Bila bercakap tentang Kedah, anda pasti sudah boleh bayangkan pemandangan sawah padi yang damai dan menghijau.
Mungkin Kedah lebih sinonim dengan hidangan ala Kampung tapi sebenarnya ada banyak makanan sedap yang ditawarkan oleh negeri Jelapang Padi ini.
Kalau nak tahu makanan apa yang sedap, jom kita tengok 10 tempat makan terbaik di Kedah yang wajib anda cuba!
Di mana lagi anda boleh nikmati hidangan Western yang sedap dan harga berbaloi di Kedah kalau bukan di Pesto Café?
Cubalah aneka hidangan yang laku keras di sini seperti Platter Set, Aglio Olio Pasta, Mac & Cheese, Nasi Goreng Thai atau Chicken Grill yang super lazat. Dijamin sedap dan berbaloi dengan harga!
Alamat : No 40, Jalan Cempaka 1, Bandar Amanjaya 08000 Sungai Petani, Kedah
Waktu Operasi : 4.00 petang – 11.00 malam (tutup setiap Rabu)
Facebook : Pesto Café Sungai Petani
Jangan lepaskan peluang untuk nikmati sarapan yang istimewa dia Alor Setar Breakfast Station. Walaupun kedai makan ini tampak sederhana, namun hidangan yang disajikan bukan biasa-biasa!
Selain popular dengan nasi lemak, pelbagai menu unik turut ditawarkan seperti oletto, french toast, roti telur meleleh dan roti jala. Menyesal tak cuba!
Alamat : Nombor 24, Batu 3, Jalan Langgar, 05460 Alor Setar
Waktu Operasi : 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Anda pasti terkejut dengan ketebalan murtabak yang disajikan di King’s Murtabak. Isinya tebal dan padat dengan keju dan daging. Walaupun kejunya banyak, tapi rasanya tak muak langsung!
Selain itu, anda juga wajib pesan Char kuey Teow Special yang dihidangkan bersama udang yang besar dan segar serta Roti John Daging Cheese yang padu!
Alamat : No 818, Taman Kempas Indah 3, Taman Kempas, 09000 Kulim, Kedah
Waktu Operasi : 3.30 petang – 9.30 malam (tutup setiap Ahad)
Ramai yang kata mee celop daging di Lembah Impiana memang syahdu bila dinikmati ketika hujan! Patutlah ramai yang sanggup datang untuk cuba.
Anda juga wajib pesan menu yang laku keras di sini seperti lokching bakar yang dipadankan bersama kuah pedas-pedas manja, roti kukus sangkaya yang gebu dan lemak manis, serta roti bakar aroi yang manis dan rangup. Lengkapkan sekali hidangan anda bersama teh ais madu yang kaw!
Alamat : 941 Jalan Lembah Impiana 6, 09000 Kulim, Kedah, Malaysia 09000 Kulim, Kedah, Malaysia
Waktu Operasi : 6.30 petang – 11.00 malam (tutup setiap Jumaat & Sabtu)
Facebook : Mee Celop Lembap Impiana
Bila anda berada di Kedah, memang tak sah kalau tak pekena laksa dengan citarasa asli Utara. Dikatakan sebagai salah satu port laksa yang paling padu di Kedah, anda wajib cuba sendiri laksa di Zakaria Laksa Teluk Kechai.
Apa yang menjadikan laksa ini unik adalah ramuan yang digunakan iaitu sambal kelapa yang dicampurkan ke dalam kuah laksa.
Mee laksanya yang lembut dan cair di mulut pula diproses sendiri menggunakan beras. Patutlah pekat dan sedap!
Jangan lupa untuk pesan sekali ABC dan Laici Kang yang menyegerkan tekak!
Alamat : No 250, Jalan Kuala Kedah, Teluk Kechai, Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi : 12.00 tengah hari – 8.00 malam
Dikatakan sebagai antara port nasi lemak paling legend di Kedah, ramai yang sanggup beratur untuk nikmati Nasi Lemak Haji Ali sebagai santapan petang atau makan malam.
