Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Promosi » Dari Keropok Lekor Hingga Sate, Ini 11 Produk Menarik dari Ramly Yang Jarang Orang Tahu. Rugi Tak Cuba Sendiri!

Dari Keropok Lekor Hingga Sate, Ini 11 Produk Menarik dari Ramly Yang Jarang Orang Tahu. Rugi Tak Cuba Sendiri!

Kategori: ,

Jenama Ramly tak perlu diperkenalkan lagi di kalangan rakyat Malaysia. Kualiti burger dagingnya yang sedap dan dijamin halal memang tak perlu dipertikaikan lagi. Siang malam orang cari!

Mungkin ada yang belum tahu, sebenarnya ada banyak lagi produk Ramly yang ditawarkan untuk semua.

Tanpa melengahkan masa, jom kita tengok 11 produk menarik dari Ramly yang anda patut cuba. Macam-macam ada!

11 Produk Menarik dari Ramly Yang Anda Wajib Cuba

1. Keropok Lekor

 

Produk Menarik dari Ramly

Siapa sangka Ramly ada buat keropok lekor frozen sendiri? Rangup dan padat dengan isi ikan, penggemar keropok lekor pasti terkejut dengan keenakannya yang setara dengan keropok lekor dari Pantai Timur! Mana taknya, produk ni dihasilkan daripada resipi original Terengganu tau!

2. Sate

Produk Menarik dari Ramly

Lagi satu produk yang ramai tak sangka turut dijual oleh Ramly ialah sate daging, sate ayam dan sate kambing.

Ramai yang berikan feedback yang positif dengan produk ni! Dagingnya dikatakan cukup besar dan lembut bila dimasak.

Produk Menarik dari Ramly

Yang paling best sekali, sate ni turut didatangkan bersama kuah kacang dan siap dicucuk. Bila nak makan tinggal bakar atau letak dalam oven atau air fryer je!

3. Aneka Kentang Goreng

Produk Menarik dari Ramly

Kentang goreng memang sedap untuk dinikmati bila digoreng panas-panas. Ramly bukan setakat jual kentang goreng biasa, malah jenis lain pun ada seperti curly fries, griddle fries dan spicy wedges yang teramatlah sedap. Dijamin enak dan rangup, sebungkus mesti tak cukup!

Produk Menarik dari Ramly

4. Ayam Goreng Pedas

Jangan tak tahu, Ramly juga keluarkan ayam goreng frozen! Terdapat dua pilihan yang anda boleh dapatkan iaitu Hot & Spicy Crispy Chicken Drummets dan Hot & Spicy Crispy Fried Chicken.

Kedua-duanya cukup pedas dan rangup, memang padu bila dimakan dengan kentang goreng Ramly!

5. Pelbagai Jenis Burger

Sejak berpuluh tahun lamanya, rakyat Malaysia cukup menggemari burger Ramly yang segar dan enak!

Kalau anda dah biasa beli burger daging dan burger ayam dari Ramly, apa kata kali anda cuba burger yang rare pula macam burger udang, burger ikan, burger oblong dan burger panggang?

Produk Menarik dari Ramly

6. Roti Bun Untuk Burger & Sosej

Ramly bukan saja menawarkan pelbagai jenis daging burger, malah aneka roti bun pun ada. Nak roti untuk sosej, burger biasa, burger oblong? Semuanya Ramly ada jual!

7. Cheesecake

Jangan tak tahu, Ramly juga ada hasilkan pencuci mulut mereka sendiri!

Peminat dessert wajib cuba Blueberry Cheesecake, Lemon Cheesecake, Tiramisu Cheesecake dan Chocolate Cheesecake yang sedia dimakan dan cair di mulut!

8. Kuih Muih Frozen

Bagi yang gemar pekena kuih panas-panas pada waktu petang, anda bolehlah cuba kuih-muih frozen dari Ramly seperti karipap dan pau goreng. Intinya dikatakan padat dan cukup sedap! Sekali cuba, pasti nak lagi.

9. Ayam & Daging Salai

Bukan setakar burger daging, malah anda juga boleh dapatkan daging dan ayam salai yang kurang berlemak dan dijamin segar dari Ramly.

Senanglah nak masak lemak lepas ni, tak payah bersusah nak merantau ke Negeri Sembilan. Daging merah dan ayam merah pun ada!

 

10. Lasagna

Lasagna dari Ramly pun boleh tahan sedap! Terdapat dua pilihan lasagna yang anda boleh cuba iaitu lasagna daging dan ayam. Produk menarik dari Ramly ni pasti sedap dan bakal menepati citarasa anda!

11. Bahan Perasa

Ramai netizen yang turut menggemari seasoning yang istimewa daripada Ramly. Katanya, hidangan boleh jadi sedap bila ditambah seasoning ni. Rugi kalau tak cuba sendiri!

Bukan 11 produk ni saja yang ada tau, sebenarnya ada banyak lagi produk menarik dari Ramly yang anda boleh cuba seperti kambing perap, pelbagai jenis nugget, sosej, isi ayam, fish fillet, chicken chop dan macam-macam lagi. Kualitinya tak payah cakaplah, confirm bermutu tinggi dan sedap tak terkata!

Kalau anda nak cuci mata tengok sendiri produk Ramly, anda bolehlah ke cawangan Ramly Halal Mart di lokasi berikut :

1. Ramly Halal Mart Mukim Batu, Kuala Lumpur
2. Ramly Halal Mart Kampung Pandan, Kuala Lumpur
3. Ramly Halal Mart Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur
4. Ramly Halal Mart Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur
5. Ramly Halal Mart Putrajaya, Putrajaya
6. Ramly Halal Mart Bentong, Pahang
7. Ramly Halal Mart Bandar Baru Bangi, Selangor
8. Ramly Halal Mart Taman Klang Sentral, Klang Selangor
10. Ramly Halal Mart Bandar Botanik, Klang Selangor
Jika lokasi Ramly Halal Mart jauh untuk dikunjungi, anda juga boleh dapatkan produk Ramly di Shopee. Pastikan anda beli dengan penjual yang dipercayai, ya!
Kalau nak tengok banyak lagi produk menarik dari Ramly, bolehlah kunjungi Facebook Ramly Halal Mart dan Ramly Halal Kiosk Malaysia! Jom sokong produk tempatan berkualiti tinggi dan dijamin halal daripada Ramly!
tags: |