Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Nak Cantik Dan Sihat Tak? Ini Dia 10 Jenis Resipi Salad Untuk Yang Nak Diet Dan Sihat

Nak Cantik Dan Sihat Tak? Ini Dia 10 Jenis Resipi Salad Untuk Yang Nak Diet Dan Sihat

Kategori: ,,

Sihat dan cantik merupakan impian semua wanita dan semua orang. Ada sesetengah orang sanggup makan benda yang pelik-pelik atau ubat-ubatan untuk cantik. Ya mungkin kesannya cepat, tapi untuk masa akan datang macam mana agak-agak? Jadi apa yang lebih baik adalah, makan benda atau makanan daripada sumber semulajadi sahaja. Biar lambat kesannya tapi menyihatkan. Jadi tunggu apa lagi? Anda boleh pilih mana-mana resepi kat bawah ini yang anda suka.

1.RESEPI GRILLED CHICKEN SALAD

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ketul ayam (bahagian dada)
  • 1 sudu kecil serbuk cayenne
  • 1 sudu kecil serbuk paprika
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar minyak zaitun (extra virgin)
  • sedikit garam
  • Mixed salad leaves

Bahan Dressing:

  • Dijon mustard
  • 1/2 perahan jus lemon
  • sedikit garam, gula dan pepper

CARA PENYEDIAAN:

  1. Bersihkan ayam dan lap sehingga kering.
  2. Potong dada ayam kepada 2 supaya menjadi nipis atau cucuk isi ayam dengan garfu supaya bahan perap mudah meresap (optional).
  3. Taburkan serbuk cayenne, paprika, parutan bawang putih, serbuk lada hitam, minyak zaitun dan sedikit garam.
  4. Perap selama minimum satu jam.
  5. Dalam bekas berasinga, rendam mixed salad dalam air sejuk. Biarkan seketika.
  6. Menggunakan non stick pan, grill ayam selama lebih kurang 15-20 minit (atau sehingga keperangan dan masak. Apabila sejuk, hiris nipis.
  7. Toskan salad dan potong kasar.
  8. Campurkan ayam yang dihiris nipis, salad dan dressing. Sedia dihidang.

Nota: Anda boleh menggunakan ‘ready made’ salad dressing yang dijual dipasaran sebagai ganti.

Kredit : Iresepi

2.RESEPI SALAD AYAM BEREMPAH

BAHAN-BAHAN:

  • 3 ketul bahagian isi ayam dipotong dadu
  • 1 sudu besar rempah kari ayam
  • Sedikit herba rosemary
  • Daun salad segar – basuh dan tos
  • Buahan – anggur hitam, epal atau buahan lain
  • 1 biji limau nipis – ambil air perahannya garam secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng
  • 3 sudu besar mayonis
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit garam masala
  • Daun ketumbar untuk hiasan

CARA PENYEDIAAN:

  1. Ayam yang telah dibersihkan diletakkan dalam mangkuk dan ditaburkan sedikit rempah kari dan secubit garam serta herba rosemary.
  2. Gaulkan ayam hingga sebati dan balutkan mangkuk tadi dengan plastik wrap lalu sejukkan dalam peti sejuk.
  3. Sementara itu, potong buah anggur, epal secara menipis dan masukkan dalam mangkuk.Taburkan sedikit garam serta perahan air limau nipis.
  4. Balutkan juga dengan mangkuk tadi dengan plastik wrap dan masukkan dalam peti sejuk.
  5. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak. Keluarkan ayam yang telah disejukkan tadi. Masukkan dalam kuali, goreng hingga ayam keperangan. Angkat dan toskan.
  6. Sementara itu, buat sos salad. Masukkan mayonis, serbuk lada hitam serta sedikit serbuk kunyit dalam mangkuk, kacau hingga sebati.
  7. Sediakan daun salad dalam pinggan besar, masukkan ayam beserta sedikit garam masala dan tuangkan sos salad ke atasnya.
  8. Hiaskan dengan daun ketumbar. Siap untuk dihidangkan.

