Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » 10 Resepi Kuih Muih Yang Mudah Untuk Buka Puasa

10 Resepi Kuih Muih Yang Mudah Untuk Buka Puasa

Kategori: ,

Puasa akan tiba tak lama lagi. Bulan puasa tak lengkap sekiranya tiada kuih muih sebagai pemanis mulut. Dekat bazar ramadhan kebanyakkannya tak memenuhi citarasa kita kan? Jadi ayuhlah kita masak sendiri bagi memenuhi citarasa kita.

1. KARIPAP KENTANG

BAHAN – BAHAN :

Untuk Kulit :

  • 1 kilo tepung gandum
  • 4 sudu besar minyak masak |yang telah dipanaskan
  • Sedikit air
  • Sedikit garam & gula
  • 6 biji kentang bersaiz besar – di potong dadu

Untuk inti ( Kisar semua bahan ):

  • 1 paket kecil kari daging | dikisar
  • 2 ulas bawang besar | dikisar
  • 2 ulas bawang putih | dikisar
  • Ikan bilis – ikut citarasa  | dikisar
  • 5 batang daun sup |dipotong halus

CARA PENYEDIAAN :

Cara membuat kulit karipap :
  • Semua bahan dicampur dan ketika minyak masak masih panas, uli tepung terus hingga menjadi doh. Jangan terlalu keras atau lembik, biarlah yang sederhana

Cara Membuat Inti :

  1.  Semua bahan di atas dikisar kecuali daun sup dimasukkan setelah inti masak.
  2.  Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang telah dikisar tadi.
  3.  Masukkan sedikit garam dan gula ikut selera sendiri
  4.  Setelah kentang empuk, masukkan daun sup dan kacaukan.
  5.  Setelah sejuk, barulah digunakan.
*Boleh buat karipap menggunakan acuan yang ada dipasaran atau ‘klim’ sendiri menggunakan jari jemari anda.

2. POPIA SAYUR

BAHAN – BAHAN :

  • 1 bungkus kulit popia bersaiz besar  | lebih kurang 50 keping
    minyak untuk menggoreng
  • 1 biji telur dikacau seketika | sebagai gam kulit popia.

Bahan Inti :

  • 2 cawan taugeh
  • 1 batang carrot | disagat/potong halus
  • 1 mangkuk kobis | dimayam / 1/2 dari sebiji kobis pun boleh
  • 1 labu bawang besar | dimayam
  • 3 ulas bawang merah & 2 ulas bawang putih | ditumbuk
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa.

CARA PENYEDIAAN :

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar yang ditumbuk sehingga wangi.
  2. Masukkan bawang besar dan carrot, kacau rata.
  3. Masukkan kobis, garam dan gula. Kacau rata.
  4. Bila sayur telah lembut tutup api dan tapiskan supaya kuahnya turun ke dalam mangkuk.
  5. Bubuh inti popia ditengah kulit popia dan gulungkan sehingga hujung dan gamkan hujung dengan bancuhan telur tadi.
  6. Gorengkan dalam minyak yang banyak dan sederhana panas.
  7. Bila telah kekuningan bolehlah angkat dan toskan minyak.

3. ROTI JALA

BAHAN – BAHAN :

  • 450g tepung gandum
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 450 ml susu segar
  • 3 biji telur | di pukul sedikit
  • >450 ml air | sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air
  • 2 sudu besar mentega cair
  • minyak untuk melenser
  • acuan roti jala

*Untuk kuah boleh guna kuah kari ayam atau kari daging

CARA PENYEDIAAN :

  1. Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya.
  2. Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya. Gunakan pemutar belon / balloon whisk untuk membancuh. Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel. Tapis dengan penapis halus.
  3. Ketepikan adunan selama 20-30 minit.
  4. Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan.
  5. Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala.
  6. Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali. Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala. Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal. Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan.
  7. Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan.

4. SAGU MATA IKAN

BAHAN – BAHAN :

  • 2 cawan sagu
  • 5 cawan air
  • 1/2 cawan gula pasir
  • pewarna merah | pati sirap ros
  • daun pandan
  • kelapa parut

CARA PENYEDIAAN :

  1. Bersihkan sagu dan toskan airnya
  2. Masak air bersama gula, pati sirap ros dan daun pandan sehingga mendidih.
  3. Apabila mendidih, keluarkan 1/2 kuantiti air, masukkan sagu dan kacau, tambah air yang kita keluarkan dari periuk tadi sikit-sikit sehingga sagu menjadi jernih.
  4. Setelah menjadi pekat dan jernih, kacau selama 5 hingga 10 minit.
  5. Letak dalam loyang dan biarkan sejuk dan boleh dipotong.
  6. Gaul dengan kelapa parut yang digaul garam.

