Aneka resepi puding yang penyelerakan lebih-lebih lagi ketika cuaca panas. Jom cuba buat bagi penggemar puding dan agar-agar. Nyum nyum.

1. Puding Susu Coklat

Bahan-bahan:

  • 10 gram agar-agar tali
  • 400 ml susu sejat
  • 800 ml air
  • 1 helai daun pandan
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 3 sudu besar milo
  • Secubit garam

Cara-cara:

  1. Satukan serbuk agar-agar dan gula, masak di atas api, kacau rata. Tuang susu dan air. Masukkan daun pandan dan masak hingga mendidih. Gunakan api sederhana dan kacau selalu hingga agar-agar larut, kemudian keluarkan daun pandan.
  2. Bahagikan 2 adunan tadi, satu bahagian ditambah dengan milo dan satu bahagian lagi masukkan sedikit garam. Kacau rata dan tuangkan ke dalam periuk berasingan, biarkan api kecil.
  3. Ambil 200 ml adunan, tuang ke dalam loyang dan biarkan beku. Apabila telah beku, potong dalam bentuk dadu.
  4. Tuangkan bancuhan susu ke dalam loyang dan masukkan pula agar-agar yang dipotong dadu. Sejukkan hingga keras. Simpan dalam peti sejuk hingga betul-betul keras. Potong dan bolehlah dihidangkan.

2. Puding Karamel

Bahan-bahan A (karamel):

  • 4 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air

Bahan-bahan B:

  • 1 tin susu cair
  • 3 biji telur
  • 3 keping roti
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara:

  1. Untuk membual karamel, masukkan gula ke dalam loyang. Panaskan dengan api kecil sehingga bertukar warna kemudian masukkan air dan sejukkan.
  2. Carik roti menjadi kepingan kecil. Kisarkan semua bahan B di dalam pengisar.
  3. Masukkan adunan yang telah dikisar ke dalam loyang dan kukus sehingga masak.
  4. Sedia untuk dimakan.

3. Puding Jagung

Bahan-bahan:

  • 3 batang jagung manis –  diparut
  • 1 buah kelapa – diparut
  • Air
  • 2 bekas agar-agar putih
  • 150-200 gram gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu kecil garam

Cara-cara:

  1. Campurkan jagung dan kelapa parut, perahkan dengan air sedikit demi sedikit sehingga kuantiti air perahan sebanyak 1.5 liter.
  2. Masukkan air perahan jagung dan kedalam kuali, masukkan agar-agar, gula, daun pandan, garam dan didihkan sambil dikacau. Kemudian tutupkan api.
  3. Tuangkan ke dalam loyang atau mana-mana bekas sambil ditapis. Masukkan ke dalam peti ais sehingga sejuk.
  4. Selepas sejuk, potongkan puding kecil-kecil dan sedia dimakan.

4. Banana & Raspberry Bread Pudding

Bahan-bahan:

  • 1000 ml susu cair putih
  • 6 keping roti – dibuang tepi
  • 2 biji telur
  • 160 gram gula pasir
  • 2 bungkus agar-agar putih
  • 1 buah pisang – dipotong dadu kecil
  • 2 sudu besar mentega
  • 100 gram raspberry

Cara-cara:

  1. Kisarkan roti, telur dan susu cair. Kisar sehingga semua bahan sebati.
  2. Masukkan susu, gula, potongan pisang dan agar-agar ke dalam kuali. Gaul rata dengan api kecil dan kacau sehingga mendidih. Dan matikan api.
  3. Tuangkan campuran yang dikisar tadi, gaul sebati dan biarkan ia mendidih lagi.
  4. Masukkan 3/4 adunan ke dalam loyang. Biarkan ia mengeras seketika di dalam peti ais.
  5. Campurkan baki adunan 1/4 tadi bersama raspberry dan gaul sebati. Kemudian tuangkan ke dalam adunan yang sudah dibiarkan mengeras tadi.
  6. Sejukkan ke dalam peti ais dan sedia dimakan.