Sudah beroperasi lebih daripada 50 tahun, nasi lemak yang disajikan memang cukup enak untuk dinikmati bersama ayam goreng atau aneka jenis kuah seperti kurma dan kari. Memang padu habis!
Alamat : Jalan Seberang Perak, Taman Pesisiran Tanjung Chali, 05050 Alor Setar
Waktu Operasi : 4.30 petang – 2.30 pagi
Keenakan lauk pauk berasaskan makanan laut di Dapur Kelam Kabut boleh buatkan anda terharu! Punyalah sedap sampai tak terkata.
Kalau anda teringin nak makan asam pedas yang kaw dan pekat, datanglah ke restoran ini. Memang menyesal kalau tak cuba sendiri!
Rating yang pelanggan berikan untuk restoran ini di media sosial juga memang cukup baik!
Selain itu, ramai yang turut recommend aneka hidangan berasaskan seafood yang sedap di sini seperti Nasi Lemak Sambal Sotong, Laksa Tomyam, Udang dan Ketam Masak Lemak yang memang tak mengecewakan!
Alamat : 506, Jalan Lobak, Taman Lobak Indah, 09600 Lunas, Kedah
Waktu Operasi : 4.00 petang – 11.00 malam (tutup setiap Ahad & Isnin)
Kunjungan anda ke Kedah memang tak sah kalau tak nikmati nasi kandar yang padu. Jangan lepaskan peluang untuk cuba sendiri nasi kandar yang menjadi kebanggaan warga Kedai iaitu Hussain Nasi Kandar.
Kuah karinya dikatakan cukup padu dan sesuai untuk dinikmati dengan aneka lauk seperti ayam, sotong dan ikan. Kalau nak pekena nasi briyani pun boleh!
Alamat : 1, Jln Langgar, 05460 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi : 24 jam
Hidangan ikan termenung memang cukup popular di kalangan warga Utara. Kalau anda nak cuba hidangan gulai ikan termenung paling popular di Kedah, singgahlah ke Haji Jamil Gulai Ikan Termenung.
Juadah gulai yang dihasilkan daripada resepi turun temurun ini memang ramai peminatnya sehinggakan pernah mendapat liputan akhbar tempatan!
Disebabkan ramai yang cukup sukakan lauk gulai ikan termenung di sini, restoran Haji Jamil juga menjual rempah gulai homemade. Bolehlah anda masak gulai sedap macam di kedai ni kalau anda pulang ke rumah!
Alamat : Jalan Batas Paip, 06600 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi : 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Biasanya kita makan makanan laut yang dihidangkan dengan cara shellout. Tapi anda pernah tak makan Western dengan cara dilambakkan atas meja? Kalau tak pernah, anda kenalah singgah ke Maroon Café yang terletak di Sungai Petani.
Cara hidangan di sini memang cukup unik dan harga menu yang ditawarkan juga teramatlah berpatutan. Jangan lepaskan peluang untuk cuba hidangan Western All Out yang lengkap dengan aneka makanan Western termasuklah lamb grill yang berjus dan diperap lazat.
Jangan ketinggalan untuk nikmati Nasi Goreng Kambing, Nasi goreng Chicken Chop yang sedap dan sangat besar saiznya. Sekali makan, gerenti kenyang sampai ke malam!
Alamat : 61, Jalan Cempaka 1/2, Bandar Amanjaya, 08000 Sungai Petani, Kedah
Waktu Operasi : 4.00 petang – 11.30 malam (tutup setiap Isnin)
Kalau anda berada di Utara, memang rugi kalau tak menjamu selera tempat makan terbaik di Kedah ni. Dari hidangan ala Kampung hingga aneka menu Western, anda pasti teruja untuk nikmatinya! Semuanya nampak sedap dan menarik untuk dicuba!