5. BUAH MELAKA

BAHAN – BAHAN :

  • Satu kampit tepung pulut
  • 5 helai daun pandan | jus pandan secukupnya
  • Gula melaka | potong kecil, atau gula merah
  • 1/2 biji kelapa muda parut | ambil bahagian putih sahaja
  • Sedikit garam | untuk gaul dengan kelapa parut
  • Sedikit kapur

CARA PENYEDIAAN :

  1. Bancuh tepung pulut dengan air daun pandan dan air kapur sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh digentel dan tak melekat di tangan.
  2. Ambil adunan sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan gula Melaka yang dipotong kecil atau dihancurkan supaya ianya betul betul cair semasa direbus. Saya tak suka rasa gula Melaka yang berbiji semasa mengunyahnya. Tutup adunan kemas kemas dan gentel adunan dengan kedua tapak tangan supaya berbentuk bulat cantik.
  3. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. Kalau suka, boleh masukkan daun pandan supaya wangi.
  4. Masukkan bebola tepung tadi dan tunggu sehingga ianya timbul di permukaan air menandakan ianya telah masak dan sedia diceduk keluar.
  5.  Tos dan terus masukkan ke dalam pinggan kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam. Golek golekkan di atas kelapa sehingga ianya betul betul bersalut. Sedia untuk dihidangkan.

6. KOLE KACANG

BAHAN – BAHAN :

Bahan A:

  • 400gram gula merah
  • 100gram gula halus
  • 300ml air
  • 1 helai daun pandan
Bahan B:
  • 300gram tepung kacang hijau
  • 1tsp garam
  • 400ml santan pekat
  • 1300ml air

CARA PENYEDIAAN :

  1. Masak bahan-bahan (A) sehingga mendidih hingga gula hancur, tapiskan menjadi 500ml ( jangan sampai air gula pekat)
  2. Satukan bahan (B), kacau hingga sebati tapiskan dalam kuali.
  3. Masukkan bahan (A) ke dalam bancuhan (B), kacau diatas api sederhana besar sehingga pekat dan tak melekat di periuk. Jangan terlebih pekat sangat nanti jadi kuih plastik…(Masukkan 1 ½ tbsp minyak supaya berkilat)
  4. Bila masak tuang kedalam loyang yang telah dilapik kertas & disapu marjerin.
  5. Tabur tahi minyak ketika adunan masih panas supaya tahi minyak melekat di atasnya.

Cara buat Tahi Minyak Koleh Kacang :

  • 300ml santan pekat + 1/8tsp garam (dimasak dengan api perlahan hingga menjadi tahi minyak & warna kekuningan, tapis supaya tahi minyak tidak hitam & tabur di atas kertas).
  • Minyaknya jangan dibuang, guna 1 1/2 tbsp masuk ke dalam adunan supaya berkilat.

7. KUIH CARA

BAHAN – BAHAN :

  • cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 3 cawan santan kelapa
  • 3 helai daun pandan
  • sedikit pewarna hijau
  • Gula pasir secukupnya Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN :

  • Cuci dahulu daun pandan, potong kecil dan kisar bersama santan dan kemudian tapis.
  • Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata hingga semua sebati.
  • Tambah garam secukup rasa.
  • Panaskan acuan kuih cara dan lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang.
  • Tuangkan adunan dalam setiap acuan biarkan penuh.
  • Letakkan sedikit gula pasir.
  • Tutup permukaannya dan setelah masak keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan.

8. BINGKA UBI

BAHAN – BAHAN :

  • 1 kg ubi kayu |disagat atau diblend
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 cawan air
  • 1 cawan santan
  • Sedikit margarine atau butter
  • Beberapa titik pewarna kuning

CARA PENYEDIAAN :

  1. Sagatkan ubi dan campur dengan 2 cawan air. Kemudian tapiskan, biarkan ubi tu dalam penapis selama lebih kurang 15 minit atau lebih air tapisan dibuang
  2. Tuang perlahan-lahan untuk sagu yang tinggal dilapisan baw ah. Campurkan sagu yang liat tu dengan ubi tadi dalam mangkuk.
  3. Masukkan gula, garam, dan beberapa titik pewarna dan dikacau rata. Tuang santan sedikit2 sampai adunan menjadi macam bancuhan jemput2.
  4. Sapukan loyang dengan butter dan panaskan oven ke suhu 180 darjah. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz kecil anggaran 8 inci diameter dan sudukan beberapa sudu butter & ditaburkan di atas adunan.
  5. Bakar selama 45 minit – 1 jam dalam oven 180 darjah bergantung pada tahap kerak yang anda suka. Bila dah sejuk, baru cantik dipotong.

