Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

12 Kedai Nasi Ayam Terbaik & Sedap Di Terengganu, Memang Rugi Kalau Tak Cuba

Saiful Ikhwan by Saiful Ikhwan
Mac 22, 2021
in Tempat Makan
5 min read
0 0
0
12 Kedai Nasi Ayam Terbaik & Sedap Di Terengganu, Memang Rugi Kalau Tak Cuba
0
SHARES
140
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Terengganu memang terkenal dengan pantai atau tempat percutian yang nyaman dan tenang. Begitu juga dengan makanan di sana. Semuanya sedap dan lebih menarik lagi adalah harganya adalah sangat berpatutan. Antara makanan yang terbaik, sedap dan murah ada nasi ayam. Di Terengganu memang terdapat banyak kedai nasi ayam dan antara yang paling menarik dan sedap adalah seperti dalam senarai di bawah ini.

BacaJuga

kedai nasi ayam di Perak

15 Kedai Nasi Ayam Di Perak

April 8, 2021
187
kedai nasi ayam di Sarawak

Senarai Kedai Nasi Ayam Yang Tersedap Di Sarawak Yang Wajib Anda Serbu Sekarang!

April 8, 2021
64

Kandungan

  • 1. Nasi Ayam Yunnan
  • 2. Restoran Nasi Ayam Golek
  • 3. Restoran Nurul Iman
  • 4. Nasi Ayam Meto
  • 5. Nasi Ayam Batu Enam
  • 6. Nasi Ayam Azizah Sultan
  • 7. Nasi Ayam AyohKu Gong Kapas
  • 8. Nasi Ayam Hainan BP
  • 9. Wannur Nasi Ayam Bakar
  • 10. Nasi Ayam Retro
  • 11. TNN Evolusi Nasi Ayam
  • 12. Kedai Nasi Ayam RM1.90

1. Nasi Ayam Yunnan

Nak rasa kepelbagaian nasi ayam? Mungkin anda boleh cuba nasi ayam di Kedai Nasi Ayam Yunnan ini. Terletak di kawasan yang tenang iaitu di tepi pantai pastinya membangkitkan lagi selera makan anda. Rasanya juga sangat menarik dan lain dari yang lain.

Alamat :

  • 36, Medan Selera, Pantai Batu Buruk, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi :

  • Dibuka Sabtu hingga Khamis : 09.00AM – 06.00PM
  • Jumaat : Tutup

Jom lihat Kedai ini :

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

2. Restoran Nasi Ayam Golek

Teringin nak makan nasi ayam tapi versi ayam golek? Inilah kedainya. Memang jauh berbeza dengan kedai yang lain. Tambahan pula kedai Nasi Ayam Golek ini bersih dan pelayan mereka juga sangat ramah. Anda wajib singgah kedai ni tau!

Alamat :

  •  Kampung Mengabang Telung, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi :

  • Dibuka Sabtu hingga Khamis : 10.00AM – 04.00PM
  • Jumaat : Tutup

Jom lihat Kedai ini :

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

3. Restoran Nurul Iman

Jikalau anda mencari nasi ayam yang paling best di Terengganu. Mungkin inilah antara pilihanya. Memang power sangat rasa dia. Kebanyakan orang Terengganu sudah tahu betapa sedapnya nasi ayam di Restoran Nurul Iman ini. Memang legend restoran ni!

Alamat :

  • Jalan Sultan Mahmud, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi :

  • Dibuka setiap Sabtu hingga Khamis : 10.30AM – 05.00PM
  • Jumaat : Tutup

Jom lihat Kedai ini :

Jom kita tengok apa kata pengunjung:

4. Nasi Ayam Meto

Kedai nasi ayam Meto ini menyediakan nasi ayam yang sangat unik dan cepat. Sejak 30 tahun dahulu lagi nasi ayam ini sudah mulai dijual dan nasi ayam di sini memiliki keunikannya yang tersendiri. Mungkin disebabkan keunikannya itu ramai yang mengunjungi kedai Nasi Ayam Meto ini.

Alamat :

  • Jalan Lorong Feri 21000, Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Beroperasi :

  • Dibuka setiap Sabtu hingga khamis : 08.00AM – 03.00PM
  • Jumaat tutup

Jom lihat Kedai ini :

Apa kata pengunjung:

5. Nasi Ayam Batu Enam

Jika ke Terengganu, jangan lupa untuk singgah menikmati nasi ayam di Batu Enam. Memang rugi kalau anda tak singgah, sebab kebiasaanya kedai legend ini memang sedap. Selain nasi ayam, mereka juga turut menyediakan Rojak Ayam, Mee Rebus dan juga Mee Goreng.

Alamat :

  • Kampung Batu Enam, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu beroperasi :

  • Ahad hingga Khamis ( 9am – 5pm)
  • Jumaat & Sabtu tutup

Jom lihat Kedai ini :

Apa kata pengunjung tentang kedai ini :

6. Nasi Ayam Azizah Sultan

Nasi Ayam Azizah Sultan merupakan antara kedai nasi ayam yang paling best. Orang Terengganu pasti tahu dan kenal kedai ini. Kedai yang terletak di Kampung Aur ini turut menyediakan nasi kukus dan rojak ayam. Tak rugi jika anda singgah untuk makan di sini.