Kredit: resepibonda

3.RESEPI SALAD TELUR

BAHAN-BAHAN:

  • Telur 4 biji
  • Seikat daun salad
  • Tomato ceri
  • Iceberg Lettuce
  • Kobis ungu
  • Sos Cili
  • Mayonis / Thousand Island

CARA PENYEDIAAN:

  1. Rebus telur sehingga masak dan kupas kulitnya
  2. Potong 4 telur rebus tersebut
  3. Potong semua daun salad dan tomato ceri
  4. Gaulkan semua bahan di dalam satu bekas
  5. Tuang cili dan mayonis kedalam campuran daun salad n telur
  6. Siap untuk dihidangkan.

Kredit : resepi.rawangpost

4.RESEPI SALAD BUAH

BAHAN-BAHAN:

  • Anggur 200 gr ( kupas kulitnya dan buang bijinya)
  • Apel 200 gr (kupas kulitnya dan dipotong dadu)
  • Strawberi 200 gr (belah jadi 4 bagian)
  • Mangga 200 gr (kupas kulitnya dan dipotong dadu)
  • Selada 200 gr (potong-potong)

Bahan Sos:

  • Keju cheddar 2 sdm
  • Susu pekat manis 2 sdm
  • Mayonis 150 ml
  • Air limau nipis 1 sdm
  • Kulit limau nipis parut ½ sdt

CARA PENYEDIAAN:

  1. Kupas kullit anggur dan buang bijinya, kupas kulit apel dan mangga lalu potong dadu, belah strawberi menjadi 4 bagian, dan potong-potong salad.
  2. Kemudian dinginkan semua buah dan sayur terlebih dahulu ke dalam freezer.
  3. Setelah dingin, campurkan semua bahan sos kecuali keju parut. Kacau sehingga rata.
  4. Siapkan gelas atau mangkuk lalu pindahkan salad buah ke dalamnya.
  5. Taburkan keju parut di atas salad buah dan sirami dengan saus secara merata.
  6. Salad buah siap disantap

Kredit: resepcaramasak

5.RESEPI SALAD KENTANG

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji Ubi kentang bersaiz sederhana dipotong dadu*
  • 2 biji telur*
  • 4 keping meatloaf *- sy guna jenama ayam dinding
  • 10 biji tomato ceri (sekiranya besar boleh dibelah dua)
  • 2 tangkai daun salad dihiris
  • 1 ulas bawang merah dihiris bulat dan nipis-nipis
  • 1 sudu kecil lada hitam biji (diblend)-nak guna serbuk lada hitam pun boleh.
  • 3 sudu besar mayonese
  • Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN:

  1. Rebuskan semua bahan-bahan bertanda*.
  2. Setelah ubi kentang masak, taburkan garam secukup rasa keatas kentang dan digaul rata. Biarkan bahan-bahan rebus sejuk pada suhu bilik.
  3. Hiris telur rebus dan meatloaf kecil-kecil mengikut saiz yang anda inginkan.
  4. Kemudian masukkan kentang,hirisan telur, meatloaf dan bahan-bahan yang lain didalam satu bekas besar dan digaul rata.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

Kredit : Resepibonda

6.RESEPI SALAD BUAH DAN MAKARONI

BAHAN-BAHAN:

  • 500 gram macaroni
  • 500 ml mayonnaise
  • 200 ml susu cair
  • 2 cawan tepung serba guna
  • 1 cawan cocktail buah del monte
  • 1/4 cawan raisins
  • 1 cawan nata de coco

CARA PENYEDIAAN:

  1. Masak pasta macaroni sesuai petunjuk dalam bungkusan. Dinginkan selama kira-kira 15 minit
  2. Siapkan mangkuk besar. Masukkan macaroni dan semua bahan ke dalamnya. Campur hingga merata.
  3. Tutup mangkuk tersebut dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 1 jam
  4. Sajikan selagi sejuk

Kredit: Tabooprincess

7.RESEPI SALAD BUAH SEGAR

  • buah tembikai
  • 1 buah nanas
  • 1 cawan strawberry
  • 2 buah oren
  • 1/2 cawan salad
  • 1 cawan Romaine