9. SERI MUKA

Bahan-Bahan:

Bahan-Bahan untuk Lapisan Bawah Seri Muka

  • 400 gm atau 2 cawan beras pulut putih (direndam selama 3 jam
  • 2 cawan santan cair (sama dengan sukatan pulut)
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu teh minyak masak

Bahan-Bahan untuk Lapisan Atas Seri Muka

  • 2 cawan santan pekat
  • 150 mL air + 4 helai daun pandan
  • (Dikisar dan ditapis untuk dijadikan air pandan)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung
  • 3/4 cawan gula pasir (jika hendak manis-1 cawan gula)
  • 1 biji telur ayam
  • 1/2 sudu teh garam
  • Sedikit pewarna hijau

Cara Penyediaan:

Cara-Cara untuk Membuat Lapisan Bawah

  1. Bersihkan dan toskan beras pulut sehingga air kering.
  2. Masukkkan ke dalam Loyang (10×10) yang dialas oleh kertas plastik (14×14)
  3. Sapukan minyak di sekeliling loyang.
  4. Masukkan santan cair dan garam ke dalam loyang.
  5. Kemudian tuangkan campuran ke dalam pulut.
  6. Gaul sebati dan kukuskan selama 25 minit. Sekali-sekala hendaklah dikacau supaya pulut masak dengan lebih rata.
  7. Santan dgn pulut mesti mempunyai paras yang sama.
  8. Kukuskan beras pulut dengan semua bahan selama 30 minit.
  9. Setelah masak, tekan pulut tadi sehingga mampat dan padat dalam loyang.
  10. Sedia untuk dilapis dengan lapisan atas.

Cara-Cara untuk Membuat Lapisan Atas

  1. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, telur, santan pekat, gula pasir dan garam ke dalam bekas. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan air dan kacau lagi.
  2. Selepas itu, masukkan pewarna hijau dan sedikit daun pandan.
  3. Campurkan semua bahan-bahan dan kacau sehingga rata dan sekata dengan whisker.
  4. Tapis ataupun kisar untuk memastikan tiada bintilan dalam adunan tepung.
  5. Kemudian tuangkan campuran (adunan hijau) ke atas pulut yang telah ditekan.
  6. Kukus semula selama 1/2 jam atau sehingga masak.
  7. Balut penutup periuk dengan aluminium foil, tuala atau kain bersih supaya air kukusan tidak menitik di atas permukaan kuih.
  8. Masak sekejap di atas api perlahan sehingga naik wap.
  9. Setiap 10 minit penutup dibuka untuk membuangkan wap air.
  10. Sejukkan dengan betul-betul sebelum keluarkan dari acuan lompang.
  11. Selepas itu, barulah potong mengikut saiz sesuka hati dan dihidangkan.

10. PUTERI MANDI

BAHAN – BAHAN :

  • 500 gram tepung pulut
  • Air
  • 1 sudu kecil pewarna daun pandan
  • 3 helai daun pandan
  • 1 keping gula Melaka
  • Kelapa parut

CARA PENYEDIAAN :

  1. Gaul tepung pulut dengan air. Masukkan pewarna daun pandan. Boleh juga kalau nak guna air daun pandan sebagai pewarna.
  2. Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat, kemudian leperkan di bahagian tengah.
  3. Jerang air dalam periuk sehingga mendidih.
  4. Masukkan kuih ke dalam periuk dan angkat apabila kuih-kuih tersebut timbul. Sejat dan biarkan seketika.
  5. Dalam periuk masukkan secawan air dan panaskan gula melaka sehingga cair. Letakkan beberapa helai daun pandan.
  6. Masukkan kelapa parut dan kacau sehingga sekata.
  7. Akhir sekali, gaulkan kuih bersama-sama kelapa parut tadi.

*Bahan-bahan nak buat kuih puteri mandi sama je macam nak buat kuih buah Melaka.

 

Sumber rujukan : Facebook Port Resepi & Dapur Malaysia

 

tags: |