Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Tip & Petua » Pelik Bila Kukus Buah Manggis? Tapi Ini 1001 Khasiat Buah Manggis Kukus Yang Ramai Tak Tahu!

Pelik Bila Kukus Buah Manggis? Tapi Ini 1001 Khasiat Buah Manggis Kukus Yang Ramai Tak Tahu!

Kategori: ,
khasiat buah manggis kukus

Buah manggis kukus banyak khasiatnya? Macam tak percaya kan. Tapi memang banyak khasiat buah manggis ini. Kalau tak kukus pun memang banyak kebaikannya kepada tubuh badan manusia. Dari isi hinggalah kepada kulit dan daun, memang kaya dengan khasiatnya yang tersendiri.

Menurut hasil kajian yang dibuat oleh perubatan Universiti Bangkok, buah manggis yang dikukus dan dimakan sebiji sehari adalah baik untik penyakit kanser paru-paru. Bukan itu sahaja, ia juga bagus untuk paru-paru yang mempunyai masalah.

Malah menurut warganet di group MATJHI pula, RJ Rashidy Jamaludin menyatakan khasiat manggis pada kulitnya. Bila dikukus nampak isi putih bertukar ungu bermaksud air dari kulit telah meresap dalam isi. Menjadikan isi buah lebih berkhasiat.

Dalam satu kajian lain pula, ekstrak buah manggis menunjukkan ia mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan termasuk mampu mematikan bakteria. Dalam masa yang sama, ia juga dapat melambatkan pertumbuhan beberapa jenis sel kanser.

Mungkin kebanyakan daripada kita sudah mengetahui bahawa warna ungu buah manggis ini mengandungi xanthones. xanthones ini berfungsi sebagai antioksidan kepada tubuh badan manusia. Jom baca lebih lanjut mengenai khasiat buah manggis serta khasiat kulit manggis ini.

Khasiat buah manggis

  • Membantu menurunkan berat badan
  • Mengawal kadar gula dalam darah
  • Meningkatkan sistem imuniasi badan
  • Menjaga kesihatan kulit

Khasiat kulit manggis

  • Memberi tenaga
  • Prevents inflammation
  • Mencegah sakit urat saraf
  • Mencegah ulser
  • Mencegah kemurungan
  • Mencegah kegelisahan/panik/cemas
  • Mencegah kanser
  • Tingkatkan sistem pertahan badan
  • Awet muda
  • Membuang toksid dalam badan
  • Membunuh kuman
  • Mencegah kulat
  • Mencantikkan kulit
  • Membuang kolesterol dalam badan
  • Untuk kesihatan jantung
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Kurangkan gula dalam darah
  • Kuruskan badan
  • Cegah batu karang
  • Mengimbangi seluruh badan

Caranya:

  1. Ambil buah manggis dan kupas.
  2. Isinya enak dimakan.
  3. Ambil kulitnya, hiris macam asam keping dan jemur sampai kering.
  4. Apabila hendak guna, ambil air panas dan 2-3 hirisan kulit manggis. Kemudian rendam.
  5. Sedia diminum apabila suam.

Nota: Warna air akan bertukar sedikit ungu. Rasa air sedikit kelat tetapi enak. Untuk luka kencing manis ambil kulit manggis baru, tumbuk dan tambal pada luka. InshaAllah luka akan cepat kering.

Semoga bermanfaat!

Kredit: Wahida Ida, RJ RashidyJamaludin & Ina Msaid

Baca juga: Wanita Ini Kongsikan Resepi Jem Manggis Yang Mudah, Boleh Buat Dekat Rumah.

tags: | | | |