
  2. Kemudian campurkan sotong ke dalam salutan tepung sampai semua permukaan sotong di saluti tepung.
  3. Goreng dengan minyak panas yang agak banyak sampai kekuningan atau kecoklatan. Angkat dan tapiskan.
  4. Tumis bawang putih yang dicincang tadi sampai kekuningan. Lalu tambahkan daun bawang dan cili padi. Kemudian masukkan garam, gula, lada dan serbuk perasa. Kacau sampai sebati.
  5. Akhir sekali masukkan sotong goreng dan kacau dengan cepat.
  6. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan nak menyediakan 10 masakan yang berasaskan seafood di atas ini. Bolehlah korang buat setiap hari satu menu. Memang sedap teruk guys!

SELAMAT MENCUBA!

tags: | | |