Bila kita lalu kedai Baskin-Robbins di mall, ada kalanya teringin juga nak try. Tapi bila dah sampai kedai, lidah jadi kelu pula tak tahu nak aiskrim yang mana.
Lagipun nama aiskrim pun susah nak sebut, kita pun kurang pasti perisa sebenar aiskrim walaupun nampak menarik. Bukan senang nak pilih kalau ada lebih 30 perisa yang ditawarkan!
Kalau tersalah beli, takut tak suka pula dengan rasanya. Aiskrim mana yang sedap? Sebagai permulaan, anda bolehlah cuba aiskrim paling popular di sini.
Bagi anda yang dah lama nak try aiskrim Baskin-Robbins, jom kita tengok 10 perisa aiskrim Baskin-Robbins sedap yang anda wajib cuba!
10 Perisa Aiskrim Baskin-Robbins Sedap Yang First Timer Patut Cuba
10. Mint Chocolate Chip
Antara perisa aiskrim yang sering menjadi perdebatan di kalangan netizen, mint chocolate chip ini ada auranya tersendiri. Gabungan rasa pudina dingin dan cip coklat sememangnya menjadi! Cukup segar untuk dinikmati pada cuaca panas.
9. Coklat
Pilihan yang selamat dan bijak, anda pasti takkan menyesal bila cuba aiskrim perisa coklat dari Baskin-Robbins. Rasa coklatnya yang cukup berkrim dan lazat boleh buatkan orang teringat-ingat!
8. Vanilla
Ada yang kata aiskrim vanilla terlalu plain dan membosankan. Tapi, aiskrim vanilla dari Baskin-Robbin memang next level dan melampau sedapnya!
7. Rainbow Sherbet
Warna aiskrim Rainbow Sherbet sememangnya cukup menggoda. Walaupun tak berkim atau kaya seperti perisa lain, namun kombinasi rasa sherbet oren, nanas dan raspberi teramatlah sedap!
6. Rockin Road
Keenakan kombinasi rasa aiskrim coklat dengan marshmallow yang berkrim serta kacang gajus memang sukar untuk ditandingi. Patutlah ramai yang pilih aiskrim ni!
5. Cookies and Cream
Dikatakan sebagai antara perisa yang paling popular di Baskin-Robbins, Cookies and Cream cukup sesuai buat anda yang sukakan sesuatu yang manis berkrim! Bila anda rasa sendiri aiskrim Cookies and Cream di sini, barulah anda faham kenapa ramai orang sukakannya.
4. Gold Medal Ribbon
Gabungan aiskrim coklat dan vanilla yang berkrim jadi bertambah sedap dengan campuran sos karamel. Rasanya cukup seimbang dan tak terlalu manis.
3. Pralines Loves Cookies
Bagi penggemar perisa karamel, anda wajib cuba Praline Loves Cookies yang padat dengan rasa vanilla dan salted caramel yang mengasyikkan. Rasa aiskrim ini lebih kaya dan menyerlah dengan gabungan cookies, kacang pecan praline dan sos karamel.
2. Very Berry Strawberry
Satu lagi perisa ikonik dari Baskin-Robbins iaitu Very Berry Strawberry memang wajib dicuba! Anda pasti akan terpesona dengan rasa aiskrim vanilla yang digabungkan bersama buah strawberi segar.
1. Jamoca Almond Fudge
Aiskrim ini pula cukup digemari di kalangan pelanggan dewasa. Gabungan rasa asli aiskrim kopi Jamoca dengan coklat fudge dan roasted almond sememangnya sedap tak terkata!
Jom Cuba Perisa Edisi Terhad, Cookie Overload
Untuk masa terhad, jom nikmati Cookie Overload, perisa baru dari Baskin-Robbins yang cukup enak! Anda pasti teruja untuk cuba aiskrim dengan kombinasi cookie dough dan sandwich cookies yang dicampurkan bersama aiskrim vanilla. Sangat berkrim dan menyegarkan tekak!
Banyaknya aiskrim Baskin-Robbins sedap untuk dicuba! Semuanya nampak menarik dan sedap. Kalau anda jenis yang adventurous, cuba saja semua jenis sebab aiskrim di Baskin-Robbins jarang mengecewakan!
Untuk dapatkan aiskrim percuma, ganjaran Hari Jadi dan pelbagai tawaran menarik dari Baskin-Robbins, jom muat turun aplikasi BR!
Jangan lupa ikuti laman Facebook Baskin-Robbins untuk ketahui promosi terkini khas untuk anda. Jom ke Baskin-Robbins!