Setiap tahun pastinya kita akan teruja untuk meraikan hari istimewa sempena hari kelahiran bersama insan tersayang. Walaupun tiada hadiah, sekadar memberi ucapan sahaja sudah mampu mengembirakan.
Namun, pasti akan terasa hati jika wish pun terlupa lebih-lebih lagi ahli keluarga sendiri.
Menerusi TikTok, Cik Rara berkongsikan pada awalnya dia bersama 11 adik-beradik yang lain sengaja pura-pura lupa tidak mengingati tarikh istimewa ibu mereka. Untuk menjayakan lagi prank itu, mereka hanya menulis nama menantu perempuan yang kebetulan berkongsi bulan kelahiran yang sama tanpa menulis nama si ibu.
Namun, ibu mereka tetap senyum sambil melihat anak-anak seronok meraikan sesama mereka sambil menyembunyikan rasa sedih.
@_missrara95 suprise bday bonda tersyg#part1
Ketika mak selesai membaca doa selepas diminta anak-anak, mereka kemudiannya membawa keluar suprise iaitu sebiji kek khas serta jambangan wang kertas istimewa untuk mak.
Raut wajah ibu mereka terus berubah gembira saat melohat kejutan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-66 itu.
@_missrara95 suprise birthday ibuku tersyg#part2
@_missrara95 suprise ibuku tercinta #part326/2/2021
Menerusi video lain, Cik Rara memberitahu semua yang dibuat itu tidak akan terbalas jasa ibu bapanya yang besarkan mereka 12 adik-beradik. Apa yang mereka ada sekarang adalah hasil kebeberkatan doa ibu bapa yang tidak henti buat anak-anak.
@_missrara95 suprise bday ibu tecinta #part5last
Sumber: Cik Rara
Baca Juga: “Rambut Palsu Sape Ni?” Wanita Ini Jumpa Gumpalan Rambut Dijual Di Econsave, Rupanya..