5. Puding Coklat Lapis Oreo

Bahan-bahan A (lapisan coklat):

  • 2 bungkus agar-agar putih
  • 2 sachet milo
  • 1/2 sudu teh kopi – ditapis
  • 4 sudu besar  serbuk koko
  • 100 gram Dark Cooking Chocolate
  • 100 gram gula pasir
  • 1 liter susu cair
  • 2 kuning telur

Bahan-bahan B (lapisan oreo):

  • 1 bungkus agar-agar
  • 500 ml susu cair
  • 50 gram White Cooking Chocolate
  • 50 gram gula pasir
  • 1/2 sudu teh vanilla esen
  • 9 keping oreo – dibelah dua

Cara-cara 1:

  1. Untuk membuat lapisan coklat, campurkan semua bahan A kecuali Dark Cooking Chocolate dan kuning telur di dalam periuk, pasangkan api dan biarkan sehingga mendidih sambil dikacau.
  2. Masukkan Dark Cooking Chocolate, kacaukan sampai sebati.
  3. Ambil 1 sudu kecil adunan tadi, campurkan dengan dengan kuning telur dan kacau sebati. Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi dan masak lagi selama 10 minit.
  4. Bahagikan adunan kepada 2 adunan,
  5. Tuangkan 1 adunan ke dalam loyang dan sejukkan supaya keras. (lapisan 1)

sambungan dibawah:

Cara-cara 2 (lapisan oreo):

  1. Campurkan semua bahan-bahan B kecuali White Cooking Chocolate di dalam periuk lain, pasangkan api dan kacau sehingga mendidih.
  2. Masukkan White Cooking Chocolate, kacaukan sehingga sebati.
  3. Matikan api, dan biarkan wap panas hilang sebentar.
  4. Masukkan oreo dan kacau sebati.
  5. Tuang ke atas adunan yang disejukkan. (lapisan 2) Dan sejukkan sebentar.
  6. Kemudian tuangkan baki 1 adunan lapisan coklat tadi sebagai lapisan ke 3.
  7. Sejukkan sehingga keras. Dan sedia untuk dimakan.

6. Resepi Puding Mango

Bahan-bahan 1:

  • 3 biji mangga – dikisar dengan air
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1 bekas agar-agar putih
  • 400 ml air

Bahan-bahan 2:

  • 1 bekas agar-agar putih
  • 1 sudu makan gula pasir.
  • 400 ml air.

Bahan-bahan 3:

  • 1 bekas agar-agar putih
  • 300 ml susu cair
  • 3 sudu makan gula pasir

Cara-cara:

  1. Campur semua bahan 1, masak hingga mendidih. Tuang ke dalam bekas dan sejukkan.
  2. Potong dadu puding mangga yang disejukkan. Susun secara rawak di dalam loyang.
  3. Masak semua bahan 2 hingga mendidih. Matikan api dan tunggu sehingga wap panas berkurang. Kemudian tuangkan ke atas puding mangga.
  4. Masak semua bahan 3 sehingga mendidih. Kemudian, tuangkan perlahan-lahan ke atas lapisan puding mangga.
  5. Sejukkan. Dan sedia untuk dimakan.

8. Puding Buah

Bahan-bahan:

  • 20gm agar-agar
  • 1 liter air
  • 1 tin susu cair
  • 200gm gula
  • 200ml sirap buah koktel
  • 2 sudu makan tepung kastard

Cara-cara:

  1. Masak agar-agar hingga larut.
  2. Masukkan gula dan biarkan ianya mendidih.
  3. Masukkan sirap, susu cair dan tepung kastard.
  4. Masukkan buah koktel. Biarkan sebentar.
  5. Tuangkan ke dalam acuan.

9. Puding Kacang Merah

Bahan-bahan:

  • 10gm agar-agar
  • 250ml air
  • 750ml susu cair
  • 200gm gula pasir
  • 100gm kacang merah (rendam dan rebus hingga empuk)
  • Sedikit pewarna (jika suka)

Cara-cara:

  1. Kisar kacang merah yang telah di rebus. Ketepikan.
  2. Masak agar-agar, susu cair, air dan gula sehingga mendidih. Masukkan kacang merah.
  3. Masak hingga mendidih dengan api perlahan.
  4. Angkat dan tuangkan ke dalam acuan.

10. Puding Roti Coklat Susu

Bahan-bahan:

  • 8 keping biskut jagung
  • 2 keping roti
  • 300ml susu cair
  • 2 biji telur
  • 1/2  cawan susu pekat
  • 2 sudu besar serbuk koko

Cara-cara:

  1. Kisar roti, biskut jagung dan susu cair.
  2. Masukkan telur dan susu pekat. Kisar  lagi hingga licin.
  3. Bahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian dimasukkan serbuk koko dan satu bahagian dibiarkan warna asal.
  4. Panaskan kukusan dan kukuskan bahagian serbuk koko.
  5. Bila sudah masak, tuangkan pula bahagian yang bewarna asal.
  6. Kukus hingga masak.
  7. Angkat dan sejukkan.

Selamat mencuba ya~

Sumber: RasaResep pilihan

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 51 times!)