Perkhidmatan penghantaran makanan yang ada seperti GrabFood, Foodpanda, ShopeeFood dan sebagainya amat memudahkan. Tambahan, ramai anak muda mula mencari rezeki sampingan dengan melakukan perkerjaan itu.
Namun pekerjaan sebagai seorang rider bukanlah semudah seperti yang disangka. Selain menghadapi risiko yang besar, mereka turut perlu menghadapi pelbagai kerenah pelanggan yang amat memeningkan kepala.
Terbaharu, seorang rider, amerqhushairy mengeluh apabila menerima pesanan dari seorang pelanggan. Pada mulanya, dia teruja untuk melakukan penghantaran tersebut kerana boleh menjana duit poket.
Namun bila melihat pesanan tersebut, rider itu sehingga menggelengkan kepala! Perlu menghantar 12 kotak pizza ke lokasi pelanggan, dia cuba untuk memuatkan kesemuannya di dalam beg galas yang disediakan.
Tak muat untuk diletakkan, rider itu sehingga mengeluh dan rungsing bila tak dapat memuatkan kesemua kotak itu. Malah, dia juga tak tahu apakah cara yang perlu menyelesaikan masalah itu.
Malah, rider tersebut turut hairan dan geram bagaimana pelanggan tersebut boleh meninggalkan pesanan begitu banyak. Adakah dia menyangka bahawa rider melakukan penghantaran menggunakan kereta? Kalau guna motor memang tak muat!
https://www.tiktok.com/@amerqhushairy/video/7097055947117350171
@amerqhushairy Order pizza 12 box. Mana muatnya mat 😅 #fypシ #fyp #foryoupage #foodpanda #foodpandarider #pandarider #riderfoodpanda #riderpanda #riderpandasenawang ♬ original sound – Kanda Kayangan – Gerai Mak Jemah
Berat sungguh cabaran sebagai seorang rider, kan? Dahlah sering terdedah pada pelbagai risiko tapi ada pula perlu melayan kerenah pelanggan sebegini.
Seharusnya sebagai seorang pelanggan, kita juga perlu memainkan peranan dan jangan menyusahkan kerja orang lain. Jika kita permudahkan urusan orang lain, sudah tentu urusan kita turut akan dipermudahkan.
Kredit: amerqhushairy
Baca Juga: “Kalau Sedap Takpe, Ni..” – Beli Lauk Sotong Goreng RM15, Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa