Buah manggis kukus banyak khasiatnya? Macam tak percaya kan. Tapi memang banyak khasiat buah manggis ini. Kalau tak kukus pun memang banyak kebaikannya kepada tubuh badan manusia. Dari isi hinggalah kepada kulit dan daun, memang kaya dengan khasiatnya yang tersendiri.
Menurut hasil kajian yang dibuat oleh perubatan Universiti Bangkok, buah manggis yang dikukus dan dimakan sebiji sehari adalah baik untik penyakit kanser paru-paru. Bukan itu sahaja, ia juga bagus untuk paru-paru yang mempunyai masalah.
Malah menurut warganet di group MATJHI pula, RJ Rashidy Jamaludin menyatakan khasiat manggis pada kulitnya. Bila dikukus nampak isi putih bertukar ungu bermaksud air dari kulit telah meresap dalam isi. Menjadikan isi buah lebih berkhasiat.
Dalam satu kajian lain pula, ekstrak buah manggis menunjukkan ia mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan termasuk mampu mematikan bakteria. Dalam masa yang sama, ia juga dapat melambatkan pertumbuhan beberapa jenis sel kanser.
Mungkin kebanyakan daripada kita sudah mengetahui bahawa warna ungu buah manggis ini mengandungi xanthones. xanthones ini berfungsi sebagai antioksidan kepada tubuh badan manusia. Jom baca lebih lanjut mengenai khasiat buah manggis serta khasiat kulit manggis ini.
Nota: Warna air akan bertukar sedikit ungu. Rasa air sedikit kelat tetapi enak. Untuk luka kencing manis ambil kulit manggis baru, tumbuk dan tambal pada luka. InshaAllah luka akan cepat kering.
Kredit: Wahida Ida, RJ RashidyJamaludin & Ina Msaid
Baca juga: Wanita Ini Kongsikan Resepi Jem Manggis Yang Mudah, Boleh Buat Dekat Rumah.