Bahan Topping Mayonnaise Oren:

  • 1/3 cawan sirap jagung
  • 3/4 cawan mayonnaise
  • 1/4 cawan jus oren
  • 1/8 sudu teh bawang putih, dicincang halus

CARA PENYEDIAAN:

  • Potong tembikai menjadi bola-bola kecil. Potong nanas menjadi 8 potongan memanjang kemudian potong sesuai dengan lekukan buah nanas menjadi kotak-kotak kecil.
  • Potong limau menjadi kotak-kotak kecil.
  • Masukkan salad dan Romaine.
  • Bekukan semua buah dan sayur di dalam peti sejuk

Cara Penyediaan Topping Mayonnaise Oren

  1. Campur sirap jagung dan mayonnaise.
  2. Aduk perlahan hingga merata.
  3. Tambah jus limau dan bawang putih dicincang

Cara Menyajikan Salad Buah Segar dengan Topping Mayonnaise Oren

  1. Sebelum dihidangkan, ambil buah dan sayur dari peti sejuk. Koyak sayuran menjadi kecil-kecil.
  2. Masukkan buah dan sayur-sayuran ke dalam mangkuk salad.
  3. Tuangkan topping mayonnaise oren. Sajikan sementara sejuk.

Kredit : tabooprincess.

8.RESEPI SALAD BUAH DAN YOGURT

BAHAN-BAHAN:

  • 4 cawan nanas segar
  • 1 cawan potongan strowberry segar
  • 3 cawan anggur hijau
  • 2 buah mangga, potong kecil
  • 2 cawan yogurt
  • 1 sudu makan gula coklat
  • 1 sudu makan madu

CARA PENYEDIAAN:

  1. Masukkan buah-buahan ke dalam mangkuk besar
  2. Masukkan yogurt, gula dan madu ke dalam mangkuk lain. Campur ketiga bahan ini sehingga menjadi kuah yogurt
  3. Tuang kuah yogurt di atas buah-buahan.
  4. Salad buah kuah yogurt siap disajikan

Kredit: tabooprincess

9.RESEPI SALAD POTATO

BAHAN-BAHAN:

  • 6 biji kentang
  • 2-3 sudu besar mayo
  • 1 sudu besar lemon juice
  • 1 sudu besar air
  • 3-4 genggam daun bawang
  • Serbuk pati ayam & perasa

CARA PENYEDIAAN:

Potato:

  1. Kentang dipotong kiub (saiz lebih kurang macam sebiji pemadam)
  2. Didihkan bersama dengan garam. Tos.

Dressing:

  1. Dalam mangkuk yang lain, campurkan mayo, lemon juice, air, serbuk pati ayam, & perasa sehingga sebati.
  2. Gaul kentang yang sudah ditos dengan dressing dan daun bawang.
  3. Simpan dalam peti sejuk untuk beberapa jam.

Kredit: fatin liyana

10.RESEPI SALAD TUNA

BAHAN-BAHAN:

  • Lettuce Butterhead 150gm
  • Lettuce Baby Butterhead 150gm
  • Lettuce Frissie- Rocket 150gm
  • Baby Tomato 5 biji
  • Red Cabbage dihirid ( 3 kelopak )
  • Walnut ( disangai -goreng tanpa minyak )
  • 5biji Melon seed ( juga disangai )
  • Sunflower seed ( juga disangai )
  • Kismis hitam 1 sudu besar
  • Buah Apricot kering 3 keping
  • Lada Hitam sedikit
  • Garam
  • Tuna Chunk in olive oil 1 tin

CARA PENYEDIAAN:

  1. Masukkan kesemua Lettuce yang telak di plug, juga red cabbage,kemudian kesemua bahan kering.
  2. Pastikan Tuna Chunk telah sedikit hancur, masukkan ke dalam bowl dan gaul mesra ke semua bahan dan masukkan garam sedikit rasa dan juga lada hitam.
  3. Siap untuk dihidangkan.

Kredit: chef gunawan

SELAMAT MENCUBA!

tags: |