Alamat :

  • Kampung Aur, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu beroperasi :

  • Setiap Ahad hingga Khamis : 11.00AM – 05.00PM
  • Jumaat & Sabtu : Tutup

Jom lihat Kedai ini :

Apa Kata pengunjung tentang kedai ini :

7. Nasi Ayam AyohKu Gong Kapas

Nak makan nasi ayam yang sedap dan murah? Nasi Ayam Ayohku Gong Kapas ini adalah tempatnya. Nasi ayam di sini memang terbaik sangat. Kedai ini sudah lama, namun pelanggannya tetap ramai dan semakin ramai. Bila orang lama memasak ni memang sedap kan? Jadi jika ke Kuala Terengganu jangan lupa untuk mencuba nasi ayam di sini ye.

Alamat :

  • 166b, Lorong Kapas, Kampung Gong Setul, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu beroperasi :

  • Setiap Sabtu hingga Khamis ( 10am – 5pm)
  • Jumaat tutup

Jom lihat kedai ini:

Apa kata pengunjung tentang kedai ini :

8. Nasi Ayam Hainan BP

Mana nak cari nasi ayam yang tak payah makan dengan sup atau ayam? Susah nak cari kan tetapi anda boleh jumpa nasi yang sedemikian rupa di Nasi Ayam Hainan BP. Memang nasinya sedap dan lain dari yang lain. Bukan sahaja sedap malah harganya sangat murah. Nasi ayam bersama sayuran seperti tauge hanyalah bawah RM10. Memang berbaloi!

Alamat :

  • Kampung Bukit Payung, 21400 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu beroperasi :

  • Setiap Sabtu hingga Khamis : 11.00AM – 05.00PM
  • Jumaat tutup

Jom lihat Kedai ini :

Apa kata pelanggan :

9. Wannur Nasi Ayam Bakar

Jika anda ke Kuala Terengganu singgahlah menjamu selera di Wannur Nasi Ayam Bakar ini. Pastinya anda tidak akan menyesal akan keenakan nasi ayam yang disediakan dengan ayam bakar ini. Sememangnya restoran ini sudah lama beroperasi dan sambutan yang diterima memang sangat menggalakkan.

Alamat :

  •  20300 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu beroperasi :

  • Setiap Sabtu hingga Khamis : 11.45AM – 04.00PM
  • Jumaat : Tutup

Jom lihat Kedai ini :

Apa kata pelanggan :

10. Nasi Ayam Retro

Nasi Ayam Retro terletak di tepi jalan besar. Sekiranya anda melalui jalan Kuala Terengganu ke Kota Bharu, bolehlah singgah menjamu selera di sini. Selain nasi ayam yang sedap dan menyelerakan kedai ini turut menyediakan nasi kukus dan beberapa menu western yang lain. Memang tak menyesal jika singgah makan di sini.

Alamat :

  • Kampung Buluh, 22100 Permaisuri, Terengganu

Waktu beroperasi :

  • Setiap hari ( 10am – 11pm)

Jom lihat Kedai ini :

Apa kata pelanggan :

11. TNN Evolusi Nasi Ayam

Terletak di pusat bandar Kuala Terengganu, kedai TNN Evolusi Nasi Ayam ini memang mendapat sambutan ramai kerana keenakan nasi ayam yang disediakan adalah sangat luar biasa sedapnya. Nasi Ayam Cendawan adalah antara menu yang paling laris dan digemari ramai. Mungkin kerana menu ini jarang dijual di kedai-kedai lain. Jadi jika anda ke Kuala Terengganu, singgahlah di sini bagi merasai sendiri keenakannya.

Alamat :

  • Jalan Sultan Zainal Abidin, Ladang Tok Pelam, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu beroperasi :

  • Setiap hari sabtu hingga Khamis ( 10am – 6pm )
  • Jumaat tutup

Jom lihat Kedai ini :

Apa kata pelanggan :

12. Kedai Nasi Ayam RM1.90

Jika anda ke Jerteh, Terengganu jangan lupa untuk singgah menikmati nasi ayam di kedai ini. Harga bagi satu hidangan adalah tersangat murah, RM1.90 sahaja. Dekat mana lagi nak dapatkan nasi ayam yang semurah ini? Memang tiada di tempat lain kan. Walaupun harganya sangat murah namun rasanya tetap sedap. Tetapi bagi anda yang suka portion yang sedikit besar, mungkin boleh order yang special. Kerana portion yang special adalah lebih banyak.

Alamat :

  • Kampung Alor Lintah, 22000 Jerteh, Terengganu

Waktu beroperasi :

  • Setiap hari : 08.00AM-10.00PM

Jom lihat Kedai ini :

Apa kata pelanggan :

Download Best WordPress Themes Free Download
Premium WordPress Themes Download
Download Premium WordPress Themes Free
Download Nulled WordPress Themes
download udemy paid course for free
download mobile firmware
Tags: Kedai nasi ayamNasi Ayam di TerengganuTempat Makan Menarik TerengganuTerengganu
ShareTweetSend

Related Posts

Port Sarapan Paling Best di JB Yang Wajib Anda Singgah, Rugi Tak Cuba!
Tempat Makan

Port Sarapan Paling Best di JB Yang Wajib Anda Singgah, Rugi Tak Cuba!

Mei 17, 2022
36
Port Asam Pedas Melaka Paling Famous Yang Wajib Anda Kunjungi, Rugi Tak Cuba!
Tempat Makan

Port Asam Pedas Melaka Paling Famous Yang Wajib Anda Kunjungi, Rugi Tak Cuba!

Mei 11, 2022
195
Khas Untuk Penggemar Nasi Kandar di Kelantan, Ini 10 Port Nasi Kandar Terbaik Di Kota Bharu, Menyesal Tak Cuba! 
Tempat Makan

Khas Untuk Penggemar Nasi Kandar di Kelantan, Ini 10 Port Nasi Kandar Terbaik Di Kota Bharu, Menyesal Tak Cuba! 

Mei 6, 2022
88
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist