Avokado merupakan sejenis tumbuhan dari golongan buah-buahan dari keluarga Lauraceae yang dimakan sebagai buah segar atau untuk diproses dan mempunyai pelbagai kegunaan. Avokado merupakan buah yang berasal dari Puebla, Mexico.

Tahukah anda, di dalam buah avokado mempunyai pelbagai jenis khasiat. Khasiat-khasiat yang terdapat di dalam buah avocado ialah Vitamin K, Folate, Vitamin C, Potassium, Vitamin B5, Vitamin B6, dan Vitamin E. Malah, ianya juga mengandungi sejumlah kecil magnesium, manganese, copper, zat besi, zink, fosforus, vitamin A, B1 (Thiamine), B2 (Riboflavin) dan B3 (Niacin).

Sebiji buah avokado mengandungi 160 kalori, 2g protein dan 15g lemak. Buah avocado tidak mengandungi kolestrol atau sodium, dan rendah dalam kuantiti lemak tepu. Salah satu khasiat buah avocado ialah ianya tinggi kadar potasium. Setiap sajian avokado 100g, mengandungi 4% lebih banyak daripada buah pisang.

1.Dapat mengekalkan jantung yang sihat

Masalah jantung merupakan salah satu penyakit yang sering berlaku di negara kita. Dan menyebabkan kematian di dunia. Masalah jantung ini pula sering dikaitkan dengan saluran darah, tahap kolestrol, trigliserida, tekanan darah dan sebagainya.

Di dalam buah Avokado mengandungi vitamin B6 dan asid folik , yang dapat membantu mengawal tahap homocysteine ​​. Tahap homocysteine ​​berkaitan dengan peningkatan risiko penyakit jantung. Buah Avokado juga mengandungi vitamin E, glutation, dan lemak monotaktepu, yang dapat membantu dalam mengekalkan jantung manusia yang sihat.

2.Dapat mengurangkan dan mencegah katarak mata

Adakah anda tahu bahawa buah avokado bukan sahaja boleh meningkatkan kadar penyerapan antioksida, bahkan ianya sendiri mengandungi antioksida yang tinggi. Dan nutrisi seperti Lutein dan Zeaxanthin, yang mana sangat penting kepada kesihatan mata manusia.

Terdapat satu kajian menunjukkan bahawa nutrisi ini boleh mengurangkan risiko katarak mata dan degenerasi makula, yang mana masalah ini biasa dialami oleh orang tua atau golongan warga emas. Oleh itu, dengan mengambil buah avocado setiap hari boleh memberikan kesihatan kepada mata dalam jangka masa yang lama.

3.Mengurangkan kesan penuaan pada kulit

Avocado kaya dengan antioksida dan bermanfaat dalam mencegah gejala penuaan. Avocado juga membantu meningkatkan sistem imunisasi, melambatkan proses penuaan, dan menggalakkan sistem saraf yang sihat.

4.Mengurangkan simptom arthritis

Arthiritis merupakan masalah yang biasa di alami oleh orang tua. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa ekstrak buah avokado dan minyak kacang soya, dikenali sebagai Avocado and Soybean unsaponifiables boleh mengurangkan simptom arthirtis pada tulang (osteoarthritis).

Buah Avocado juga berkesan sebagai pelincir semulajadi untuk membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas. Terutamanya di beberapa bahagian iaitu di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul, lutut dan pergelangan kaki malah menghindarkan penyaki lenguh-lenguh tulang.

5.Mengurangkan risiko penyakit kanser

77% kalori di dalam buah ini datangnya daripada lemak, ini menjadikan buah avocado salah satu buah yang mengandungi kadar lemak yang tinggi. Dan membuatkan buah ini antara buah yang berlemak. Namun lemak yang terdapat di dalamnya adalah asid oleik (oleic acid).

Asid oleik adalah asid lemak monotaktepu (monounsaturated fatty acids) yang membawa kebaikan kepada badan. Lemak itu juga terdapat di dalam minyak zaitun. Asid oleik terbukti boleh mengurangkan kadar keradangan dan mengurangkan risiko penyakit kanser kepada mereka yang mempunyai gen pembawa kanser.

6.Melawaskan pembuangan air besar

Serat ataupun fiber adalah nutrient yang banyak terdapat dalam buah avocado. Serat adalah sejenis bahan tumbuhan yang tidak dicerna di dalam usus. Oleh itu, serat boleh membantu melawaskan pembuangan air besar.

7.Mengurangkan berat badan

Serat ataupun fiber adalah nutrient yang banyak terdapat dalam buah avocado. Serat adalah sejenis bahan tumbuhan yang tidak dicerna di dalam usus. Serat boleh membantu menurunkan berat badan.

Di dalam satu kajian yang melibatkan dua kumpulan, satu kumpulan diarah untuk makan makanan yang mengandungi buah avokado, manakala kumpulan satu lagi makan makanan yang sama tanpa buah avocado. Kemudian, mereka akan disoal dengan beberapa soalan berkaitan dengan lapar dan kadar kekenyangan.

Maklum balas oleh kumpulan yang makan buah avocado merasakan 23% lebih kenyang. Jika kajian ini betul, maka dengan kerapkan makan buah avocado, anda boleh mengurangkan kadar pengambilan kalori dan lebih senang untuk mengikut jadual diet.

8.Membantu badan menyerap nutrisi dengan lebih baik

Sesetengah nutrient adalah “fat soluble,” bermaksud ia perlukan lemak  termasuklah vitamin A,D,E dan K untuk dihadam. Avokado kaya dengan semua itu. Satu kajian mendapati bahawa pengambilan buah avocado boleh meningkatkan penyerapan antioksida sebanyak 26%.

9.Mencantikkan Kulit anda

Minyak avocado dicampurkan ke dalam bahan yang digunakan untuk membuat kosmetik kerana keupayaannya untuk menyuburkan kulit dan membantu menambahkan seri kepada kulit. Selain itu, ia juga dapat membantu merawat penyakit kulit seperti kemerahan dan kegatalan pada kulit.

10.Menghilangkan Nafas Berbau

Avocado merupakan salah satu pencuci mulut yang terbaik secara semulajadi dan bertindak untuk melawan nafas berbau. Ini kerana buah avocado dapat membersihkan usus yang merupakan punca sebenar kepada masalah nafas berbau.

11.Menurunkan tekanan darah

Salah satu khasiat buah avocado adalah ianya tinggi kadar potasium. Beberapa kajian menunjukkan bahawa pengambilan potasium yang banyak (dengan terkawal) boleh mengurangkan tekanan darah. Tekanan darah merupakan satu faktor utama kepada masalah jantung, strok dan kegagalan buah pinggang.

12.Menurunkan kadar gula dalam darah

Serat atau fiber merupakan nutrient yang banyak terdapat dalam buah avocado. Serat adalah sejenis bahan tumbuhan yang tidak dicerna di dalam usus. Serat boleh membantu menurunkan kadar gula dalam darah.

13.Mengekalkan kestabilan & fungsi sel dalam badan manusia

Salah satu khasiat buah avocado adalah ianya tinggi kadar potassium. Potasium adalah salah satu nutrient yang kurang diambil oleh manusia. Potasium boleh mengekalkan kestabilan dan fungsi sel di dalam badan, selain berperanan penting di dalam badan.

Maka, mari kita mengamalkan pemakanan yang sihat dan berkualiti tinggi ini. Tidak salah mengutamakan penjagaan kesihatan dengan lebih teratur dan baik.

(This post has been visited 67 times!)