Terengganu memang terkenal dengan pantai atau tempat percutian yang nyaman dan tenang. Begitu juga dengan makanan di sana. Semuanya sedap dan lebih menarik lagi adalah harganya adalah sangat berpatutan. Antara makanan yang terbaik, sedap dan murah ada nasi ayam. Di Terengganu memang terdapat banyak kedai nasi ayam dan antara yang paling menarik dan sedap adalah seperti dalam senarai di bawah ini.
Nak rasa kepelbagaian nasi ayam? Mungkin anda boleh cuba nasi ayam di Kedai Nasi Ayam Yunnan ini. Terletak di kawasan yang tenang iaitu di tepi pantai pastinya membangkitkan lagi selera makan anda. Rasanya juga sangat menarik dan lain dari yang lain.
[foogallery id=”39023″]
[foogallery id=”39028″]
Teringin nak makan nasi ayam tapi versi ayam golek? Inilah kedainya. Memang jauh berbeza dengan kedai yang lain. Tambahan pula kedai Nasi Ayam Golek ini bersih dan pelayan mereka juga sangat ramah. Anda wajib singgah kedai ni tau!
[foogallery id=”39037″]
[foogallery id=”39038″]
Jikalau anda mencari nasi ayam yang paling best di Terengganu. Mungkin inilah antara pilihanya. Memang power sangat rasa dia. Kebanyakan orang Terengganu sudah tahu betapa sedapnya nasi ayam di Restoran Nurul Iman ini. Memang legend restoran ni!
[foogallery id=”5988″]
[foogallery id=”6263″]
Kedai nasi ayam Meto ini menyediakan nasi ayam yang sangat unik dan cepat. Sejak 30 tahun dahulu lagi nasi ayam ini sudah mulai dijual dan nasi ayam di sini memiliki keunikannya yang tersendiri. Mungkin disebabkan keunikannya itu ramai yang mengunjungi kedai Nasi Ayam Meto ini.
[foogallery id=”6017″]
[foogallery id=”6279″]
Jika ke Terengganu, jangan lupa untuk singgah menikmati nasi ayam di Batu Enam. Memang rugi kalau anda tak singgah, sebab kebiasaanya kedai legend ini memang sedap. Selain nasi ayam, mereka juga turut menyediakan Rojak Ayam, Mee Rebus dan juga Mee Goreng.
[foogallery id=”6040″]
[foogallery id=”6281″]
Nasi Ayam Azizah Sultan merupakan antara kedai nasi ayam yang paling best. Orang Terengganu pasti tahu dan kenal kedai ini. Kedai yang terletak di Kampung Aur ini turut menyediakan nasi kukus dan rojak ayam. Tak rugi jika anda singgah untuk makan di sini.
[foogallery id=”6049″]
[foogallery id=”6282″]
Nak makan nasi ayam yang sedap dan murah? Nasi Ayam Ayohku Gong Kapas ini adalah tempatnya. Nasi ayam di sini memang terbaik sangat. Kedai ini sudah lama, namun pelanggannya tetap ramai dan semakin ramai. Bila orang lama memasak ni memang sedap kan? Jadi jika ke Kuala Terengganu jangan lupa untuk mencuba nasi ayam di sini ye.
[foogallery id=”39209″]
[foogallery id=”39210″]
Mana nak cari nasi ayam yang tak payah makan dengan sup atau ayam? Susah nak cari kan tetapi anda boleh jumpa nasi yang sedemikian rupa di Nasi Ayam Hainan BP. Memang nasinya sedap dan lain dari yang lain. Bukan sahaja sedap malah harganya sangat murah. Nasi ayam bersama sayuran seperti tauge hanyalah bawah RM10. Memang berbaloi!
[foogallery id=”39215″]
[foogallery id=”39220″]
Jika anda ke Kuala Terengganu singgahlah menjamu selera di Wannur Nasi Ayam Bakar ini. Pastinya anda tidak akan menyesal akan keenakan nasi ayam yang disediakan dengan ayam bakar ini. Sememangnya restoran ini sudah lama beroperasi dan sambutan yang diterima memang sangat menggalakkan.
[foogallery id=”39229″]
[foogallery id=”6295″]
Nasi Ayam Retro terletak di tepi jalan besar. Sekiranya anda melalui jalan Kuala Terengganu ke Kota Bharu, bolehlah singgah menjamu selera di sini. Selain nasi ayam yang sedap dan menyelerakan kedai ini turut menyediakan nasi kukus dan beberapa menu western yang lain. Memang tak menyesal jika singgah makan di sini.
[foogallery id=”6120″]
[foogallery id=”39252″]
Terletak di pusat bandar Kuala Terengganu, kedai TNN Evolusi Nasi Ayam ini memang mendapat sambutan ramai kerana keenakan nasi ayam yang disediakan adalah sangat luar biasa sedapnya. Nasi Ayam Cendawan adalah antara menu yang paling laris dan digemari ramai. Mungkin kerana menu ini jarang dijual di kedai-kedai lain. Jadi jika anda ke Kuala Terengganu, singgahlah di sini bagi merasai sendiri keenakannya.
[foogallery id=”39315″]
[foogallery id=”6300″]
Jika anda ke Jerteh, Terengganu jangan lupa untuk singgah menikmati nasi ayam di kedai ini. Harga bagi satu hidangan adalah tersangat murah, RM1.90 sahaja. Dekat mana lagi nak dapatkan nasi ayam yang semurah ini? Memang tiada di tempat lain kan. Walaupun harganya sangat murah namun rasanya tetap sedap. Tetapi bagi anda yang suka portion yang sedikit besar, mungkin boleh order yang special. Kerana portion yang special adalah lebih banyak.
[foogallery id=”39308″]
[foogallery id=”39309″]